Rumah Kotak Atok

Rumah Kotak Atok Rumah Kotak Atok (RKA) merupakan sebuah rumah keluarga di Kampung Jijan, Nilai, Negeri Sembilan. PERATURAN ASAS RUMAH KOTAK ATOK (RKA)

1.

Setiap tempahan haruslah disertakan deposit RM200 untuk blocked tarikh. Wang ini akan dikembalikan sekiranya tiada kerosakan dan kehilangan barang di dalam RKA.

2. Bayaran keseluruhan perlu dijelaskan sebelum tarikh check-in.

3. Masa Check in : 3 pm
Masa Check out : 12 pm

4. Pihak tuan dipohon dapat mematuhi masa check in dan check out ini kerana kerja-kerja pembersihan akan dilakukan pada

jam 12-3 ptg.

5. Early check in dan late check out bergantung kepada tempahan sebelum dan selepas. Boleh maklumkan kepada pihak pengurusan RKA sekiranya berhajat.

6. Denda sebanyak RM50/jam akan ditolak dari deposit sekiranya tidak mematuhi tempoh masa ini.

7. Rumah Kotak Atok adalah rumah inap patuh syariah. Oleh yang demikan, mohon tetamu dapat menjaga tingkah laku masing-masing.

8. Sebarang parti liar, alkohol, percampuran lelaki dan perempuan bukan muhrim tanpa ada ahli keluarga terdekat adalah dilarang sama sekali.

9. Merokok didalam rumah adalah dilarang.

10. Pengurusan RKA sangatlah mesra haiwan peliharaan, namun membawa haiwan peliharaan seperti kucing kedalam rumah adalah dilarang.

11. Tetamu bertanggungjawab atas segala kerosakan perabot disebabkan oleh salah guna dan tidak mematuhi peraturan RKA.

12. Sepanjang berada di RKA, jagalah adab dan hormatilah jiran tetangga RKA.

Sebagai rujukan kita semua di bulan Ramadan ini:1) Niat puasa sebulan.2) Niat puasa harian.3) Doa berbuka puasa.4) Niat ...
17/02/2026

Sebagai rujukan kita semua di bulan Ramadan ini:

1) Niat puasa sebulan.
2) Niat puasa harian.
3) Doa berbuka puasa.
4) Niat solat Tarawih.

Ya Allah, rahmatilah kami. Kurniakan kemanisan dalam setiap doa dan sujud kami, serta ampunkanlah segala dosa yang lalu. Jadikan setiap detik Ramadan kami sebagai saksi ketaatan kepada-Mu.

Selamat menyambut Ramadan. Semoga setiap amal kita diterima.

credit to nasihatharini

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang pernah menginap bersama kami. Terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan se...
02/01/2026

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang pernah menginap bersama kami. Terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan setiap memori indah yang tercipta di sini.

Buat yang bakal menginap nanti, kami tak sabar nak sambut kehadiran anda - semoga setiap langkah yang datang membawa senyuman dan kenangan manis ๐ŸŒฟ
Kepada semua follower dan supporter, terima kasih kerana sentiasa menyokong dari dekat dan jauh. Sokongan anda adalah semangat kami untuk terus melangkah.

Selamat Tahun Baru ๐ŸŽ†
Semoga 2026 membawa lebih banyak rezeki, kebahagiaan, kesihatan yang baik dan masa berkualiti bersama insan tersayang.

Moga setiap pertemuan bertukar menjadi kenangan, dan setiap perjalanan berakhir dengan rasa syukur.

Jumpa di sini, tempat rehat yang penuh ceritaโ€ฆ

Rumah Kotak Atok

P/s: azam tahun ni sy akan try update page ni slaluโ€ฆ hahaha๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ™๐Ÿป

Our name is Rumah Kotak Atok...We are Malaysian and we strongly condemn the detention of the Sumud Flotilla humanitarian...
04/10/2025

Our name is Rumah Kotak Atok...

We are Malaysian and we strongly condemn the detention of the Sumud Flotilla humanitarian mission to Gaza.

They are not terrorists; they did not come carrying dangerous weapons, and there were no sharp objects โ€” only food supplies, medicine, and essential baby items.

Under international law you have no right to detain them! Release them!

Fisabilillah.

Assalamualaikum semua... Pada hari yang penuh barakah ini, marilah kita memperingati kisah Maulidur Rasul dengan mencont...
04/09/2025

Assalamualaikum semua...

Pada hari yang penuh barakah ini, marilah kita memperingati kisah Maulidur Rasul dengan mencontohi akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kasih dan cinta kita kepada Rasulullah semakin bertambah.โ€

Muharram bukan sekadar permulaan tahun islam, tapi peluang baru untuk memperbaiki diri dan mendekatkan hati kepada ilahi...
26/06/2025

Muharram bukan sekadar permulaan tahun islam, tapi peluang baru untuk memperbaiki diri dan mendekatkan hati kepada ilahi.

Terima kasih Kak Shaz, Kak Cat, Nour and family kerana sudi menginap dan beraya di Rumah Kotak Atok. Semoga kita berjump...
08/06/2025

Terima kasih Kak Shaz, Kak Cat, Nour and family kerana sudi menginap dan beraya di Rumah Kotak Atok. Semoga kita berjumpa lg.

Maaf atas segala kekurangan sepanjang stay di HRKA ya! ๐Ÿ˜‰๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ™๐Ÿป

06/06/2025

Semoga Aidiladha ini menyemai benih keikhlasan, menyuburkan ladang iman, dan menuai redha Allah di akhirat kelak..

Kisah paling sedih hari ini ๐Ÿ˜ญTak perlu ungkapan 'Selamat Hari Ibu'. cukup tangisan yang tak bersuara, dari seekor ibu ga...
11/05/2025

Kisah paling sedih hari ini ๐Ÿ˜ญ

Tak perlu ungkapan 'Selamat Hari Ibu'. cukup tangisan yang tak bersuara, dari seekor ibu gajah๐Ÿ˜”

Anaknya terbaring kaku, tak bergerak. Si ibu tak putus asa.. ditolaknya lori besar itu, seolah-olah mahu dunia berpatah balik. Mahukan anaknya kembali berdiri di sisinya.
Tak ada suara, tak ada air mata.

Tapi langit dan bumi tahu, hatinya sedang remuk.

Tuhan ajar kita tentang kasih yang tak bertepi, melalui seekor ibu, yang tak pernah putus harap.



SELAMAT HARI IBU...

Lebaran kali ini terasa sungguh sunyi tanpa kehadiran seorang insan bernama ayah... Di sebalik senyuman ini, terdapat ra...
30/03/2025

Lebaran kali ini terasa sungguh sunyi tanpa kehadiran seorang insan bernama ayah... Di sebalik senyuman ini, terdapat rasa rindu yang sulit ditutupi. rindu yang tiada penghujungnya.

yakinlah bahawa Allah Swt. sentiasa bersama kita di mana pun kita berada dan aturan Allah itu adalah yang terbaik buat kita semua.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
salam sayang dari Rumah Kotak Atok

Address

Kampung Jijan
Nilai
71800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Kotak Atok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rumah Kotak Atok:

Share