13/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐!
Daftar. Hadir. Raikan kejayaan anda.
Bertahun-tahun berusaha. Tugasan demi tugasan. Projek, peperiksaan, jatuh bangun dan segala pengorbanan akhirnya membawa anda ke satu detik yang selama ini dinantikan. Hari anda melangkah ke pentas sebagai seorang graduan.
Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Selatan 2026 bakal berlangsung pada 5 hingga 15 September 2026 di Dewan Wawasan, Politeknik Premier Port Dickson.
Inilah masanya untuk mengenakan jubah konvokesyen, mendengar nama anda diumumkan, melangkah ke pentas dan meraikan kejayaan bersama insan-insan yang menjadi sebahagian daripada perjalanan anda.
Jangan biarkan bertahun-tahun perjuangan berakhir tanpa satu momen yang akan dikenang seumur hidup.
September ini, pentas itu milik anda.
โ๐๐ซ๐๐๐ฎ๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ฃ๐ฎ ๐๐ซ๐๐ง๐ฌ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ง๐๐ข๐ฉ๐ญ๐ ๐๐๐ ๐๐ฌ๐ขโ