Homestay Al-Fateh, Puncak Alam

Homestay Al-Fateh, Puncak Alam Homestay Al-Fateh, Bandar Puncak Alam,
Berhampiran dengan:-
a) UiTM Puncak Alam (9km)
b) Sungai Bulo

01/03/2020

TERKINI.

1) Pihak pengurusan Homestay Al-Fateh sedia maklum dengan situasi ketidak tentuan politik yang melanda negara kita sejak kebelakangan ini.

2) Kami berpegang pada prinsip keadilan dan sentiasa menghormati suara rakyat dan menjunjung sistem perlembagaan negara kita.

3) Pihak pengurusan telah membuat mesyuarat tergempar bersama pihak dari akar umbi dan rakyat marhaen selaku penyokong fanatik Homestay Al-Fateh bagi menentukan hala tuju homestay ini.

4) Mesyuarat telah berlangsung dengan penuh emosi dengan perasaan yang bercampur baur di antara semua pihak.

5) Setelah meneliti segala kemungkinan, berbekalkan slogan "kerana kami bukan kapitalis, kami ialah sahabat anda", dengan berat hati, kami telah membuat keputusan untuk MENGHENTIKAN OPERASI HOMESTAY KAMI.

6) Atas permintaan ramai, page ini akan terus bersiaran sebagai platform melepas rindu oleh penyokong-penyokong fanatik kami.

7) Terima kasih atas sokongan besar yang diberikan kepada kami. Tanpa kami, siapalah penyokong-penyokong kami.

" Kerana Kami Bukan Kapitalis,
Kami Ialah Sahabat Anda."
........................

LATEST NEWS

1) We are closing our homestay services.

2) Thank you.

Akhir tahun yang lalu, iaitu pada 12hb hingga 26hb Disember, seluruh warga kerja Homestay Al-Fateh telah mengikuti Compa...
01/03/2019

Akhir tahun yang lalu, iaitu pada 12hb hingga 26hb Disember, seluruh warga kerja Homestay Al-Fateh telah mengikuti Company Trip ke Palestin, Madinah dan seterusnya menunaikan umrah di Mekah.

Pihak kami telah mengambil pakej umrah ziarah dengan ALCC Al Amin Travel Sdn Bhd.
Pakej bernilai RM10,500 seorang.

Hari pertama 12/12/18

Kami berkumpul di KLIA pada 8.30 malam dan berlepas pada lewat malam.
Pada pagi hari tersebut ayah kepada Penaung Homestay kami telah kembali ke rahmatullah.
Sedekahkan al Fatihah kepada arwah Baharin bin Md Taib.

Hari kedua 13/12/18

Flight kami transit di Bangkok tanpa kami perlu turun dari flight.
Kami tiba di Amman, Jordan awal pagi sebelum subuh.
Kami minta jasa baik pihak ALCC untuk mengaturkan kami menziarahi kubur orang yang paling banyak berjasa dalam penubuhan Homestay kami, arwah Mohamed Hatta bin Ibrahim yang meninggal dunia di Jordan 2 tahun yang lalu.
Sedekahkan al Fatihah kepada arwah.
Kemudian kami segera ke Gua Kahfi.
Tempat pemuda al-Kahfi yang tertidur selama 300 tahun seperti yang diceritakan dalam quran.
Kami lunch nasi Arab di restoran berhampiran.
Kemudian kami terus ke sempadan Jordan Palestin yang dikawal jajah oleh Israel.
Urusan di sana bergantung kepada budi bicara pegawai-pegawai Israel.
Kadang kala cepat kadang kala menyusahkan.
Kami dinasihat untuk menanggalkan kopiah bagi mengelakkan kesulitan.
Kami diberi Visa tanpa perlu chop di passport kami, kerana kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf negara Israel.
Selesai urusan imegresen, kami menaiki bas yang diusahakan oleh warga Palestin.
Bas yang kami naiki dari Amman telah berpatah balik.
Kami ke Jericho untuk solat jamak Zohor Asar dan makan.
Kami melihat pemandangan di Gunung Garontol, tempat dipercayai Nabi Isa AS menerima wahyu.
Kemudian kami menuju ke Jurusalem.
Waktu siang di Palestin adalah pendek ketika musim sejuk.
Suhu ketika kami di sana sekitar 10 celcius.
Kami check in Hotel yang diusahakan warga Palestin dan sangat berdekatan dengan Kota Lama Jerusalem.
Kami solat Magrib dan Isya’ di masjid al Aqsa yang terletak di dalam kota lama Jerusalem.
Masjid dikawal oleh tentera Israel, mereka akan menutup pintu sejam selepas Isya’ dan membukanya sejam sebelum Subuh.
Kami p**ang ke hotel untuk makan malam dan tidur.

Hari ketiga 14/12/18

Kami ke masjid al-Aqsa sejam sebelum Subuh untuk qiyamullail.
Selepas Subuh, selepas sarapan di hotel, kami dibawa untuk menziarah setiap masjid yang terdapat dalam kompleks masjid al-Aqsa.
Ada 5 masjid di dalam kompleks masjid al-Aqsa.
Details dan sejarahnya akan diceritakan pada post akan datang.
Kemudian kami solat Jumaat di masjid al-Aqsa.
Selepas solat Jumaat kami dibawa melawat ke seluruh kota lama Jerusalem.
Kami melihat tembok ratapan dari jauh.
Kemudian ke gereja Holy Sepulchre, tempat orang Kristian percaya Nabi Isa telah disalib.
Kami juga ke masjid Umar.
Kami p**ang ke hotel untuk makan.
Kemudiannya adalah aktiviti bebas.

Hari keempat 15/12/18

Kami qiyamullail seperti biasa.
Qiyamullail di sana tak korbankan masa tidur pun sebab di sana malam panjang.
Selepas sarapan kami menaiki bas dan pergi ke kota lama Jerusalem di bahagian penempatan Yahudi.
Kami menziarah maqam Nabi Daud AS dan tempat dipercayai tempat makan malam terakhir Nabi Isa AS bersama hawari-hawarinya.
Kemudian kami ke Hebron untuk menziarah masjid Nabi Ibrahim.
Dalam masjid Ibrahim terdapat maqam Nabi Ibrahim, Siti Sarah, Nabi Ishak dan isterinya, Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf AS.
Kemudian kami sepatutnya ke Halhul untuk menziarah maqam Nabi Yunus AS.
Maqam Nabi Yunus bukanlah bermaksud kubur Nabi Yunus tetapi hanyalah tempat persinggahan Nabi Yunus.
Namun terdapat tunjuk perasaan di sana menyebabkan acara tersebut dibatalkan.
Kami singgah makan dan terus ke Jericho untuk ke pasar kurma.
Dalam perjalanan dari Jericho ke Jerusalem kami singgah di maqam Nabi Musa AS.
Kami makan malam di hotel dan kemudiannya aktiviti bebas.

Hari kelima 16/12/18

Kami qiyamullail dipimpin oleh Imam masjid al-Aqsa dan solat subuh.
Selepas sarapan kami check out hotel dan menaiki bas meninggalkan Palestin.
Kami ke sempadan Palestin Jordan untuk urusan imegresen.
Seperti biasa, kelancaran urusan adalah bergantung kepada budi bicara pegawai Israel.
Kami makan di dalam bas dan terus ke airport Amman untuk menaiki flight ke Madinah.
Kami tiba di Madinah pada waktu malam, check in dan makan malam di hotel.
Hotel terletak berdekatan dengan masjid Nabawi.
Suhu di Madinah kurang 30 celcius.
Kami dimaklumkan berada di akhir musim sejuk.
Tak terlalu sejuk dan tak juga panas.
Seterusnya aktiviti bebas.

Hari keenam 17/12/18

Selepas Subuh dan bersarapan, kami dipimpin oleh Ustaz Muhammad al-Amin untuk ziarah di sekeliling masjid Nabawi teemasuk ziarah ke maqam Nabi Muhammad, saidina Abu Bakar dan Umar untuk jemaah lelaki.
Kemudian aktiviti bebas.
Selepas Asar, Ustaz Muhammad telah menyampaikan kuliah.
Malamnya aktiviti bebas.

Hari ketujuh 18/12/18

Selepas solat Subuh dan sarapan kami bersiap-siap untuk ke masjid Quba’
Kemudian kami ke bukit Uhud.
Kemudian kami ke ladang kurma.
Harga barangan di ladang kurma jauh lebih mahal dari kedai-kedai lain.
Kami mengesyorkan untuk jangan berbeli belah di sana.
Kami juga lalu di masjid Qiblatain dan masjid Tujuh.
Kami p**ang ke hotel pada waktu petang dan mengikuti kuliah selepas Asar bersama ustaz Muhammad.
Kemudiannya aktiviti bebas.

Hari kelapan 19/12/18

Selepas Subuh dan bersarapan, ustaz Muhammad membawa jemaah lelaki masuk ke perkuburan Baqi’
Kemudian kami dibawa ke muzium al-Quran.
Sebelah petangnya ada taklimat untuk Umrah.
Seterusnya aktiviti bebas.
Sepanjang kami di Madinah terdapat banyak kedai dobi dengan harga yang berpatutan di sekeliling hotel.

Hari kesembilan 20/12/18

Selepas Subuh, kami membuat ziarah wida’ ke maqam Nabi SAW.
Selepas bersarapan, kami check out hotel dalam berpakaian Ihram dan terus ke Bir Ali untuk niat di miqat.
Kami turut solat jamak Zohor dan Asar di sana.
Dalam perjalanan ke Mekah, kami singgah di Wadi Qudaid untuk lunch.
Kami tiba di Mekah pada waktu malam.
Suhu di Mekah pada waktu lebih kurang seperti di Madinah.
Hotel terletak sedikit jauh dari Masjidilharam namun perkhidmatan, bilik dan makanannya sangat baik.
Selepas check in, kami terus ke Masjidilharam untuk menunaikan umrah.
Kami dibahagikan kepada 3 kump**an.
Kump**an laju dipimpin oleh mutawif
Kump**an perlahan dipimpin oleh mutawif
Kump**an orang tua yang menunaikan umrah dengan scooter dipimpin oleh ustaz Muhammad.
Bayaran menaiki scooter ialah 100riyal untuk 2orang untuk tawaf, dan 100riyal untuk 2orang untuk Sa’i.
Scooter terletak di tingkat atas Masjidilharam.

Hari kesepuluh 21/12/18

Aktiviti bebas.
Solat Jumaat di Masjidilharam perlu turun awal kerana sangat sesak.
Bagi yang mahu menunaikan umrah kali kedua boleh ke Tana’im untuk berniat di miqat.
Naik teksi lebih kurang 30riyal.
Naik bas 3riyal seorang satu hala.
Bas tunggu berdekatan hotel Taqwa.
Malamnya kami ke gua Hira’

Hari kesebelas 22/12/18

Selepas Subuh dan sarapan kami menaiki bas ke Jabal Rahmah.
Dalam perjalanan kami lalu di kawasan manasik haji sambil mutawwif menerangkan satu persatu tempat yang dilalui.
Kemudian kami ke Ja’ranah untuk niat di miqat seterusnya p**ang ke Masjidilharam untuk menunaikan umrah.
Malamnya kami ke rumah kenalan Ustaz Muhammad untuk menyertai majlis bacaan dan maulid.

Hari keduabelas 23/12/18

Selepas Subuh, kami ke Hudaibiyah dan niat umrah di sana.
Kemudian kami ke rumah kenalan Ustaz Muhammad dan menyertai majlis kesyukuran di sana.
Kemudian kami p**ang ke Masjidilharam untuk menunaikan umrah.
Malamnya, ustaz Muhammad memimpin jemaah untuk ziarah sekeliling Masjidilharam.
Untuk info, dobi di Mekah adalah sedikit mahal berbanding di Madinah.

Hari ketigabelas 24/12/18

Aktiviti bebas.
Pihak agensi menawarkan program ziarah ke Ta’if pada hari ini dengan bayaran tambahan 150riyal seorang.
Kami turut serta.
Selepas sarapan kami menaiki bas ke Ta’if.
Suhu di Taif kurang 20 celcius.
Sejuk.
Kami menziarahi masjid Abdullah ibnu Abbas.
Maqam Ibnu Abbas terletak di masjid tersebut tapi telah ditutup sepenuhnya dengan dinding.
Kemudian kami ke kilang penghasilan produk-produk berasaskan ros.
Kilang tersebut sudah tidak beroperasi lagi.
Kami juga makan di sebuah restoran berkonsepkan budaya Arab.
Kemudian kami sekadar lalu di Masjid K*k.
Masjid juga sudah ditutup dan tidak beroperasi lagi.
Masjid K*k terletak berhampiran dengan kawasan Nabi Muhammad SAW dilontar batu oleh orang-orang Ta’if.
Kami juga lalu di masjid Addas.
Tempat Nabi Muhammad SAW bertemu penjaga kebun anggur dan bersembang mengenai Nabi Yunus.
Kami solat jamak Zohor dan Asar di Qarnul Manazil.
Selalunya jemaah umrah dari Malaysia akan berniat umrah dalam flight bila terbang di atas Qarnul Manazil.
Kami berniat umrah di dalam masjid Qarnul Manazil dan p**ang ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Hari keempatbelas 25/12/18

Aktiviti bebas di waktu pagi.
Jamak solat Zohor dan Asar di Masjidilharam dan terus menunaikan tawaf wida’
Kami check out dan ke airport di Jeddah.
Kami solat jamak Magrib Isya’ di airport.
Had beg check in hanyalah 30kg sahaja untuk seorang.
Flight akan berlepas ke Amman, Jordan.
Selepas setengah jam menunggu di Airport Amman, kami menaiki flight seterusnya untuk ke Bangkok.
Kami solat Subuh di dalam flight.
Di airport Bangkok, kami solat jamak Zohor dan Asar sebelum belepas p**ang ke Malaysia.

Hari kelimabelas 26/12/18

Kami tiba di Malaysia pada malam 26/12/18.
Setiap jemaah diberikan 5 liter air zamzam.

Rata-rata kami menukarkan RM2,000 sebagai duit belanja.
Lebih kepada untuk sedekah dan membeli cenderahati kerana makan minum semuanya telah termasuk dalam pakej.
Sebelum trip, pihak agensi akan meminta USD50 sebagai bayaran tip kepada pemandu bas Palestin.
Di Palestin, mereka menggunakan matawang Shekel atau USD.
Ringgit tidak diterima.
Malah kedai tukaran matawang di sana tidak menerima Ringgit.
1 Shekel lebih kurang RM1.10
1 USD lebih kurang RM4.

Di Mekah dan Madinah mereka prefer Riyal tapi juga menerima USD dan Ringgit.

Kadar tukaran Riyal lebih kurang sama dengan Shekel.
Kedai tukaran matawang di sana menerima Ringgit.

11/01/2019

ORANG ISLAM YANG MENGUNDI PAKATAN HARAPAN PRU YANG LEPAS WAJIB BERTAUBAT KALAU NAK TERLEPAS DARI SEKSA API NERAKA.

--->
--->
--->
--->
--->
--->
--->
--->
--->
--->

Begitu juga orang Islam yang mengundi BN, mengundi PAS, mengundi parti apa pun termasuk mengundi calon Bebas.

Malah yang tak mengundi pun perlu bertaubat untuk terlepas dari seksa api neraka.

Kerana kita semua manusia yang tak terlepas dari dosa...

Tazkirah Jumaat.

07/12/2018

PENGUMUMAN.

Homestay Al-Fateh akan berehat daripada beroperasi dari tarikh 10hb Disember 2018 hingga 1hb Januari 2019.

Ini berikutan warga kerja Homestay Al-Fateh akan terlibat dalam trip akhir tahun yang dianjurkan pihak syarikat.

Kami akan berkunjung ke Palestin seterusnya menunaikan umrah.
Doakan perjalanan kami pergi dan balik dan semoga kami dianugerahkan umrah yang mabrur.

Sekian terima kasih.

30/11/2018

Pada satu hari, Steve Herr cuba menghubungi anaknya Sam Herr, namun gagal.
Steve berasa pelik, kerana dia tidak pernah gagal menghubungi anaknya kerana Sam seorang yang sangat rapat dengannya.
Risau dengan keadaan anaknya, Steve bergegas ke apartment anaknya untuk memeriksa.
Di apartment anaknya, Steve telah menemui mayat seorang wanita.
Steve segera menghubungi polis.

Polis memeriksa mayat wanita itu dan mendapati wanita itu sepertinya telah diserang secara seksual.
Tulisan mencarut telah ditulis dengan marker hitam di bahagian belakang baju mayat wanita itu.
Wanita itu mati akibat ditembak.
Polis mendapati wanita itu bukan teman wanita Sam, teman wanita Sam diketahui sedang berada di luar negeri.
Polis akhirnya menjumpai dompet dan telefon bimbit wanita itu.
Mayat wanita itu bernama Julie Kibuishi.

Sam Herr merupakan bekas tentera yang pernah berkhidmat di Afghanistan.
Kini dia belajar di sebuah kolej.
Polis menjumpai pistol sebagai senjata pembunuhan.
Sam didapati hilang bersama keretanya.
Sam serta-merta menjadi suspek utama pembunuhan.

Polis menghubungi abang Julie, Taka Kibuishi dan ibunya untuk mengetahui hubungan antara Julie dan Sam.
Menurut Taka, Julie dan Sam ialah rakan kolej.
Julie merupakan tutor kepada Sam.

Polis mula menyoal siasat rakan-rakan kolej Sam dan Julie.
Menurut rakan-rakan kolej mereka, mereka hanya mempunyai hubungan tutor - pelajar.
Mereka rapat seperti adik-beradik.
Mereka juga tahu, Sam mempunyai teman wanita bernama Katharina yang ditemuinya di Jerman selepas berkhidmat sebagai tentera di Afghanistan.
Mereka bercinta jarak jauh kerana Sam tinggal di Amerika.
Polis juga mendapati Julie juga mempunyai teman lelaki bernama Mark Johnson.

Taka Kibuishi memberitahu polis bahawa pada hari pembunuhan, Julie ada di apartment bersama tunang Taka.
Mereka sedang berbincang tentang majlis perkahwinan Taka dan tunangnya.
Tiba-tiba Julie mendapat mesej, dan meminta diri kerana ada kecemasan.

Mark juga memberitahu bahawa dia juga ada dimaklumkan oleh Julie, Julie ingin singgah ke apartment Sam sebelum p**ang ke rumah.
Julie memberitahu Mark bahawa Sam memerlukannya untuk bercakap tentang masalah peribadinya.

Polis memeriksa telefon bimbit Julie dan menemui mesej dari Sam yang berbunyi.
“Tolonglah. Tiada S*x. Saya cuma perlu bercakap dengan seseorang. Saya dalam keadaan yang baik.”
“Tolong jangan beritahu sesiapa. Jangan bawa sesiapa. Saya tidak mahu orang lain tahu tentang ini”
Berdasarkan mesej itu, polis mula meragui hubungan antara Julie dan Sam, sama ada mereka sebenarnya ialah sepasang kekasih.

Mesej terakhir dari Sam yang ditemui dalam telefon bimbit Julie berbunyi.
“Boleh tak awak datang seorang diri malam ini. Saya dalam keadaan kecewa, perlukan seseorang untuk bercakap.”
Polis tidak menolak kemungkinan Sam mempunyai rasa cinta kepada Julie namun tidak berbalas.

Polis menyoal siasat penduduk di apartment Sam.
Tiada yang luar biasa melainkan seorang jiran Sam, Daniel Wozniak mendakwa ada melihat Sam berjumpa dengan orang yang tak dikenali berpakaian serba hitam.

Polis memeriksa rekod jenayah Sam dan mendapati sebelum menyertai tentera, Sam pernah terbabit dalam pergaduhan antara gengster yang menyebabkan satu kematian.

24 jam selepas penemuan mayat Julie, Sam masih gagal dijejaki.
Laporan bedah siasat mendapati Julie sebenarnya ditembak 2 kali di kepala.
Polis hanya merekodkan satu kesan tembakan di kepala Julie ketika pemeriksaan awal di tempat kejadian kerana satu kesan tembakan lagi tersembunyi di sebalik rambut Julie.
Namun yang menjadi persoalan peluru yang digunakan untuk menembak Julie tidak serasi dengan jenis pistol yang dijumpai di apartment Sam.
Mereka juga mendapati sebenarnya Julie tidak diserang secara seksual.
Polis menjadi bingung kenapa pembunuh membuat lokasi pembunuhan kelihatan seperti Julie diserang secara seksual.

Sementara polis membuat penyiasatan, bapa Sam, Steve juga membuat penyiasatan sendiri untuk mengetahui kebenaran yang berlaku.
Steve menemui klu penting.
Steve dan Sam mempunyai akaun bersama untuk simpanan wang.
Steve mendapati kad ATM Sam telah digunakan untuk mengeluarkan wang dari akaun mereka selepas kematian Julie.
Polis telah mendapatkan rakaman video di mesin ATM dari pihak bank.
Mereka mendapati individu yang mengeluarkan wang menggunakan kad ATM Sam bukanlah Sam.

Tidak lama kemudian, terdapat caj terbaru melalui kad kredit dikenakan pada akaun bersama Sam dan Steve.
Polis mendapatkan info berkenaan caj dari kad kredit tersebut.
Ianya ialah caj berkenaan pesanan pizza.
Polis menjejaki pesanan pizza tersebut dan menemui pizza tersebut telah dipesan oleh seorang pelajar bernama Wesley Freilich.
Wesley telah ditahan dan kad kredit beserta dompet Sam telah ditemui di bawah tilam Wesley.
Polis mendapati Wesley merupakan lelaki yang sama yang telah mengambil wang menggunakan kad ATM Sam.

Ketika soal siasat, Wesley menjelaskan bahawa seorang kenalannya mengupah dirinya untuk mengambil wang menggunakan kad ATM Sam.
Kenalannya itu mendakwa dirinya bekerja sebagai pengutip wang jaminan.
Dia malahan telah menunjukkan pelbagai dokumen yang membuktikan pekerjaannya itu.
Wesley telah diupah untuk mengeluarkan jumlah maksimum harian yang dibenarkan melalui kad ATM Sam setiap hari.
Kenalannya ada memesan supaya Wesley berpakaian serba hitam ketika mengeluarkan wang di ATM.
Wesley menyangka perbuatannya itu tidak menyalahi undang-undang.

Polis memaksa Wesley untuk mendedahkan identiti kenalannya itu.
Mereka mengugut akan mendakwa Wesley dengan tuduhan membantu pembunuhan.
Polis mengesyaki kenalannya Wesley itu sebenarnya ialah Sam yang sedang bersembunyi.
Tapi Wesley mendedahkan nama kenalannya itu ialah Daniel Wozniak.

Daniel Wozniak tidak asing bagi polis.
Dia ialah salah seorang jiran Sam yang telah disoal siasat sebelum ini.
Wesley mendakwa mengenali Daniel melalui ibunya.
Ibunya merupakan pelakon teater komuniti.
Daniel juga merupakan pelakon teater komuniti dan kadang kala menjadi pengarah teater.
Wesley sudah menganggap Daniel seperti abangnya sendiri.

Polis mula keliru mengapa Daniel mahu menolong Sam bersembunyi.
Polis mendapati Daniel bersama tunangnya, Rachel Buffet baru berpindah ke apartment yang turut diduduki Sam beberapa bulan sebelum pembunuhan berlaku.
Polis juga mendapati Daniel sangat disenangi penduduk apartmentnya.
Julie juga mengenali Daniel sepanjang dia mengajar Sam di apartment itu.

Polis menyiasat latar belakang Daniel.
Daniel didapati sedang menganggur ketika itu.
Daniel malah diberi notis amaran kerana tidak membayar sewa apartmentnya.
Polis percaya, Sam telah mengambil kesempatan pada kesempitan wang Daniel untuk membantu dirinya bersembunyi.

Polis telah berjumpa dengan Daniel untuk menyoal siasat.
Daniel kelihatan resah dan sangat defensif.
Daniel meminta diri kerana dia mahu menghadiri parti bujang malam itu.
Polis melepaskan Daniel kerana mereka mahu mengekori Daniel.
Mereka syak Daniel hanya menggunakan parti bujang sebagai alasan untuk dia segera berjumpa Sam.

Setelah mengekori Daniel ke parti bujang, tiada kelibat Sam kelihatan.
Polis akhirnya telah menahan Daniel untuk siasatan lanjut.
Daniel mahu memberi kerjasama penuh kerana dirinya akan berkahwin beberapa hari lagi.
Daniel mendakwa Sam pernah menghubunginya untuk datang ke apartment Sam.
Sam meminta tolong kerana telah membunuh Julie.
Sam meminta Daniel untuk mengeluarkan seberapa banyak wang melalui kad ATMnya untuk Sam melarikan diri.
Sebagai balasan, Sam akan memberikan Daniel wang untuk membiayai majlis perkahwinan Daniel.

Daniel telah menolak tawaran itu.
Tetapi Sam telah mengugut untuk membunuh Daniel dan tunangnya.
Oleh itu, Daniel tidak punya pilihan lagi.
Daniel juga mendakwa dia ada melihat mayat Julie dengan 2 kesan tembakan di kepala.
Dari kenyataan itu, polis mendapat keraguan.
Kerana secara visual, hanya satu kesan tembakan boleh dilihat pada mayat Julie kerana satu kesan tembakan lagi tersembunyi di belakang rambut Julie.
Polis mula mengesyaki Daniel ada bersama ketika Julie dibunuh kerana dia tahu 2 tembakan telah dilepaskan.

Daniel diminta menulis di atas kertas.
Polis mahu menyiasat sama ada gaya tulisan Daniel adalah sama dengan gaya tulisan marker hitam di bahagian belakang baju Julie ketika mayatnya dijumpai.
Polis mendapati ianya adalah sama.

Polis menjadikan tulisan itu sebagai bahan bukti untuk menahan Daniel.
Daniel diberi kebebasan untuk menggunakan telefon di sel untuk menghubungi peguam atau sesiapa sahaja yang dia mahu.
Perbualan di telefon di dalam sel adalah sentiasa dirakam.

Daniel telah menghubungi tunangnya Rachel.
Mereka berbincang tentang senjata pembunuhan yang telah diserahkan pada abang Daniel, Tim Wozniak.
Daniel juga akhirnya sedar bahawa perbualannya dirakam dan berasa dirinya kini telah terperangkap.

Daniel akhirnya telah membuat pengakuan penuh dan menceritakan apa yang berlaku.
Pada malam itu, Daniel telah menghubungi Sam untuk membantunya mengangkat barang di dewan teater.
Ketika Sam sedang mengangkat barang, Daniel menembak Sam 2 kali sehingga mati.
Daniel pada malam yang sama telah beraksi di pentas teater bersama tunangnya.

Ketika rehat, Daniel menggunakan telefon bimbit Sam untuk mengumpan Julie ke apartment Sam.
Selesai persembahan teater, Daniel telah ke apartment Sam untuk membunuh Julie.

Keesokan harinya, Daniel kembali ke dewan teater dan memotong mayat Sam menggunakan gergaji dan kapak.
Daniel telah membuang mayat Sam di sebuah taman.
Polis telah membuat pencarian di taman tersebut.
Taman tersebut sangat luas menyebabkan polis memerlukan masa untuk mendapatkan hasil.
Polis mula-mula menemui tangan Sam dan akhirnya menjumpai kepalanya.

Polis bertanyakan tentang motif pembunuhan.
Daniel menjawab ianya hanya semata-mata kerana duit.
Daniel sedang menanggung hutang tetapi dia mahukan majlis perkahwinan mewah dengan tunangnya.
Duit dalam akaun Sam sebenarnya ialah simpanan dari perkhidmatannya sebagai tentera di Afghanistan.

Daniel membunuh Julie untuk mengelirukan polis supaya menganggap Sam telah membunuh Julie dan telah menghilangkan diri.
Daniel telah dijatuhkan dihukum mati.

16/11/2018

Lapuji.

Itulah nama seorang gila di kampung aku.
Dia sering tidur di kuburan.
Berkeliaran di sekeliling kampung berkaki ayam.
Dan selalu bercakap yang bukan-bukan.

Ramai yang s**a menyakat Lapuji.
Tak kurang yang memukulnya.
Budak-budak nakal.
Apalah salah Lapuji?
Kadang-kadang orang normal lebih tidak berakal dari orang gila.
Ada juga orang luar yang datang ke kampung ini berjumpa Lapuji kononnya ingin meminta nombor ekor.
Syirik.

Lapuji memang s**a bercakap bukan-bukan.
Tapi kadang kala apa yang dituturnya itu ada isinya.
Betullah kata-kata ustaz aku dulu.
Ahli syurga ni ALLAH sayang.
Kadang-kadang mereka mendapat ilham dari ALLAH melalui kalam mereka.
Dan orang yang gila, tak beraqal.
Tentunya terselamat dari timbangan dosa.

Satu hari datang seorang alim ke kampung aku, Kamal namanya.
Kamal ni berminat menziarahi kubur orang-orang soleh.
Dia akan mengkaji tentang perihal orang soleh itu, mendengar cerita dan mengambil pengajaran dari semangat orang-orang soleh yang terdahulu.
Dan ziarahnya hanya sekadar menghormati orang soleh itu.
Bukan ada niat syirik.
Begitulah orang berilmu.

Di kampung aku memang ada kubur yang misteri.
Pada waktu malam ia seolah-olah bercahaya.
Berbau harum.
Kata orang tua-tua kubur itu milik seorang wali.
Pelbagai versi cerita pernah kudengar.
Ada yang kata wali ini boleh berjalan atas air.
Ada yang kata boleh terbang.
Malah ada yang kata beliau boleh berada di banyak tempat dalam satu masa.

Yang itu tidak penting.
Yang penting tentang kisahnya berjuang menyebarkan islam.
Tidak sedikit halangan dan cabaran diterima olehnya.
Barangkali mungkin itulah sebabnya kubur beliau berbau wangi dan bercahaya.

Satu hari Kamal telah terserempak dengan Lapuji di kuburan.
Kamal ingin menziarah kubur wali sedangkan Lapuji sedang berbaring-baring di celah-celah kuburan.

“Kalaulah orang tahu, ada wali yang sangat makbul doanya.
Tentu sahaja berbondong-bondong manusia akan datang memohon doa pada wali itu.
Sudah terbukti,
Sesiapa yang menawarkan diri berbakti pada wali tersebut,
Hidupnya jadi mudah dan senang.
Berkat hidupnya.
Sayangnya tak ramai yang tahu akan wali itu.”
Lapuji mengomel seorang diri.

Kata-kata Lapuji lantas menangkap telinga Kamal.
“Siapakah wali itu saudaraku?
Siapakah wali yang sangat makbul doanya itu?”
Kamal terus bertanya.
Hatinya teringin sekali mendampingi orang soleh sebegitu.
Setakat pengetahuannya,
Wali yang sangat makbul doanya ialah Uwais Al-Qarni.

“Ibu-ibu, bapak-bapak, siapa yang punya anak…”
Tiba-tiba Lapuji menyanyi lagu Wali Band seolah-olah mengejek Kamal.
Bengkek je Kamal.
“Homestay Al-Fateh, homestay terhebaaaaatttt tapi harga muraaaaaaahhhhh!!!”
Tiba-tiba Lapuji menjerit promote homestay p**a.
Malas Kamal nak layan Lapuji.
Dasar orang gila.
Kamal pun membuka langkah mahu ke kubur wali.

Tiba-tiba Lapuji menegurnya.
“Hei anak muda,
Apa gurumu tak pernah mengajarmu memberi salam sebelum menyapa orang lain?”
Tersentak Kamal.
Benar sekali tadinya dia tidak memberi salam seraya menanyakan soalan.
Kamal segera memberi salam, memohon maaf lalu melanjutkan soalannya tadi.
Begitulah akhlak orang soleh.
Tersedar dari silap, segera memohon maaf.

“Gurumu tidak pernah mengajarkan tentang wali yang hebat ini?
Doanya paling makbul.
Sungguh sayang, kerana dia tinggal sangat hampir dengan kampungmu.”
Tanya Lapuji.

Kamal terkejut.
Kalau ada wali begitu hebat di kampungnya,
Tentu saja Kamal sudah mengetahuinya sedangkan dia mengembara ke seluruh pelusuk negeri untuk mengambil tauladan dari para wali.
“Tidak saudaraku.
Sepanjang 10 tahun aku menuntut ilmu dengan guruku,
Tidak pernah dia menceritakan padaku tentang wali hebat ini.”

“Gurumu ada mengajarmu tentang wali ini tapi kau tidak beri perhatian.”
Tempelak Lapuji.
Kamal termenung mengingat-ingat kembali jika dia terlupa tentang ajaran gurunya.
Tiada, memang tiada. Kamal yakin.

Lapuji pun berkata,
“Gurumu tidak mengajar kamu tentang makbulnya doa ibu bapamu?”
Ibu bapamu ialah jalan-jalan ke syurga.
Merekalah wali yang hidup paling hampir dengan tempat asalmu.”

Kamal terus menangis.
Sudah lama dia tak p**ang ke kampung kerana menuntut ilmu.
Jauh dia mencari berkat.
Rupanya berkat yang paling besar ada di kampungnya sendiri.
Kamal terus memeluk Lapuji dan segera berkemas untuk p**ang ke kampung.

16/11/2018

“Prangfhhf(=$) :=%%!!!!!”

Terperanjat aku mendengar bunyi pasu ditendang pecah.
Siapalah p**a yang membuat onar ni?
Bagi la aku tenang-tenang membaca komik Pendekar Laut Generasi Kedua ni.
Siapalah yang akan menang dalam pertarungan Pendekar Laut menentang Orga ni?

“Mana Ustaz Yusuf?!!!
Aku nak jumpa dia sekarang!!!”

Dari dalam bilik pejabatku, aku melihat seorang lelaki berbadan sasa.
Mukanya berparut, gayanya ala-ala samseng.
Dia menggertak penyambut tetamu wanita di ruang hadapan Pejabat Agama ini.
Nak cari Ustaz Yusuf katanya.
Habislah Ustaz Yusuf, samseng cari dia.

Eh, alamak.
Ustaz Yusuf tu aku la.
Habis la aku.
Macam mana ni..
Apa dia nak dari aku?
Setahu aku, aku tak ada buat pinjaman dengan along.

“Ustaz Yusuf ada dalam bilik dia, di sana.”
Cik Yaya terketar-ketar menunding jari ke bilikku.
Comelnya Cik Yaya, dalam keadaan panik pun masih nampak cantik.
Lama dah aku cuba mengorat dia untuk jadi isteri ketigaku.
Tapi masih belum berjaya.

Lelaki gagah tadi mara ke bilik pejabatku dengan pantas.
“Kau ni Ustaz Yusuf ke?”
Dia bertanya sejurus masuk ke bilikku.
Aku mengangguk perlahan
Aku cuba berlagak tenang memandangkan Cik Yaya sedang memerhati di luar bilik.
Padahal dalam hati, dah luruh dah jantung aku.

Lelaki tersebut terus menutup pintu bilik pejabatku lantas menguncinya.
Ahhh sudah. Dia nak belasah aku ke kat dalam ni.

“Ye encik, ada apa saya boleh bantu?”
Tanyaku, masih cuba berlagak tenang.
Lelaki itu terus duduk di atas kerusi di hadapan mejaku.
Tiba-tiba dia menangis teresak-esak.
Wah, apa ni?
Langsung tak kusangka apa yang terjadi di hadapanku.

“Saya selalu pukul isteri saya ustaz”
Lelaki itu mengaku kesalahannya sambil menangis.
Menyesal barangkali.

“Kalau isteri saya masak tak sedap,
Saya terus campak je masakan tu ke muka isteri saya.
Saya panas baran ustaz.
Bukan isteri saya je takut pada saya,
Kucing pun takut pada saya.
Tapi…”
Lelaki itu berhenti seketika mengesat hingusnya yang meleleh ke baju aku.

“Tapi apa…?”
Aku bertanya, kerana tak dapat aku menelah sambungan cerita lelaki itu.

“Tapi hari ni saya dapat tahu…”
Dia berhenti lagi kerana tangisannya yang teresak-esak.
Sabar je lah aku.
Aku pun curious jugak nak tahu ni.

“Saya dapat tahu isteri saya curang.”
Ahhh, ingatkan nak kata dapat tahu Homestay Al-Fateh ialah homestay bertaraf 100 bintang tapi harga murah tadi.
Maklumlah, penulis cerita dalam page ni kan s**a buat plot twist macamtu.
Nampaknya cerita kali ini ialah cerita yang serius.

“Curang dengan siapa, encik?”
Aku bertanya, sesuai dengan jawatanku kauselor kepada pasangan yang bermasalah.
Aku sering berhadapan dengan masalah suami isteri.

“Dia curang dengan kawan saya sendiri, ustaz.
Dah terlanjur pun.
Tapi saya masih sayangkan isteri saya.”
Lelaki itu menjawab sambil menahan tangisannya.

“Hmm, apa masalahnya?
Encik bantai je la kawan encik tu cukup-cukup.
Berani betul dia rampas isteri encik yang sado dan bermuka gengster ni”
Aku cuba memberi solusi.

“Ustaz…
Kawan saya tu lagi kuat dari saya.
Kekuatan saya 95 petala langit.
Kekuatan dia dah sampai tahap 100 petala langit tahap kesempurnaan.
Lagi pun dia pandai guna kamehameha.”

Begitulah ALLAH menegur kita.
Kadangkala kita rasa kita yang paling kuat.
Kita buat ses**a hati kita.
ALLAH hantar seorang yang lebih kuat untuk merampas hak kita.
Barulah kita sedar, kita ini lemah sahaja.

Walau pun Homestay Al-Fateh ialah homestay terhebat tapi harga murah je,
Kami dengan rendah diri mengaku,
Semua ini hanyalah kurniaan dan izin ALLAH semata-mata.

Address

No 2, Jalan Alam Suria 16/39
Puncak Alam
42300

Telephone

0193338642

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Al-Fateh, Puncak Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category