12/05/2026
πΈ Dilema Harga: Nak Murah ke Nak Fasiliti Canggih?
Dunia homestay sekarang makin mencabar. Ada yang cadangkan saya pasang WiFi, pasang Netflix, letak penapis air... macam-macam lagi.
Sebagai hos, saya tak ada masalah nak tambah semua tu. TAPI, kita kena faham satu perkara: Semua tu ada KOS BULANAN.
Bila kos naik, harga sewa pun terpaksa dinaikkan sikit. Masa tu la nanti timbul isu lain p**a:
"Kenapa homestay Tuan mahal? Homestay sebelah murah RM20 pun." π
Hakikatnya, majoriti guest yang datang ke unit kami di Kulai adalah untuk urusan kerja atau keluarga. Mereka sebenarnya lebih hargai HARGA YANG BERPATUTAN dan rumah yang bersih untuk tidur, daripada WiFi laju tapi harga kayangan.
Bagi saya, biarlah homestay kami "Simple & Basic", asalkan harganya kekal mesra poket dan kualiti kebersihan kami tetap No. 1.
Korang sebagai guest, mana satu korang pilih?
A. Harga murah, fasiliti basic (janji bersih & selesa).
B. Harga mahal sikit, tapi ada WiFi & Netflix.
Cuba jujur kat komen. Saya nak tengok mana lagi ramai pengikutnya! π