05/09/2026
๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ง ๐๐ข๐ ๐๐ก๐๐๐ฅ ๐๐๐ฃ๐ฆ ๐ฃ๐๐๐๐๐จ๐๐๐ก ๐๐๐๐ก๐ ๐๐ ๐๐ง๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ
๐ฃ๐จ๐๐๐จ ๐๐ก๐๐๐, ๐ฐ ๐ข๐๐ข๐ฆ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ - YDH DCP Datuk Nik Ezanee bin Mohd Faisal, Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Puan Noraidah bt Ishak, Pengarah Kastam Negeri Selangor.
Kunjungan tersebut menjadi wadah strategik dalam memperkukuh sinergi dan hubungan kerjasama antara AKPS Pelabuhan Klang dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor, khususnya dalam mempertingkat penyelarasan operasi, perkongsian maklumat serta keberkesanan kawalan dan penguatkuasaan di pintu masuk negara.
Kerjasama strategik dan koordinasi yang berterusan antara kedua-dua agensi diyakini dapat memperkukuh ekosistem keselamatan sempadan serta memastikan kelancaran pelaksanaan tanggungjawab dalam mendukung kepentingan dan keselamatan negara.
๐๐ข๐ ๐ฃ๐๐ง๐๐ก โข ๐๐ก๐ง๐๐๐ฅ๐๐ง๐ โข ๐ง๐๐๐๐ฆ
ยฉ๏ธ 2026 Cawangan Korporat | Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor