Pertubuhan Kebajikan PTY Malaysia

Pertubuhan Kebajikan PTY Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Kebajikan PTY Malaysia, Lot 30 kampung kerinchi, Pantai Valley.

Alhamdulillah, silaturahim terus dipererat melalui kehadiran ke Majlis Walimatul Urus di Taiping, Perak dan Jengka 25, P...
02/09/2026

Alhamdulillah, silaturahim terus dipererat melalui kehadiran ke Majlis Walimatul Urus di Taiping, Perak dan Jengka 25, Pahang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Saudara Rahman (Taiping) dan Saudara Basith (Jengka 25) atas jemputan serta layanan yang diberikan.

Semoga ikatan silaturahim ini terus terjalin erat, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan keberkatan buat kita semua.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Pertubuhan Kebajikan Patuh Teguh Yakin (PTY) Malaysia ingin mengucapkan Sel...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Pertubuhan Kebajikan Patuh Teguh Yakin (PTY) Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuhkan perpaduan, ukhuwah dan semangat cintakan tanah air, tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan latar belakang.

Kemerdekaan bukan sekadar sejarah, tetapi amanah untuk kita pertahankan bersama demi masa depan generasi akan datang.

Agama, Bangsa dan Tanah Air menjadi ikatan.
Bersama kita membina Malaysia yang aman, harmoni, sejahtera dan penuh kasih sayang.

🇲🇾 Malaysia Tanah Airku
🇲🇾 Jiwa Merdeka, Teguh Bersama

Ikhlas daripada:
Pertubuhan Kebajikan Patuh Teguh Yakin (PTY) Malaysia

29/08/2026
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448HAllahumma solli ‘ala Muhammad Sempena sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H, marilah k...
24/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H

Allahumma solli ‘ala Muhammad

Sempena sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta meneladani akhlak, perjuangan dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kita semua dikurniakan keberkatan, kesejahteraan dan kasih sayang Allah SWT, serta mendapat syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak.

Salam Maulidur Rasul 1448H.
“Berselawat, menghayati sunnah, memperkukuh ukhuwah.”

Konvoi Resolusi Merdeka 2.0 🇲🇾Alhamdulillah, Konvoi Resolusi Merdeka 2.0 anjuran PTY Malaysia dengan kerjasama Pejabat P...
24/08/2026

Konvoi Resolusi Merdeka 2.0 🇲🇾

Alhamdulillah, Konvoi Resolusi Merdeka 2.0 anjuran PTY Malaysia dengan kerjasama Pejabat Parlimen Lembah Pantai telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat patriotik.

Turut hadir bersama, Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil, serta YBrs. Tuan Naquib Hamdan, Pengerus DBKL Cawangan Lembah Pantai.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah meluangkan masa serta bersama-sama menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada pihak PDRM yang telah membantu mengawal lalu lintas sepanjang konvoi berlangsung.

Semoga semangat cintakan negara, perpaduan dan kemerdekaan ini terus subur dalam jiwa kita dan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

MALAYSIA MADANI, KESEJAHTERAAN DINIKMATI. 🇲🇾

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Presiden , Timbalan & Ahli PTY Malaysia menyantuni Majlis Walimatulurus anakanda kepada Saudara YDH Khairul Faizi @ Apai...
18/08/2026

Presiden , Timbalan & Ahli PTY Malaysia menyantuni Majlis Walimatulurus anakanda kepada Saudara YDH Khairul Faizi @ Apai Batu di Mantin Negeri Sembilan. Alhamdulillah majlis penuh meriah dengan kehadiran sahabat handai dan tetamu semoga ikatan perkhawinan ini sampai ke akhir hayat. Ameenn.

08 Ogos 2026 Haji Zulyadain Mohd Radzi Setiausaha Agung PTY Malaysia telah hadir sebagai pemerhati ke Mesyuarat Agung PE...
09/08/2026

08 Ogos 2026

Haji Zulyadain Mohd Radzi Setiausaha Agung PTY Malaysia telah hadir sebagai pemerhati ke Mesyuarat Agung PEKIDA Daerah Putrajaya yang berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YM Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor, Mantan Ahli Parlimen Putrajaya.

Terima kasih diucapkan kepada PEKIDA Daerah Putrajaya atas jemputan dan sambutan yang diberikan. Semoga PEKIDA Daerah Putrajaya terus memperkukuhkan ukhuwah, perpaduan dan kerjasama dalam kalangan ahli.

Ucapan Hari Pahlawan daripada AJK PTY MalaysiaSelamat Menyambut Hari Pahlawan 2026.Pada hari yang penuh bermakna ini, se...
31/07/2026

Ucapan Hari Pahlawan daripada AJK PTY Malaysia

Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026.

Pada hari yang penuh bermakna ini, seluruh Ahli Jawatankuasa (AJK) PTY Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pahlawan serta anggota pasukan keselamatan yang telah berjuang dan berkorban demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

Al-Fatihah buat para pahlawan yang telah gugur. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka, mengampunkan segala dosa serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Semoga semangat keberanian, pengorbanan dan patriotisme para wira negara terus menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mempertahankan keamanan, perpaduan dan kedaulatan negara.

"Jasa dikenang, pengorbanan disanjung, Malaysia terus gemilang."

Ikhlas daripada
Ahli Jawatankuasa (AJK) PTY Malaysia 🇲🇾

Mesyuarat Agung Kali Ke 4 Pertubuhan Kebajikan Patuh Teguh Yakin Malaysia dirasmikan Oleh YB Dato' Seri Ahmad Fahmi Ahli...
21/07/2026

Mesyuarat Agung Kali Ke 4 Pertubuhan Kebajikan Patuh Teguh Yakin Malaysia dirasmikan Oleh YB Dato' Seri Ahmad Fahmi Ahli Parlimen Lembah Pantai di Dewan Chenga IWK Eco Park Pantai Dalam Kuala Lumpur.

Address

Lot 30 Kampung Kerinchi
Pantai Valley
59200

Telephone

0173873064

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan PTY Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share