Faleeq Guesthouse PJS

Faleeq Guesthouse PJS Rumah 2 tingkat , ada 4 bilik tidur, 3 bilik air. Berdekatan bandar dan Highway , kemudahan dekat dengan Restoran. MUSLIM SAHAJA..

10/08/2026

Rumah Tangga Yang Paling Rapuh
=====
1. Dalam al-Quran, Allah menggambarkan bahawa rumah yang paling lemah atau rapuh itu adalah rumah labah-labah. Firman Allah:

إنَّ أَوْهَنَ البُيُوتِ لَبَيْتُ العَنكَبُوتِ

“Sesungguhnya selemah-lemah rumah itu adalah rumah labah-labah.” (al-Ankabut)

2. Ayat ini pada hakikatnya menceritakan tentang sifat Qurasyh yang mengambil berhala sebagai tuhan mereka. Tindakan syirik Quraysh ini adalah seumpama labah-labah yang membina rumah mereka yang lemah, rumah yang disifatkan sebagai rumah yang paling lemah. Timbul persoalan disini, mengapa rumah labah-labah dikatakan sebagai rumah yang paling lemah?

3. al-Imam al-Suyuti di dalam tafsirnya menjelaskan bahawa sarang labah-labah adalah sangat rapuh dan lemah kerana ia adalah seperti berhala kerana tidak mampu memberikan perlindungan kepada isi rumahnya daripada panas dan hujan. Kata la-Suyuti:

لا يدفع عنها حراً ولا برداً كذلك الأصنام لا تنفع عابديها

“(rumah atau sarang labah-labah disifatkan sebagai rumah yang paling lemah) kerana ia tidak mampu melindungi isi rumahnya daripada sebarang (ancaman) kepanasan maupun kesejukan. ia seperti sifat berhala yang tidak mempunyai manfaat buat manusia.” (Tafsir al-Jalalain)

4. Manakala penafsiran moden p**a memberikan sudut pandangan yang berbeza. Rumah labah-labah dikatakan lemah kerana proses persenyawaan (mengawan) bagi menghasilkan telur akan mengorbankan labah-labah jantan. Kajian yang dijalankan oleh Spain's Experimental Station of Arid Zone mendedahkan bahawa bagi menghasilkan telur, labah-labah betina akan membunuh labah-labah jantan bagi mendapatkan nutrisi keperluannya untuk menghasilkan telur.

5. Ini bererti rumah tangga labah-labah, bukan sahaja dilihat lemah dari aspek fizikalnya, bahkan rumah tangga mereka dilihat rapuh kerana labah-labah betina akan memakan labah-labah jantan dalam proses mengawan untuk menghasilkan telur (proses yang turut digelar sebagai Sexual Canibalisme).

6. Bahkan sekiranya diperhatikan di dalam hadith, rumah tangga turut boleh menjadi goyah dan lemah apabila si lelaki bersikap dayus, iaitu membiarkan perlakuan maksiat di dalam rumahtangga. Sabda Rasulullah:

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

“Terdapat tiga golongan yang Allah haramkan kepada mereka syurga iaitu: Mereka yang ketagih arak, penderhaka terhadap ibu bapa dan orang yang Dayus, iaitu yang membiarkan perlakuan jahat (atau maksiat) di dalam ahli keluarganya. (HR al-Nasa’i)

7. Begitu indah perumpaan yang dipersembahkan oleh al-Quran bagi membuka hati manusia supaya mendekatkan diri dengan Allah Pencipta sekalian makhluk.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

06/08/2026

Lapangkan Rumah Dengan Quran
======
Hidupkan rumah kita dengan bacaan al-Quran. Sesungguhnya Saidina Abu Hurairah pernah berpesan bahawa: "Rumah yang dibaca di dalamnya al-Quran, akan diberikan kelapangan (keluasan jiwa) buat ahlinya, bertambah kebaikannya dan dihadiri oleh para malaikat." (Musannaf Ibn Abi Syaibah)

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Kelebihan selawat
09/07/2026

Kelebihan selawat

11/06/2026

7 top istighfar

1 .أَسْـتَـغْـفِـرُ اللهْ

Aku memohon ampun kepada Allah

2. اَسْـتَـغْـفِـرُ اللهَ الْـعَـظِـيـمِ اَ لَّـذِي لٓا اِلٰهَ اِلَّا هُـوَ الْـحَيُّ الْـقَـيُّـومْ وَاَ تُـوْبُ اِلَـيْـهِ

Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Mahakuasa, yang tiada tuhan selain Dia, Yang Mahahidup, Pemelihara segala sesuatu, dan aku bertaubat kepada-Nya.

3. اَللّٰـهُمَّ أَنْـتَ رَبِّـي لَا إِلٰـهَ إِلَّا أَنْـتَ، خَـلَـقْـتَـنِـي وَأَنَا عَـبْـدُكَ، وَأَنَا عَـلَـى عَـهْـدِكَ وَوَعْـدِكَ مَا اسْـتَـطَـعْـتُ، أَعُـوذُ بِـكَ مِـنْ شَـرِّ مَا صَـنَـعْـتُ، أَبُـوءُ لَـكَ بِـنِـعْـمَـتِـكَ عَـلَـيَّ وَأَبُـوءُ لَـكَ بِـذَنْـبِـي فَاغْـفِـرْ لِـي، فَإِنَّـهُ لَا يَـغْـفِـرُ الـذُّنُـوبَ إِلَّا أَنْـتَ

"Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada di atas janji-Mu dan ikrar-Mu (untuk taat) semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu yang Engkau berikan kepadaku, dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau."

4. أَسْـتَـغْـفِـرُ الله اِنَّـهُ كَانَ غَـفَّارَا

Aku memohon ampunan dari Tuhan, karena Dia Maha Pengampun.

5. اَللّٰـهُمَّ مَـغْـفِـرَتُـكَ أَوْسَـعُ مِـنْ ذُنُـوبِـي، وَرَحْـمَـتُـكَ أَرجَـى عِـنْـدِي مِـنْ عَـمَـلِـي.

Ya Allah, ampunan-Mu lebih besar daripada dosa-dosaku, dan rahmat-Mu lebih kuharapkan daripada amal perbuatanku.

6. رَبِّ اغْـفِـرْ لِـي وَتُـبْ عَـلَـيَّ إِنَّـكَ أَنْـتَ الـتَّـوَّابُ الـرَّحِـيـمْ.

Tuhanku Ampunilah aku dan terimalah taubatku, karena Engkau adalah Penerima Taubat, Yang Maha Penyayang.

7. اَللّٰـهُمَّ اغْـفِـرْ لِـي مَا قَـدَّمْـتُ وَمَا أُخَّـرْتُ وَمَا أَسْـرَرَتْ
وَمَا أَعْـلَـنْـتُ وَمَا أَسْـرَفْـتُ وَمَا أَنْـتَ أَعْـلَـمُ بِـهِ مِـنِّـي أَنْـتَ الْـمُـقَـدِّمُ وَأَنْـتَ الْـمُـؤَخِّـرُ لَا إِلٰـهَ إِلَّا أَنْـتَ سُـبْـحَانَـكَ اِنِّـي كُـنْـتُ مِـنَ الـظَّالِـمِـيـنْ

Ya Allah, ampunilah aku atas apa yang telah kulakukan sebelum dan sesudahnya, apa yang kulakukan setelahnya, apa yang kulakukan secara sembunyi-sembunyi,
apa yang kulakukan secara terang-terangan, apa yang kulakukan secara berlebihan, dan apa yang Engkau ketahui lebih dari aku. Engkaulah Yang Maha Menaikkan dan Engkaulah Yang Maha Mengembalikan. Tidak ada tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berbuat zalim

Alhamdulillah, cuti 2 minggu yang lepas, ramai yang Pm untuk menginap di Faleeq Guesthouse..🤲 tetapi banyak tarikh yang ...
11/06/2026

Alhamdulillah, cuti 2 minggu yang lepas, ramai yang Pm untuk menginap di Faleeq Guesthouse..🤲 tetapi banyak tarikh yang bertindan.
Terima kasih yang Pm dan mohon maaf pada yang tak dapat stay.
Inn sha Allah di lain masa p**a..
Semoga selamat sampai ke destinasi kepada yang dah stay di Faleeq Guesthouse..🤲

Jom doa di hari Arafah ni..🤲
25/05/2026

Jom doa di hari Arafah ni..🤲

Menginap di PJ?PROMOSI🌺Asalamualaikum … sahabat-sahabqt yang mencari homestay untuk menginap Petaling Jaya, Selangor.MUS...
30/04/2026

Menginap di PJ?

PROMOSI🌺
Asalamualaikum … sahabat-sahabqt yang mencari homestay untuk menginap Petaling Jaya, Selangor.

MUSLIM SAHAJA…

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Boleh hubungi :
MUSTAFA : wasap.my/60133016782/FaleeqGuesthousePjs
FATIHAH : wasap.my/60139977015/FaleeqGuesthousePjs

Faleeq GuestHouse Pjs
Alamat: No. 6, Jalan PJS 1/2B, Taman Perangsang, KM12,
Jalan Klang Lama
46000 Petaling Jaya,
Selangor..............................,,.............
Rumah Teres 2 Tingkat
RM300/semalam
RM560/ 2 malam
Kapasiti 10 dewasa
5 kanak- kanak

Check in: 2.30 petang
Check out: 12.00 tengahari

❤️ Maklumat Berkenaan Kediaman

Mempunyai Ruang Tamu yang besar berhawa dingin (aircond)

Mempunyai 4 Bilik Tidur.
Satu bilik tidur utama katil King (tingkat atas) - ber-aircond & water heater

Serta 3 Bilik Tidur yang lain, iaitu :
bilik di bawah (katil Queen) juga ber-aircond & bilik air

bilik lain di tingkat Atas ( 1 bilik dengan katil Queen & 1 bilik lagi terdapat 2 katil Single) - berkipas Syiling.

Mempunyai 3 Bilik Air (dua di tingkat Atas & satu di tingkat bawah.

Rumah berpagar ( Boleh parking 2 kereta dalam pagar dan 2-3 kereta lain di depan dan belakang rumah)

❤️Lokasi
Tepi jalan Besar/ NPE Highway
-PPUM/UM (7KM), PJ State (3KM), SOGO KL (13KM)
• Mid Valley Megamall (9KM),
• Sunway Pyramid/Lagoon, (6KM)
• Subang Airport (15KM), UiTM Shah Alam (17KM)
• KLCC (17KM) dan
• Bandar Shah Alam (14KM)
• Restoran dan surau/masjid
berhampiran

❤️Kemudahan
-Dapur dan kelengkapan
memasak
-Peti ais
-Penapis air panas dan sejuk
-Mesin basuh /penyidai
-Seterika
-Rice cooker
- Blender
-TV (android TV)
-Wifi
-Ruang/meja makan

Address

No 6, PJS 1/2b Taman Perangsang
Petaling Jaya
46000

Telephone

+60133016782

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faleeq Guesthouse PJS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share