28/05/2026
Sekadar satu coretanβ¦
Penyediaan homestay kini bukan sikit2 modal dan pengorbanan. Padahal pelanggan pun jarang cecah 10malam dlm sebulan.
Namun kerja keras untuk memenuhi harapan pelanggan :
BERSIH
SELESA
LENGKAP
KEMAS@CANTIK
dan berlumba untuk lebih
MURAH
Dlm pada itu Owner jua nak memastikan Pelanggan khasnya keluarga (6-10pax)mendapat pilihan lebih baik berbanding hotelβ¦.
Tuan punya juga perlu faham bukan semua pelanggan ada budget besar. Harga hendaklah berpatutan.
Hakikatnya Homestay rata2 sekadar tempat menumpang rehat@tidur kerana ada keperluan. Yg penting bersih , selamat dan cukup keperluan asas . Bukan mewah bukan juga rumah contoh penuh Deco. Juga bukan rumah peranginan.
Rumah 2 bilik biasa : Rm170-220
Bergantung pd kelengkapan dan lokasi.
Rumah 3 bilik biasanya Rm220-280 bergantung pd keluasan , kelengkapan dan lokasi.
Apalah sangat yg diharapkan . Masing2 : pemilik dan pelanggan, ada kepentingan yg perlu difahami dan dipersetujui.
Adalah sgt berpatutan jika deposit sewa 100/- ditetapkan untuk setiap satu malam. perjanjian perlu jelas (hilang deposit jika gagal memenuhi perjanjian). Jika Pelanggan benar2 berhajat , in syaa Allah .. akan bersetuju .
β
Sekiranya tarikh berkenaan bukan tarikh yg Hot . β¦pelanggan p**a gagal menepati disebabkan hal penting:
ada kemalangan @ kematian keluarga.
Maka wajar memulangkan hingga-100% .
β
Jika tempahan hujung minggu , cuti sekolah, minggu cuti perayaan( yg owner telah menolak banyak permohonan) ; lebih2 lagi jika pelanggan tiada sebab urgent β¦ Maka perlu ditegaskan deposit sewa tidak d p**angkan. Melainkan ada tempahan gantian. ..
Oleh kerana persetujuan dan AKAD hanya melalui gambar dan tulisan β¦Kepercayaan & Keredhaan perlu diutamakan . Kekurangan dan kesilapan sentiasa adaβ¦ Sama2lah ber lapang dada . Jazakumullah.
Wallahu aalambisawab.