31/07/2026
๐๐๐ง๐ข๐ญ๐ ๐๐ข๐ซ๐๐ข, ๐๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐๐ข๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข, ๐๐ค๐ก๐ฐ๐๐ก ๐๐ข๐ฉ๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก!
Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu, peserta, penceramah, urus setia dan pihak yang telah bersama-sama menjayakan program yang penuh bermakna ini.
Majlis telah dirasmikan oleh ADUN Selising, YB. Dato' Ust Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail sekali gus menyemarakkan lagi semangat dalam menghargai dan memperkasakan peranan wanita dalam masyarakat.
Pelbagai pengisian menarik telah disediakan sepanjang program, antaranya:
โจ Senam Robik
โจ Daurah Wanita bersama Ustazah Dr. Nurul Akma binti Mohamed
โจ Pemeriksaan Kesihatan & Pap Smear Percuma
โจ Persembahan Kesenian Melayu (Pantun & Nasyid)
โจ Penampilan Istimewa Puan Anieda Nik Mat (Founder Dr Skinz)
โจ 30 Cabutan Bertuah
โจ Hadiah Utama Wang Tunai RM200
Alhamdulillah, program berlangsung dengan lancar dalam suasana penuh ukhwah, ilmu dan keceriaan.
Sebagai penutup, para jemputan turut menikmati jamuan makan tengah hari Gulai Kawah, yang menambahkan lagi kemeriahan sambutan.
Semoga segala ilmu yang dikongsikan, manfaat yang diperoleh serta silaturahim yang terjalin menjadi asbab kebaikan dan keberkatan buat semua.
Terima kasih atas sokongan semua. Semoga kita bertemu lagi dalam program-program yang akan datang. ๐คฒ๐น