Zuljati Agro Resort

Zuljati Agro Resort agro tourism (durian premium, ikan kelah, chalet, outdoor activity.

📝 9 & 10 Julai 2026✨Sunyi Sejenak, Tapi Hati Tetap Penuh Kesyukuran... ✨Pejam celik, dah masuk 9 & 10 Julai. Alhamdulill...
10/07/2026

📝 9 & 10 Julai 2026

✨Sunyi Sejenak, Tapi Hati Tetap Penuh Kesyukuran... ✨

Pejam celik, dah masuk 9 & 10 Julai. Alhamdulillah, musim buah di kebun kami dah makin susut. Bila buah makin kurang, pengunjung yang booking pun makin berkurang... Kebun pun dah mula rasa sepi semula. 🍃

Tapi itulah lumrah berkebun. Sekarang masanya untuk kami kembali kepada rutin asal... kembali fokus membaja, menyiram, dan membelai semula pokok-pokok ini supaya nanti boleh berbakti lagi untuk anda semua.

Sebelum tirai musim ini ditutup rapat, kami nak ucapkan jutaan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada semua pengunjung setia yang sudi menemani hari-hari kami sepanjang dua hari lepas:

✨ 9 Julai:
Terima kasih Faiz sekeluarga.
Terima kasih Madihah Madihah Yusoff & Ibunya (Alhamdulillah, tumpang gembira tercapai hasrat bawa syurga kita masuk kebun!).
Terima kasih Syafikah sekeluarga.
Terima kasih Kak Dah sekeluarga dari Banggol.

✨ 10 Julai:
Terima kasih Amir sekeluarga.
Terima kasih En Rashid.
Terima kasih Kak Razaini sekeluarga.

Kehadiran anda semua sangat bermakna buat kami. Terima kasih kerana menceriakan kebun kami. Sehingga kita berjumpa lagi di musim akan datang! Jaga diri semua. ❤️

🌳🍈🐟💚

📝 8 Julai 2026✨ Limpahan Keceriaan Bersama Keluarga di Kebun Zuljati ✨Alhamdulillah, Subhanallah... Walaupun kebun kini ...
09/07/2026

📝 8 Julai 2026

✨ Limpahan Keceriaan Bersama Keluarga di Kebun Zuljati ✨

Alhamdulillah, Subhanallah... Walaupun kebun kini berada dalam fasa pasca-penutupan rasmi, suasana semalam tetap terasa sangat istimewa. Kebun kami diserikan dengan kehadiran ramai pengunjung yang datang membawa seluruh ahli keluarga masing-masing.

Suasana ceria dan harmoni ini berpanjangan tanpa putus dari awal pagi sehinggalah ke lewat petang. Seronok melihat gelagat setiap keluarga meluangkan masa berkualiti bersama-sama di dalam kebun yang tenang. 🥰

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada semua tetamu slot booking semalam
✨ En. Faiz sekeluarga
✨ En. Abu sekeluarga
✨ Pn. Emma sekeluarga
✨ Cikgu Ja sekeluarga
✨ Mastura sekeluarga
✨ Kak Wan Haslina bersama anak-anak
✨ Husna sekeluarga

Terima kasih atas kunjungan, senyuman, dan sokongan padu yang diberikan oleh anda semua. Kehadiran setiap keluarga amat bermakna buat kami di Zuljati Agro Resort.

Semoga kita berjumpa lagi di program dan musim yang akan datang! 🌳👑

📍 Zuljati Agro Resort

09/07/2026

Alhamdulillah... TabarakALLAH

📝 7 Julai 2026🍃 Ceria Dalam Tenang & Bermulanya Fasa Penjagaan Pokok 🍃Alhamdulillah, hari ini kebun Zuljati Agro Resort ...
07/07/2026

📝 7 Julai 2026

🍃 Ceria Dalam Tenang & Bermulanya Fasa Penjagaan Pokok 🍃

Alhamdulillah, hari ini kebun Zuljati Agro Resort dalam fasa pasca-penutupan rasmi masih lagi terasa ceria dalam ketenangan. Suasana santai begini memberi ruang penuh untuk kami menyantuni baki tetamu yang telah membuat tempahan (booking) awal dengan lebih dekat.

Untuk makluman para pengunjung sepanjang minggu ini, aktiviti mengambil/kutip sendiri buah di pokok/kebun sudah tidak dapat dijalankan. Ini kerana kebun kini telah pun memasuki Fasa Membaja Intensif. Bahagian busut di sekeliling pokok durian tidak boleh dipijak-pijak bagi memastikan proses penyerapan baja dan penjagaan akar berlaku dengan sempurna demi persediaan musim hadapan. Terima kasih atas kefahaman semua pengunjung. 🙏🏼

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada semua tetamu slot booking hari ini:

✨ Puan Umie & suami (dari Pasir Puteh)
✨ Baihaqi & kawan-kawan
✨ Putri sekeluarga (dari Selising)
✨ Kamarul sekeluarga dari Kok Lanas

Moga semua tetamu kami hari ini berpuas hati dengan kualiti buah dan layanan yang diberikan. Terima kasih kerana sudi hadir memberikan sokongan padu!

Jumpa lagi di kemas kini program seterusnya! 🌳👑

📝 6 Julai 2026🍃 Hari Pertama Pasca-Penutupan: Eksklusif & Tenang di Kebun Zuljati 🍃Alhamdulillah, hari ini Isnin 6 Julai...
06/07/2026

📝 6 Julai 2026

🍃 Hari Pertama Pasca-Penutupan: Eksklusif & Tenang di Kebun Zuljati 🍃

Alhamdulillah, hari ini Isnin 6 Julai 2026 merupakan hari pertama kebun kami ditutup secara rasmi kepada kunjungan awam. Seperti yang dimaklumkan, hari ini kami hanya menerima dan menyantuni para tetamu yang telah membuat tempahan (booking) awal sahaja.

Suasana kebun tetap meriah, tetapi dalam masa yang sama sangat tenang dan terkawal kerana tiada lagi kesesakan dalam satu-satu masa. Setiap tetamu dapat menikmati durian segar dengan penuh santai dan privasi bersama keluarga masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada semua tetamu slot booking hari ini:

✨ En. Saiful (dari Bachok)
✨ En. Azan (dari Bukit Abal)
✨ Kak Umie (jauh datang dari Terengganu)
✨ Umidra & the geng
✨ Aminah (dari Selising)
✨ Azrol (dari Pasir Puteh)

Terima kasih kerana sudi hadir mengikut slot masing-masing dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang berada di kebun. Sokongan anda semua amat kami hargai!

Kepada yang lain, perkembangan program-program rekreasi Zuljati Agro Resort yang seterusnya akan kami kemas kini dari masa ke semasa. Stay tuned! 🌳👑

📍 Zuljati Agro Resort

📝 5 Julai 2026✨ Coretan Ahad: Sisi Damai di Penghujung Musim Zuljati Agro Resort ✨Alhamdulillah, seiring dengan notis ya...
05/07/2026

📝 5 Julai 2026

✨ Coretan Ahad: Sisi Damai di Penghujung Musim Zuljati Agro Resort ✨

Alhamdulillah, seiring dengan notis yang telah kami maklumkan sejak semalam, slot untuk hari Ahad ini sememangnya telah fully booked dan kami tidak lagi menerima kehadiran secara walk-in.

Suasana di kebun hari ini agak tenang dan mendamaikan. Memandangkan kuantiti buah yang luruh semakin menyusut, jumlah pengunjung juga agak terkawal kerana sebahagian besarnya adalah mereka yang telah membuat tempahan awal.

Walau bagaimanapun, kami tetap didatangi oleh beberapa pengunjung yang datang secara walk-in atas alasan tidak perasan notis penutupan slot. Demi menghargai kehadiran mereka, kami usahakan juga apa yang ada, walaupun terpaksa berpuas hati dengan hanya sebiji dua durian yang kebetulan luruh pada ketika itu. Jumlahnya memang sangat terhad.

Kami memohon maaf yang sebesar-besarnya kerana tidak dapat memenuhi hasrat dan selera semua orang pada fasa akhir ini. 🙏🏼

Tetamu Pengisi Memori Hari Ini
Setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kami ucapkan kepada semua tetamu yang sudi meluangkan masa bersama kami hari ini:

🌲Team YB Exco Pertanian yang sentiasa memberikan sokongan.
🌲En. Sam PPO & the geng dari Padang Pak Omar.
🌲Family Aminah serta Famili Ikhwan yang datang jauh dari Putrajaya.
🌲Dato’ Zain dari Kota Bharu.
🌲En Faiz
🌲Dan yang paling istimewa serta menyentuh hati kami, kehadiran Tok Ma & CikHa yang baru berkesempatan menjejakkan kaki ke kebun di saat musim durian kami hampir melabuhkan tirainya. Kunjungan ini sangat bermakna buat kami sekeluarga. 🥰

✨Petanda Pengakhiran Musim✨

Hari demi hari, buah yang luruh semakin sedikit, dan baki buah yang bergantung di atas pokok juga sudah semakin menipis. Ini adalah petanda jelas bahawa pengakhiran musim durian di Zuljati Agro Resort bagi tahun ini sudah benar-benar tiba.

Baki buah yang ada di pokok sekarang hanya mencukupi untuk memenuhi senarai pengunjung yang telah membuat tempahan awal (booking) sebelum ini sahaja. Oleh itu, dengan berat hati kami ingin menegaskan bahawa pihak kebun sudah tidak dapat menerima sebarang kunjungan baharu selepas ini.

Terima kasih atas segala memori indah, sokongan padu, dan ukhuwah yang terjalin sepanjang musim ini. Semoga kita berjumpa lagi di musim hadapan dengan limpahan rezeki yang lebih meriah! 🌳👑

📍 Zuljati Agro Resort

📝 4 Julai 2026✨ Coretan 4 Julai 2026: Luar Biasa Kuasa Viral & Debaran Buah Makin Berkurang ✨Alhamdulillah, Subhanallah....
05/07/2026

📝 4 Julai 2026

✨ Coretan 4 Julai 2026: Luar Biasa Kuasa Viral & Debaran Buah Makin Berkurang ✨

Alhamdulillah, Subhanallah. Pagi semalam memberikan satu perasaan yang berbeza buat kami di Zuljati Agro Resort. Untuk pertama kalinya pada musim ini, kami menyaksikan kuantiti buah yang luruh semakin berkurang, jauh berbeza dengan kebiasaan sebelum ini yang mana kereta tolak kami pasti akan penuh melimpah seawal subuh.

Melihat lambakan WhatsApp dan DM yang masuk tanpa henti, kami mula memuat naik update semasa di media sosial tentang keadaan buah yang makin susut. Jujurnya, kuasa viral ini adalah sesuatu yang di luar kawalan kami. Pengunjung tetap datang menyerbu kebun sama meriah seperti hari-hari terdahulu. Pihak kami sedaya upaya mengusahakan yang terbaik untuk memenuhi hasrat semua, namun dalam rezeki yang melimpah, terselit juga rasa ralat di hati kami.

✨Kemeriahan Yang Tetap Mewarnai Kebun

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan suasana kebun sepanjang semalam:
🌲Ustazah Azira & Ustazah Sumaria sekeluarga yang menempah gazebo untuk berkelah santai dengan pulut durian yang dibawa dari rumah. Memang vibe kampung habis!
🌲Ustaz Ya sekeluarga, Ustaz Azam & isteri (Alumni MMP) sekeluarga, Pn. Madihah Yusoff sekeluarga, serta Pn. Izzati sekeluarga.
🌲Keluarga besar Pok Kob dari Banir Belikong, Pasangan En. Wan & Puan Ibah dari Kedai Menanti, Abe Lan & isteri dari Pasir Mas, Cg. Bahar sekeluarga, Puan Masyitah sekeluarga, En. Hisyam & anak dari Bachok, En. Asyraf sekeluarga serta pasangan Sha & Shah dan anak-anak...
🌲 En. Suhairi & Wan Zack (Abang Fizo Omar) yang repeat datang lagi sekali bawa kawan-kawan, Puan Zalina & suami dari Labok, En. Rosli MDK & isteri, serta ramai lagi tetamu yang tidak sempat kami rakam gambar dan namanya.

✨Kehadiran Geng Riders SSBJ & Detik Menyentuh Hati

Suasana kebun menjadi paling happening apabila kami menerima kejutan daripada team Riders dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) yang singgah melepak dan menikmati durian segar di sini. Sebanyak 10 buah motosikal kesemuanya berbaris di kebun, memang sempoi!

Namun, di sebalik kemeriahan itu, terselit rasa hiba di sudut hati kami. Kami ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf yang sebesar-besarnya kepada tiga buah keluarga yang datang pada waktu tengah hari semalam. Mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana buah tidak luruh-luruh walaupun telah menunggu beberapa ketika.

Memandangkan ada anak-anak kecil bersama mereka, kami minta anak-anak tersebut bermain ATV dan mengail ikan di kolam sekadar untuk mengubat dan menghilangkan rasa kecewa.

Sungguh, urusan durian jatuh ini benar-benar di luar bidang kuasa kami sebagai hamba-Nya. Namun, itulah lumrah aturan rezeki—5 buah keluarga yang datang selepas itu, Alhamdulillah ada rezeki masing-masing apabila durian tiba-tiba luruh semula.

Terima kasih atas segala memori, tawa, dan asbab ukhuwah yang tercipta semalam. Sokongan anda semua amatlah kami hargai. 🌳👑

📍 Zuljati Agro Resort

04/07/2026

📢 MAKLUMAN PENTING: SLOT HUJUNG MINGGU FULLY BOOKED & STOK BUAH MAKIN BERKURANGAN 📢

Alhamdulillah, syukur atas sambutan yang luar biasa sepanjang musim ini. Kami ingin berkongsi perkembangan terkini kebun bagi mengelakkan sebarang kesulitan buat para pengunjung kesayangan kami.
Atas faktor permintaan yang sangat tinggi, kami ingin memaklumkan bahawa slot HARI INI & ESOK (Sabtu & Ahad) kini telah PENUH SEPENUHNYA (FULLY BOOKED). Oleh itu, kami dengan rendah diri memohon maaf kerana tidak dapat menerima sebarang tempahan baharu buat masa ini demi menjaga kualiti layanan bagi slot yang sedia ada.

Info Stok Buah:
Untuk makluman semua, kuantiti buah durian yang luruh di kebun juga sudah semakin berkurangan memandangkan musim kali ini sudah menghampiri penghujungnya.

⚠️ PANDUAN UNTUK PENGUNJUNG WALK-IN:

Bagi anda yang tetap berhasrat untuk datang secara walk-in, kami memohon kerjasama yang amat tinggi untuk WAJIB hubungi atau WhatsApp kami terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Kami perlu menyemak baki stok buah semasa bagi memastikan anda tidak pulang dengan rasa kecewa.

Terima kasih atas kefahaman, sokongan padu, dan kasih sayang yang anda berikan kepada Zuljati Agro Resort. Sila rancang perjalanan anda dengan bijak ya! 🌳🙏🏼

📍 Zuljati Agro Resort

📝 3 Julai 2026🏆 PENANGAN LAWATAN MB: KEBUN ZULJATI DISERBU, LICIN SEHINGGA SENJA! 🏆Alhamdulillah, Subhanallah, Tabarakal...
04/07/2026

📝 3 Julai 2026

🏆 PENANGAN LAWATAN MB: KEBUN ZULJATI DISERBU, LICIN SEHINGGA SENJA! 🏆

Alhamdulillah, Subhanallah, Tabarakallah! Penangan selepas lawatan rasmi YAB Menteri Besar Kelantan bersama rombongan Exco semalam berbaki impak yang sangat luar biasa hari ini, 3 Julai 2026. Kebun kami hari ini benar-benar 'diserbu' oleh ramai pengunjung yang teruja dan ingin merasai sendiri pengalaman menikmati durian segar terus dari lokasi yang dikunjungi MB.

Satu lagi sejarah baharu tercatat apabila kebun dibanjiri tetamu tanpa putus dari awal pagi sehinggalah ke lewat petang. Suasana menjadi sangat mencuit hati apabila ada pengunjung yang sanggup setia menunggu di bawah pokok sambil 'baca ayat' berdoa moga-moga ada buah yang luruh spontan! Malah sehingga lewat petang pun masih ada yang gigih mencari baki buah. 😂

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua tetamu yang hadir memeriahkan suasana kebun hari ini:
Cg. Norida, Abg. Jef & Cikgu Dah (Kemubu), Marina sekeluarga, En. Zaidi (Kok Lanas), En Mi sekeluarga, Faiz (Tumpat), Kak Fauziah (Pasir Puteh), Mastura, Cg. Siti (SK Kg. Berangan), Fakhruddin (Sri Aman), Ustaz Rusydi (Selising), Ustaz Khairul (Pasir Puteh), Famili Azam (Jerteh), kak Keong sekeluarga, Zaara Ikan Bakar (Kedai Lalat), Anak2 PokSu Hussain, Wawa Khan sekeluarga dan pasangan muda (pengunjung selepas masa tutup 😅)

Penutup cerita hari ini, semua durian sah HABIS LICIN tanpa baki! Kebun benar-benar hidup dengan kemeriahan ahli keluarga riuh di pondok makan, meriah anak-anak di kolam ikan, dan dipenuhi gelak tawa mereka yang melayan ATV.

Rasa penat seluruh anggota badan kami hari ini terus berganti dengan rasa bahagia yang tidak terungkap melihat senyuman semua orang.

Terima kasih ya Allah atas rezeki ini.
Insya-Allah, esok rezeki baharu menanti. Jumpa anda di kebun! 🌳👑

🚨 [UPDATE TERKINI ZULJATI AGRO RESORT] 🚨Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Update sikit untuk hari ni, stok buah ...
03/07/2026

🚨 [UPDATE TERKINI ZULJATI AGRO RESORT] 🚨

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Update sikit untuk hari ni, stok buah durian di kebun makin surut/berkurang! 😅

Kepada yang merancang nak datang kebun hari ni, terutamanya yang datang dari jauh, TOLONG CALL/WASAP KAMI DULU untuk confirmkan baki buah ya. Kami risau anda hampa dan penat memandu bila sampai buah dah habis. 🙏🏼

Boleh terus hubungi kami di sini sebelum bertolak:

📱 Cikgu Zul : www.wasap.my/601110778560/CheckStokDurian

📱 Pn Salmy : www.wasap.my/601110768560/CheckStokDurian

Terima kasih banyak atas sokongan luar biasa anda hari ni! 🌳🍈

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Address

Lot 630, Kg Seligi Tok Harun
Pasir Puteh
16800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zuljati Agro Resort posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share