27/10/2025
Assalamualaikum dan selamat pagi. Setahun lebih telah berlalu sejak Homestay Bukit Abal dibuka. Hari ini terasa nk coret sedikit kisah sedih bagi sy pemilik homestay ini. Ujian bg sy tp sungguh tidak sy redha n halalkn dgn kejadian ini.
Bermula dgn penyewa yg sewa homestay utk 1 malam tapi dgn izin sy benarkn penyewa ini utk check out lewat sehingga 4pm tp diingkari kerana pd pkul 4.45pm runner sy dtg utk mengemas rmh tersebut mereka masih lg dlm keadaan tidak bersedia utk check out n runner sy dtg lg skali pkul 5.25pm n mendapati diorg telah keluar rumah dlm keadaan rumah seperti berikut.
1) plastik jernih bungkusan 2 helai tshirt baru yg disimpan dalam paperbag n diletakkan didalam almari telah diambil
2) air tumpah di atas meja makan tidak dilap sedangkan kain lap ada disediakn dibahagian dapur 2 helai.
3) sofa bench rosak dipercayai patah papan bahagian dalam : kebiasaannya ank n sy duduk n sy letak barang pon x rosak macam ni (rosak mungkin jd tempat diorg buat latihan melompat2)
4) cadar dan selimut extra untuk next customer yg telah diseal dlm plastik telah diguna tanpa kebenaran.
5) tuala basah yang telah digunakan diletakkan di kepala katil yg materialnya velvel baldu (boleh berkulat)
6) Penutup water heater patah sedangkan penutup ni auto terbuka bila air dituang, tidak perlu di tuang.
Ni antara kerosakan dari yang sy hadap dgn bayaran sebanyak RM150/mlm yg mana depositnya hanya RM50 sahaja.
Bila diberitahu dia ckp diorg stay dgn budak2 n minta sy fhm perangai budak yg mna kita lah mencorakkn budak tersebut. Jika kita beradabn cermat menggunakan fasiliti yg di sediakn dimana2 pon tiada masalah yg akan timbul. Ingin sy tekankn bahawa ADAB itu yang paling utama.
Kecewanya sy dpt penyewa sebegini yg sy tidak mahu gunakan deposit yg diberikan sbb betapa sy kecewa n sedih dgn kejadian ini. Sy meminta no akaun yg utk pulangan deposit yg tak seberapa kerana tidak setimpal dgn kerosakkan dan kehilangan barangan tersebut. Tetapi dia ckp xperlu sy pulangkn utk mengganti ttapi mmg sy x kn gunakn duit tersebut n akan sedekah ke mana2 pihak jika no akaun tersebut masihbtidak sy terima.
Bukanlah sy minta rumah tersebut dikemas tetapi sekurangnya guna la logik akal. Cadar dan selimut telah disediakn di setiap bilik (3bilik) tidak perlu guna extra. Air tumpah boleh dilap sahaja. Tuala basah yg digunakan boleh diletakkan dlm bakul kotor.
Inilah kali pertama sy menerima penyewa yang sebegini. Diharap selepas ini kejadiaan sebegini tidak lagi saya hadapi selepas ini.
Yg benar.
Pemilik Homestay Bukit Abal (Aishah)