04/08/2022
Alhamdulillah, pada 25 Jun 2022 Sabtu, kami menerima kunjungan dari 12 pelajar dan pensyarah dari Universiti Tenaga Nasional, Muadzam Shah untuk program “Jelajah Jalinan Mesra [JJM] : Siri 2”. Pelbagai aktiviti berkumpulan telah dianjurkan seperti Creative Pen, The Ultimate Tic Tac Toe, Level Up your Mascot, Hang Man dan Assemble the Knot. Ceramah motivasi bertajuk "Sayangi Diri, Lindungi Diri" telah di sampaikan oleh Encik Wan Fadzil Wan Ali, Pegawai Psikologi dari IPD Pahang.