The Glass Homestay Nilai

The Glass  Homestay Nilai A two storey bunglow homestay located at Bandar Baru Nilai, next to Nilai Spring Golf.

Pernah dengar Diet Terapeutik?Rasanya untuk pesakit buah pinggang,mereka pastinya arif tentang ini.Diet terapeutik ialah...
18/09/2018

Pernah dengar Diet Terapeutik?
Rasanya untuk pesakit buah pinggang,mereka pastinya arif tentang ini.

Diet terapeutik ialah pelan hidangan yang mengawal pengambilan makanan atau nutrien tertentu..

Untuk kali ini ,liz akan sharekan Diet Terapeutik untuk masaalah buah pinggang.

β€’ Menghadkan cecair
β€’ Makan diet yang rendah protein
β€’ Mengehadkan garam,kalium ,fosforus dan elektrolit lain
β€’ Mendapatkan kalori yang mencukupi jika anda kehilangan berat badan

Diet ini untuk mengekalkan keseimbangan tahap elektrolit,mineral dan cecair didalam badan anda .Pengehadan cecair antara rawatan dialisis adalah sangat penting kerana kebanyakan orang yang menjalani dialisis membuang air kencing dalam kuantiti yang sangat sedikit disebabkan kerosakan buah pinggang mereka.

Tanpa membuang air kecil,cecair akan berkumpul didalam badan dan menyebabkan cecair terlalu banyak dijantung,paru-paru,pergelangan kaki dan boleh menyebabkan komplikasi lain.

Nota:sayangi buah pinggang anda .Jauhi produk sampah!

🌹LizRashid
Certified Professional Image Consultant

RENCANAGaya hidup sihat kawal radikal bebasDR. BAHRAIN SAMAH, MD (AM ), RH (AHG )10 SEPTEMBER 2014Gaya hidup sihat kawal...
11/09/2018

RENCANA
Gaya hidup sihat kawal radikal bebas
DR. BAHRAIN SAMAH, MD (AM ), RH (AHG )
10 SEPTEMBER 2014

Gaya hidup sihat kawal radikal bebas
Sayur dan buah kaya dengan antioksidan.

MINGGU lepas penulis menerangkan radikal bebas ialah molekul tidak bercas yang kekurangan satu elektron. Sifat tersebut menyebabkan ia amat reaktif dan mudah menyerang molekul berdekatan dengannya bagi mendapatkan elektron.

Tindak balas rantai (chain reaction) radikal bebas yang bersifat menyebabkan kerosakan, menimbulkan penyakit serius seperti ulser gastritis (radang perut, biasa disebut orang ramai sebagai gastrik), asid reflux (asid perut naik melalui saluran makanan ke mulut), sindrom rengsa usus, penyakit kardiovaskular, diabetes dan ketidaksuburan.

Ia juga dipercayai menyebabkan masalah buah pinggang, hati dan paru-paru. Selain itu serangan radikal bebas dipercayai menyebabkan pelbagai penyakit keradangan, penyakit otoimiun (jentera sistem imun menyerang sel tubuh contohnya artritis dan Systemic Lupus Erythematosus (SLE)) serta menyebabkan kanser.

Radikal bebas boleh menyerang dan merosakkan DNA dan seterusnya menyebabkan ia disalin semula secara tidak jitu, terlalu pantas atau tidak disalin langsung. Kerosakan yang berlaku pada DNA akibat serangan radikal bebas juga dipercayai menyebabkan DNA membina bahan karsinogen (bahan yang menyebabkan kanser).

Trek gastro-usus

Merokok secara tegar, stres emosi kronik berpanjangan, minum alkohol secara berlebihan serta stres fizikal secara keterlaluan dipercayai menyebabkan tubuh mengalami kekurangan antioksidan.

Keadaan ini menyebabkan paras radikal bebas meningkat. Seterusnya ia menyerang lapisan mukosa yang nipis dan lembut yang menyelaputi esofagus (saluran makanan yang menghubungkan mulut dan perut), perut dan duodenum.

Jadi, organ tersebut dipercayai merupakan organ pertama yang mengalami kerosakan akibat serangan radikal bebas sekiranya paras radikal bebas tidak terkawal.

Setiap sel dalam tubuh manusia bersifat boleh ditembusi dengan beberapa cara oleh molekul kimia yang diperlukan untuk pembinaan atau pemuliharaan komponen sel. Bagaimanapun serangan radikal bebas dipercayai mengubah sifat tersebut. Nutrien tertentu tidak dapat masuk ke dalam sel secara mencukupi atau masuk, namun tidak dapat keluar pada keadaan yang diperlukan.

Di sini penulis bawakan contoh bagaimana kerosakan laluan/pintu kalsium yang terletak pada membran sel menyebabkan kalsium berlebihan dalam sel. Radikal bebas seperti superoxide memang terdapat dalam aliran darah dalam arteri.

Nitrik oksida (NO) iaitu sejenis radikal bebas lain yang terdapat dalam arteri p**a bertindak meneutralkan superoxide.

Namun pada keadaan tertentu misalnya akibat seseorang menjalani gaya hidup tidak sihat atau berpunca daripada shear stress pada bahagian arteri yang berselekoh, pembinaan NO oleh sel-sel endothelia arteri terganggu. Ini menyebabkan paras NO berkurangan dan akibatnya ialah paras superoxide menjadi berlebihan. Superoxide akan menyerang bahan berprotein pada membran sel termasuk laluan/pintu kalsium.

Ion-ion kalsium memang keluar masuk sel pada keadaan yang diperlukan. Ketika seseorang mengalami keadaan tenang, paras kalsium lebih tinggi di luar sel berbanding dengan di dalam sel. Ia membantu mengembangkan arteri dan tekanan darah adalah normal. Apabila mengalami stres atau tekanan misalnya ketika terkejut atau marah ion-ion Kalsium dari luar sel akan masuk ke dalam sel. Apabila keadaan reda atau seseorang telah dapat menenangkan dirinya maka ion-ion Kalsium akan keluar dari sel.

Namun apabila laluan/pintu kalsium mengalami kerosakan akibat serangan superoxide, ia dipercayai menyebabkan paras kalsium dalam sel menjadi semakin meningkat. Akhirnya ia menyebabkan setiap sel endothelia arteri menjadi buncit kerana dipenuhi ion-ion kalsium. Shear stress dikatakan terganggu pada bahagian arteri jantung yang berselekoh dipercayai jauh lebih teruk berbanding dan arteri lain yang berselekoh dalam tubuh.

Maksud shear stress ialah stres yang diwujudkan oleh pergerakan bendalir secara sejajar dengan dinding contohnya pada arteri yang lurus. Bahagian arteri berselekoh dikatakan mengganggu nilai shear stress dan keadaan ini dipercayai menyebabkan paras NO dibina pada paras rendah berbanding dengan arteri lurus.

Jika tidak ditangani dengan betul dengan mengubah gaya hidup dan mengambil makanan/suplemen tinggi antioksidan, shear stress yang dialami secara berpanjangan akan menyebabkan dinding dalam arteri yang berselekoh pada jantung menjadi sempit kerana sel-sel endothelia jantung di situ dipenuhi ion-ion kalsium.

Untuk pengetahuan pembaca semua, penulis lebih cenderung mengguna pakai teori shear stress – ion kalsium meningkat – arteri jantung menjadi sempit sebagai teori utama bagi menerangkan punca utama seseorang mengalami atherosklerosis atau lebih dikenali sebagai plak berlemak menyebabkan arteri jantung tersumbat.

Teori yang penulis terangkan di atas menepis teori yang biasa digunakan oleh para doktor dan media iaitu makanan tinggi lemak terutama berlemak tepu dan kolesterol menyebabkan arteri jantung tersumbat.

Jenis bahan antioksidan

Pada pandangan penulis, gaya hidup tidak sihat seperti merokok, minum alkohol, makan berlebihan, mengambil ubatan moden tertentu secara berpanjangan, stres kronik berpanjangan, masalah detoksifikasi dan kurang/tidak mengambil makanan berantioksidan merupakan punca utama paras NO menjadi berkurangan atau paras superoxide terlalu berlebihan. Punca utama lain ialah makan makanan karbohidrat terproses secara berlebihan dan bergula tinggi!

Jadi, makan makanan yang tinggi antioksidan perlu dijadikan amalan oleh setiap orang. Ia kerana bahan antioksidan bersifat meneutralkan molekul radikal bebas dengan menderma elektron.

Bahan antioksidan yang terdapat dalam makanan terbahagi kepada dua jenis iaitu yang larut air dan tang tak larut air. Dalam tubuh manusia, bahan antioksidan yang tak larut air dilarutkan dalam lemak. Contoh bahan antioksidan larut air ialah asid askorbik. Manakala vitamin bersifat antioksidan seperti A dan E p**a larut dalam lemak.

Carotenoid merupakan sebatian-sebatian yang terdapat pada bahagian tertentu tumbuh-tumbuhan seperti daun dan buah juga merupakan sumber vitamin tak larut air. Beta karotena, alfa karotena dan beta-cryptoxanthin dikenali sebagai carotenoid bersifat provitamin A. Maksud provitamin A ialah tubuh mengubah bahan yang dimaksudkan kepada vitamin A. Daging haiwan seperti lembu menyumbang vitamin A.

Astaxanthin merupakan sejenis carotenoid yang terdapat pada paras yang tinggi pada udang dan ikan salmon. Bioflavonoid iaitu pigmen yang menyebabkan buah-buahan berwarna gelap seperti ceri dan anggur ungu ialah antioksidan larut air. Fitosterol p**a ialah sekump**an steroid yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang bersifat tak larut air. Antioksidan ini juga tidak berapa larut dalam lemak.

Tubuh juga membina pelbagai bahan antioksidan bukan kategori enzim termasuk kolesterol, bilirubin, asid alfa lipoic, co-enzyme Q10 dan yang utama iaitu glutathione. Manakala superoxide dismutase, catalase dan glutathione peroxidase p**a merupakan antioksidan kategori enzim.

-Liz Rashid-
πŸ’ƒ Image Consultant

Apa akan jadi bila badan kita kekurangan vitamins?kekurangan vitamin boleh menyebabkan pelbagai masaalah contohnya ,keku...
10/09/2018

Apa akan jadi bila badan kita kekurangan vitamins?
kekurangan vitamin boleh menyebabkan pelbagai masaalah contohnya ,kekurangan vitamin A boleh menyebabkan β€œkebutaan” manakala berlebihan vitamin A ,menjadikan racun dan meningkatkan risiko kecacatan bayi didalam kandungan.
🌹LizRashid




Sebelum tidur..liz nak share tentang satu cerita sewaktu liz mengandungkan anak liz yang pertama dulu.Dari awal mengandu...
09/09/2018

Sebelum tidur..liz nak share tentang satu cerita sewaktu liz mengandungkan anak liz yang pertama dulu.

Dari awal mengandung,hingga 5 bulan,liz tak lalu makan..senang cerita hampir tak makan.jadi datanglah kawan liz yang menjual vitamin/supplements syorkan liz mengambil barangan yang dijualnya...Nah..selonggok dia kasi kita suruh beli.

Oleh kerana risau tak makan,liz pun belilah vitamin2 yang selonggok tadi dengan tujuan sekurang2nya boleh membantu liz & baby didalam kandungan.

Tiba2 terfikir p**ak tentang..selamat ker vitamin2 ni dimakan semasa mengandung.?
Jadi sebelum makan vitamin2 tersebut,Liz bawak kesemuanya berjumpa doktor...sebab masa tu kurang faham tentang vitamin2 ni.
Terkejut sekejap bila 4 daripada vitamin tersebut,doktor kata tak boleh makan kerana boleh menyebabkan kecacatan pada kandungan..Masyaallah..terkejut dengar masa tu..bersyukur sangat sebab terfikir untuk tanya pada yang pakar . .
Kepada ibu2 hamil terutamanya,tolonglah rujuk kepada doktor dulu sebelum anda mengambil apa2 ketika hamil.walaupun bila orang sebut vitamin,ianya seolah2 semuanya selamat..tapi sebenarnya tidak!

Kepada yang menjual produk2 ,sila hadamkan produk knowledge anda sebelum memberikannya kepada orang lain kerana anda mungkin menjadi punca kepada kecacatan bayi didalam kandungan.
-Liz Rashid-
πŸ’ƒ

Bila anak2 s**a makan pisang...beli la setandan terus..πŸ˜‡ Nak tau tak apa kelebihan pisang?Hari ni nak kasi 3 tips pada k...
03/09/2018

Bila anak2 s**a makan pisang...beli la setandan terus..πŸ˜‡ Nak tau tak apa kelebihan pisang?

Hari ni nak kasi 3 tips pada kawan2 walaupun sebenarnya banyak lagi khasiat pisang ni... .
1- Membantu sesiapa yang mempunyai penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah .Memakan pisang boleh membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin. .
2-Kandungan potasium yang tinggi dalam pisang turut membantu merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok. .
3-Mengurangkan tekanan kerana pisang mengandungi sejenis protein yang dikenali sebagai Trytophan membantu mengurangkan tekanan dan menenangkan fikiran .
Diharap ianya dapat memberikan manfaat kepada kawan2 semua.lepas ni jangan lupa makan pisang selalu ya..πŸ™‚
-Liz Rashid-
πŸ’ƒ Image Consultant

PSIKOLOGI ,GULA & DADAHJangan ingat dadah jer yang menyebabkan ketagihan...gula pun sama tau...terkejut tak dengar???Kal...
27/08/2018

PSIKOLOGI ,GULA & DADAH

Jangan ingat dadah jer yang menyebabkan ketagihan...gula pun sama tau...terkejut tak dengar???

Kalau orang yang dah tahu,confirmlah tak terkejut kan?Ni liz nak share info pada yang belum tahu... Sebelum mempelajari ilmu psikologi selama ini ,liz tak tau juga.tapi tak apala kan? dalam hidup ni ,hari2 kita belajar..ok2 jangan buang masa..kita sambung balik..πŸ˜€ Apa kena mengena p**ak psikologi dengan gula ?

Ok ..liz terangkan sedikit tentang ilmu psikologi ni .Bila kita belajar psikologi,kita belajar tentang biologi...dari biologilah kita dapat menerangkan tentang manusia & binatang bertingkahlaku.

GULA & LEMAK PUNCA KETAGIHAN.
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Jadi tak hairanlah mengapa tanpa disedari,tiba2 kita dah jadi obes kan? Sebab perkara ini berlaku perlahan2 tanpa kita sedari.. Pakar psikologi Universiti Princeton, John Hoebel menunjukkan tikus-tikus yang diberi makanan mengandungi 25 peratus gula mengalami simptom mengasingkan diri apabila tidak diberi makanan sedemikian.

Pakar berkenaan yang membuat penyelidikan mengenai obesiti berkata, aktiviti `neurochemical' yang dialami oleh tikus tersebut sama seperti yang dialami oleh mereka yang ketagihan dadah.

Pakar jiwa di University of Toronto, Jeanne Randolph p**a berkata, pengambilan makanan segera dan snek yang mengandungi gula boleh menyebabkan seseorang itu ingin menikmatinya lagi.

Banyak lagi sebenarnya penyelidikan yang telah dibuat..tapi tak pe..kita share sikit2 supaya kita senang nak ingat okay..lain kali kita share lagi..kan?
Kalau korang nak share info ni pun ,silakan..kalau tak mau pun,nak pakai untuk diri sendiri pun,tak de masaalah..tapi kalau share ,lagi baguslah kan...supaya kawan2 kita yang diluar sana pun sama-sama dapat manfaatnya.Oklah..nak kena buat kerja ni..kita jumpa lain kali yer..Arios! ..

🌿Home Chef

Rata2 semua wanita s**a dengan bab2 menurunkan berat badan ni kan??..makan pil2 kurus ni,tolonglah lupakan ya..dahlah me...
26/08/2018

Rata2 semua wanita s**a dengan bab2 menurunkan berat badan ni kan??..makan pil2 kurus ni,tolonglah lupakan ya..dahlah mengandungi pelbagai bahan2 kimia yang berbahaya..jahanam p**ak buah pinggang kita.Ada benda yg selamat untuk turunkan berat badan..baik kita buat .bukannya susah pun..

Kenapa lemon?
Jus lemon mengandungi Pectin, yang merupakan serat larut yang membantu dalam membakar lemak dan penurunan berat badan. Minum air lemon juga membantu menghadam lemak yang degil.

Nak tau caranya???
Caranya hanya pergi market..beli lemon...lepas tu buat air..πŸ˜€πŸ˜€ .s**a hatilah nak letak apa..nak letak teh pun boleh..nak tambah madu pun boleh.kalau boleh jangan letak gula.kenapa????nanti liz akan sharekan di posting yang seterusnya ya..πŸ™‚

Ok,berbalik dengan cerita lemon tadi..selain ianya boleh menurunkan berat badan,ianya juga mempunyai kelebihan2 yang lain..antaranya adalah melegakan sakit tekak. Ciri-ciri anti-bakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu melegakan sakit tekak. Jus lemon juga boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Jika anda mengalami sakit tekak, selsema atau batuk berkahak, perbanyakkan minum air lemon yang dicampur dengan madu sedikit demi sedikit sepanjang hari.

Oklah..tu jer tips untuk hari ini..lain kali ,liz share lagi ya...sekian,Selamat Malam..

🌿Home Chef

Smile can solve problems, whileSilence can avoid problems.
22/08/2018

Smile can solve problems, while
Silence can avoid problems.



Encik fitri kata,anaknya ada masaalah kulit gatal.Bermacam-macam sabun mandi dah dicubanya.Setelah mencuba  Lavender Bod...
06/04/2018

Encik fitri kata,anaknya ada masaalah kulit gatal.Bermacam-macam sabun mandi dah dicubanya.Setelah mencuba
Lavender Body Wash daripada Lis Secret Encik Fitri tak bertukar jenama lagi.Sesuai sangat katanya..πŸ™‚..tak banyak buih bukan lagi penghalangnya.tak seperti dulu.

Setelah mengetahui anaknya mempunyai alahan terhadap beberapa bahan kimia yang ada didalam sabun ,beliau lebih mementingkan kesihatan dan bahan-bahan organik di dalam sabun.

Buih yang banyak bukan sahaja menghakis minyak natural yang ada pada kulit kita ,malah menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal.

Hari ini Encik Fitri datang lagi.beli 4 botol terus..harga tengah promosi katanya.sangat-sangat berbaloi..

Untuk pembelian,silantekan link dibawahπŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Http://lissecret.wasap.my

Address

No. 21 Jalan Kasturi 3, Kasturi Heights
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00

Telephone

60192121407

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Glass Homestay Nilai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to The Glass Homestay Nilai:

Share

Category