01/12/2018
Antara tarikan menarik di Pantai Remis, Perak. Laksa mi.
Laksa mi telah menjadi peneman utama para nelayan suatu masa dahulu.
Kini, laksa mi telah menjadi makanan wajib bagi admin setiap kali singgah ke Warung D'Manggis Sofea.
Keenakan sambalnya yang pedas pedas manis bersama sup udang segar bersama laksa mi khas diimport dari Pantai Remis itu sendiri. Dilengkapkan lagi dengan kacang panjang goreng sudah cukup untuk buat admin jadi tidak keruan dan terliur *slrrrppp*
Oh tidak cukup lagi. Hidangan ini dibalut dengan daun pisang bagi mengekalkan kesegaran hidangan tersebut. (Ya Allah makin terliur admin jadinya)
Apa yang uniknya laksa mi ni? Haaaa uniknya laksa mi ini, laksa ini tidak terdapat di mana-mana pelusuk Malaysia melainkan di Pantai Remis(Perak), Lumut, Manjung, dan Pulau Pangkor sahaja. Jadi, kalau nak rasa laksa mi ni memang perlu turun ke tempat-tempat yg ada menyediakan hidangan ini sahaja. Berbaloi ke turun Perak semata-mata untuk mencuba laksa mi iniπ€?? Insyaa Allah berbaloi ya tuan tuan dan puan puan π cuba sekali pasti nak lagi!!
Haaaa dah datang dari jauh tu, rasa tak syok p**a kalau tak pusing-pusing makan angin. Bila dah seharian penat berjalan, boleh lah menetap di Odahmamy Chalet(+6019-4863893). Dah check-in, malas p**a mahu keluar dinner?? Haaa jangan risau kerana terdapat kedai makan melayu berdekatan dengan Odahmamy Chalet. Tak perlu melintas jalan. Tak perlu naik kereta. Hanya jalan kaki sahaja sudah sampai. Yang specialnya kedai itu adalah char kueh tiaw dia yang banyak umphh ππππ. Admin bagi βββββ. Kalau cuba 1 pinggan pasti nak tambah lagi, dia punya padu tu.
Haa dah banyak sangat dah admin promote ni. Terliur lah p**a admin jadinya. Ok lah, admin nak start kereta dulu pergi cari laksa mi πππ.