01/06/2026
Sebermula warkah kasih serta sembah takzim dipersembahkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sempena hari keputeraan rasmi Tuanku yang penuh kemuliaan.
Adapun patik sekalian warga Glory Beach Resort dengan penuh hormat serta rendah diri merafak sembah setinggi-tinggi ucapan dirgahayu kepada Tuanku.
Maka didoakan ke hadrat Allah SWT, mudah-mudahan dipanjangkan usia Tuanku, dikurniai afiat yang sempurna, serta dilimpahi daulat dan kebesaran memerintah negara dengan aman sentosa lagi makmur adanya.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.