12/03/2026
Terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Penampang (Jabatan Kesihatan Penampang) kerana datang memantau kawasan serta menitikberatkan penguatkuasaan terhadap kesalahan membuang puntung rokok merata-rata. Usaha ini amat dihargai.
Kami berharap pihak tuan dapat terus menjalankan pemeriksaan mengejut (spot check) dari semasa ke semasa, khususnya pada musim hujung minggu dan musim cuti, supaya sekiranya terdapat individu yang membuang sampah atau puntung rokok merata-rata, tindakan kompaun atau saman dapat dikenakan dengan tegas.
Tempat-tempat awam dan pusat pelancongan di Penampang juga wajar dikuatkuasakan dengan lebih tegas, sepertimana yang dilaksanakan di Bandar Donggongon atau Kota Kinabalu, di mana mana-mana pelawat yang didapati membuang sampah atau puntung rokok merata-rata boleh terus dikenakan saman tanpa kompromi.
Sejujurnya, kami sudah terlalu lama dan berulang kali mengingatkan pelawat supaya menjaga kebersihan, tidak membuang sampah merata-rata, dan tidak membuang puntung rokok ses**a hati. Namun begitu, masih terdapat segelintir individu yang degil dan tidak mematuhi peraturan, malah ada yang menunjukkan reaksi kurang baik atau marah apabila ditegur. Sedangkan mereka sedang berada di kawasan halaman milik orang lain.
Walaupun tong sampah dan bekas puntung rokok telah disediakan dengan mencukupi, serta notis-notis kebersihan dipaparkan dengan jelas, masih ada yang tidak mengendahkannya. Oleh itu, bagi menjaga kebersihan dan ketenteraman kawasan, kami terpaksa mengambil langkah melarang (ban) individu-individu sebegini daripada memasuki kawasan Kamagi Riverside Retreat pada masa hadapan.
Sekali lagi, terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Penampang atas usaha dan tindakan yang diambil. Diharapkan pemantauan seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi memastikan kebersihan dan ketenteraman kawasan pelancongan sentiasa terpelihara.
---
Thank you to the Penampang Area Health Office (Penampang Health Department) for coming to monitor the area and for placing strong emphasis on firm action against the offence of littering cigarette butts indiscriminately. This effort is greatly appreciated.
We sincerely hope the department will continue to conduct regular spot checks, especially during weekends and holiday seasons, so that if individuals are found littering or discarding cigarette butts around the area, immediate compound fines or penalties can be issued accordingly.
Public places and tourism areas in Penampang should also be enforced firmly, similar to the practices in Donggongon Town or Kota Kinabalu, where visitors who litter or throw cigarette butts indiscriminately can be issued fines without hesitation.
Frankly, we have repeatedly reminded visitors over the years to maintain cleanliness, refrain from littering, and avoid throwing cigarette butts everywhere. Unfortunately, there are still individuals who remain stubborn and disregard the rules. Some even respond negatively or become upset when reminded, forgetting that they are standing within someone else’s property.
Although trash bins and cigarette butt disposal containers are sufficiently provided, and cleanliness notices are clearly displayed on the walls, some individuals still choose to ignore them. As a result, to maintain cleanliness and order in the area, we have no choice but to ban such individuals from entering Kamagi Riverside Retreat in the future.
Once again, thank you to the Penampang Health Department for your efforts and enforcement. We truly hope that such monitoring and spot checks will continue from time to time to ensure that cleanliness and proper conduct are maintained in tourism areas.
---
Image credit: AI-generated image (for illustration purposes)