29/09/2026
Boleh ke rumah lama yang asalnya sebuah tadika… kita ubah rasa macam hotel?
Ini adalah salah satu projek ZEDYA yang kami siapkan pada tahun 2019.
Sebuah rumah teres dua tingkat end lot yang pada asalnya digunakan sebagai tadika.
Pemiliknya membuat keputusan untuk menukar rumah ini menjadi homestay — supaya rumah terus dijaga dengan cantik, dan pada masa yang sama boleh menjana pendapatan melalui sewaan harian sekitar RM580 semalam.
Bila kami mula-mula masuk ke rumah ini, cabaran utamanya ialah ceiling yang agak rendah dan terdapat banyak beam.
Jadi persoalan kami pada waktu itu bukan sekadar, “Macam mana nak cantikkan rumah ini?”
Tetapi…
“Macam mana kita nak Hotelkan Rumah Ini?”
Client sebenarnya sudah mempunyai tukang sendiri.
Jadi ZEDYA tidak mengambil alih semua kerja renovation.
Kami bekerjasama dengan tukang client — memberi consultation dan design direction daripada pemilihan warna cat, pintu, ceiling design, space planning, kedudukan lampu dan socket, sehinggalah pemilihan tile dan finishing.
Manakala skop ZEDYA sendiri adalah membekalkan furniture, cabinetry dan decorative items untuk melengkapkan keseluruhan konsep.
Untuk rumah ini, kami pilih konsep Minimal English.
Saya mahu sebaik sahaja tetamu membuka pintu, mereka mula mendapat pengalaman seperti masuk ke sebuah hotel.
Sebab itu walaupun ruang terhad, saya wujudkan satu elemen hallway di bahagian entrance, kemudian divider digunakan untuk memisahkan entrance dengan living area.
Ruang tamu p**a kami buka terus kepada dining supaya keseluruhan ruang terasa lebih luas.
Saya pilih sofa bersaiz sederhana besar supaya lebih ramai tetamu boleh duduk dengan selesa.
Dinding menggunakan antique white, dipadankan dengan TV cabinet dan divider berwarna off-white untuk menghasilkan rasa classic-modern yang lembut.
Kemudian kami masukkan royal blue bersama cream untuk menaikkan seri dan memberi identiti kepada ruang.
Kami juga sengaja tidak memenuhi rumah dengan terlalu banyak built-in cabinet.
Sebab untuk homestay, fungsi ruang ini berbeza daripada rumah yang didiami setiap hari.
Design mesti ikut tujuan.
Di tingkat atas p**a, kami optimumkan bilangan tempat tidur tanpa mengabaikan keselesaan.
Rumah ini mempunyai empat bilik — termasuk bilik queen, dua bilik dengan queen bunk bed yang boleh memuatkan sehingga empat orang setiap bilik, dan sebuah lagi bilik dengan katil king dan queen.
Lebih ramai tetamu dapat menginap dengan selesa, dan ini membantu menjadikan nilai homestay lebih menarik.
Dan yang paling menarik…
projek ini dibuat pada tahun 2019.
Baru-baru ini kami kembali semula untuk melihat dan merakam rumah ini.
Selepas bertahun-tahun, konsepnya masih terasa cantik dan relevan — dan maklum balas tetamu banyak menyebut tentang mood dan suasana ruangnya.
Bagi saya, inilah maksud sebenar Design with Purpose.
Kita bukan sekadar menghias rumah supaya cantik.
Kita design berdasarkan siapa yang akan menggunakan ruang, bagaimana ruang itu digunakan, dan apa nilai yang perlu dihasilkan oleh ruang tersebut.
ZEDYA.
Hotelkan Rumah Anda.