D’ Desa Guesthouse adalah rumah tumpangan berkonsepkan inap desa (homestay) yang terletak lebih kurang 3 kilometer dari tempat pelancongan Taman Negara Tanjung Piai, Pontian. Kami menyediakan 5 buah rumah yang selesa dengan bilik tidur, ruang tamu yang luas, peti ais, penghawa dingin di bilik tidur utama, bilik air yang luas dan bersih serta kelengkapan memasak. Segala kelengkapan rumah seperti m
esin basuh, seterika disediakan di setiap rumah. Alatan BBQ juga disediakan bagi pengunjung yang ingin membuat aktiviti BBQ bersama keluarga atau kawan-kawan. Kebanyakan penyewa yang menginap di D'desa guesthouse bertujuan merasai kehidupan kampung, sebagai tempat bersanggah ketika menghadiri majlis perkahwinan serta sebagai tempat percutian untuk menenangkan fikiran setelah sibuk bekerja di bandar. Kami telah menerima pelbagai pengunjung seperti pelajar universiti, konvoi motosikal dan sebagainya. Selain daripada itu, pekerja seperti jurutera, para kontraktor atau technician yang mempunyai urusan di Tg Bin Power Plant juga ramai menginap di D'Desa guesthouse. Ini kerana Tg Bin Power Plant terletak lebih kurang 5km sahaja dari D'Desa guesthouse. Pelbagai aktiviti lain boleh dirasai dengan berkunjung ke tempat-tempat menarik di sekitar Kampung Serkat seperti melawat Taman Negara Tanjung Piai, melawat perusahaan dodol dan keropok lekor, melawat Medan Kelapa, melawat Kebun Durian untuk merasai pengalaman memungut durian (ketika musim durian sahaja), melawat Kebun Kopi, melawat Sangkar Ikan Kukup, menjelajahi Pulau Kukup yang dibina jambatan tergantung, bermain Golf di Kukup Golf Resort serta pelbagai lagi aktiviti menarik yang turut disediakan. Bayaran yang dikenakan untuk melawat beberapa tempat tersebut hendaklah ditanggung sendiri oleh pengunjung namun pengunjung boleh membuat pilihan sama ada untuk pergi sendiri ataupun memerlukan khidmat pemandu pelancong dengan kadar yang berpatutan. Setiap rumah berlainan harga mengikut size rumah tersebut bermula sekitar RM120-RM450 1 malam.Sebarang tempahan hendaklah dibuat dengan menghubungi di talian 010-232 7814 atau 07-6960073. Tempahan hendaklah dibuat lebih awal bagi mengelakkan sebarang pertindihan tarikh dengan tempahan pengunjung lain. Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda semua bagi sama-sama merasai ketenangan kehidupan di kampung selain dapat menambah kenalan sekaligus mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita semua. :)