Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia

Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (Formerly known as Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung)

Ahli Gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM )

Majlis Pengundian Piala Emas Raja-Raja (PERR) Edisi Ke-104 Tahun 2026Saksikan dan bersama-sama kita menantikan pengundia...
04/09/2026

Majlis Pengundian Piala Emas Raja-Raja (PERR) Edisi Ke-104 Tahun 2026

Saksikan dan bersama-sama kita menantikan pengundian yang akan menentukan perjalanan pasukan-pasukan bertanding dalam saingan Piala Emas Raja-Raja Edisi Ke-104 Tahun 2026.

πŸ“… 5 September 2026 (Sabtu)
πŸ•₯ 10.30 pagi
πŸ“ Dewan Auditorium MPAJ, Pandan Indah, Kuala Lumpur

πŸ”₯ Piala Emas Raja-Raja Edisi Ke-104 Tahun 2026 bakal bermula!



Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia
Football Association of Malaysia
KBSMalaysia
Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi

πŸ† PIALA AGONG 2026 πŸ†πŸ“13 September 2026  | Ahad 🏟️ Stadium Sungai Besar , Sabak Bernam , SelangorKunjungan Hormat En Naze...
04/09/2026

πŸ† PIALA AGONG 2026 πŸ†

πŸ“13 September 2026 | Ahad
🏟️ Stadium Sungai Besar , Sabak Bernam , Selangor

Kunjungan Hormat En Nazeri Hussain , wakil PBMM bersama En Mohd Nizam Hashim melihat sendiri keadaan stadium serta perbincangan bersama wakil Majlis Daerah Sabak Bernam berkenaan persiapan hari perlawanan akhir Piala Agong 2026

Istana Melaka
Football Association of Malaysia
Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia
Persatuan Bolasepak Melayu Selangor
Persatuan Bolasepak Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Majlis Daerah Sabak Bernam

πŸ† PIALA AGONG 2026 πŸ†πŸ“13 September 2026  | Ahad 🏟️ Stadium Sungai Besar , Sabak Bernam , SelangorIstana MelakaFootball As...
04/09/2026

πŸ† PIALA AGONG 2026 πŸ†

πŸ“13 September 2026 | Ahad

🏟️ Stadium Sungai Besar , Sabak Bernam , Selangor

Istana Melaka
Football Association of Malaysia
Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia
Persatuan Bolasepak Melayu Selangor
Persatuan Bolasepak Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Majlis Daerah Sabak Bernam

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡ΎMalaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiDi kesempatan yang penuh bermakna i...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Di kesempatan yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan mengenang jasa serta pengorbanan para pejuang terdahulu yang telah membawa negara kita menuju kemerdekaan.

Semoga sambutan Hari Kebangsaan kali ini terus menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya. Ketepikan segala perbezaan, kukuhkan perpaduan dan bersama-sama membina negara yang aman, harmoni serta maju demi masa depan generasi akan datang.

Tanah Tumpahnya Darah Kita πŸ‡²πŸ‡Ύ
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia
Football Association of Malaysia
Istana Melaka

Ucapan Terima KasihAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Yang Berbahagia Datuk Mohd Ridzuan bin...
27/08/2026

Ucapan Terima Kasih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berbahagia Datuk Mohd Ridzuan bin Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali,
Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Melaka,

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Presiden atas segala sokongan, doa dan kepercayaan yang diberikan kepada saya bersempena dengan pengurniaan Darjah Seri Melaka (DSM) kepada saya pada 24 Ogos 2026, sempena sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, atas perkenan mengurniakan Darjah Seri Melaka (DSM) kepada saya.

Sesungguhnya, pengurniaan ini merupakan satu penghormatan yang amat besar dan bermakna kepada diri saya. Saya menerimanya dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, serta menganggapnya sebagai satu amanah dan tanggungjawab untuk saya terus berkhidmat dan memberikan sumbangan kepada pembangunan Bolasepak Melayu Malaysia.

Saya amat menghargai sokongan Yang Berbahagia Datuk Mohd Ridzuan yang sentiasa memberikan dorongan dan kepercayaan kepada saya. Sokongan daripada kepimpinan PBM Melaka amat saya hargai dan akan sentiasa dikenang.

Sekali lagi, terima kasih Datuk atas segala sokongan dan doa. Dan kepada TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, saya menjunjung kasih atas perkenan dan penghargaan yang amat tinggi nilainya ini.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, keberkatan dan kekuatan kepada TYT Tun serta Yang Berbahagia Datuk Presiden dalam terus memimpin dan menyumbang kepada kemajuan sukan dan masyarakat.

Terima kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

NAZERI BIN HUSSAIN
Setiausaha Agung
Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM)

Selamat Menjalankan Tugas En Shahrul πŸ‘πŸ»
25/08/2026

Selamat Menjalankan Tugas En Shahrul πŸ‘πŸ»

Sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Shahrul Nizam bin Mohammad atas pelantikan sebagai Setiausaha Agung, Persatuan Bolasepak Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ikhlas daripada Presiden serta seluruh Ahli Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KELAHIRAN YANG KE-77Setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-77 kepada...
25/08/2026

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KELAHIRAN YANG KE-77

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-77 kepada

Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam
Yang di-Pertua Negeri Melaka

Semoga Allah SWT terus mengurniakan TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dilimpahkan keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan, serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam menjalankan amanah memimpin dan mencurahkan khidmat bakti kepada negeri Melaka dan rakyat.

Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT bersama keluarga tercinta.

β€œBersatu Teguh – Melaka Berwibawa”

Sekalung hormat dan setinggi-tinggi tahniah daripada

MOHD FIRDAUS BIN MOHAMED, PMC
PRESIDEN serta
JK EKSEKUTIF
Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM)

PENAUNG Persatuan Bolasepak Melayu MalaysiaTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri M...
15/08/2026

PENAUNG Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, menyempurnakan Majlis Pelancaran Piala Emas Raja-Raja (PERR) Edisi Ke-104 Tahun 2026 anjuran Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ampang, Selangor.

Istana Melaka
Football Association of Malaysia

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Pelancaran Pial...
15/08/2026

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Pelancaran Piala Emas Raja-Raja (PERR) Edisi Ke-104 Tahun 2026 anjuran Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ampang, Kuala Lumpur.

Kempen Piala Emas Raja-Raja 2026 bakal membuka tirai rasmi pada 13 September 2026 di Stadium Sg Besar , Sabak Bernam.

Tirai kejohanan akan dimulakan dengan perlawanan merebut Piala Agong.

Aksi pembuka tirai yang dijadualkan berlangsung sengit itu bakal menemukan dua gergasi iaitu Selangor (Juara Piala Agong musim lalu) dan Kuala Lumpur (Juara bertahan Piala Emas Raja-Raja Edisi Ke-103)

Kejohanan ini akan menjadi platform utama dan terbaik bagi memberi pendedahan kepada pemain untuk memastikan industri bola sepak profsional negara terus berkembang dan relevan.

Piala Emas Raja-Raja adalah satu pertandingan yang penuh dengan sejarah dan paling lama di negara ini selepas Piala Malaysia.

Ia pertama kali dianjurkan pada 1922 membabitkan seluruh negeri di Malaysia termasuk Singapura pada ketika itu.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA);
Tuan Mohd Firdaus bin Mohamed, Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM).

Info Istana Melaka

Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia
Football Association of Malaysia

Address

No. 13/3, Level 3, Block C, Jalan PJU1/41 Dataran Prima
Petaling Jaya
47301

Telephone

0378803001

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia:

Shortcuts

Share