21/09/2026
Pada Sabtu & Ahad 19-20 September 2026, APM Putrajaya telah mengadakan Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 11/2026.
Sepanjang dua hari kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan modul asas menyelamat dan pertahanan awam yang merangkumi teori dan praktikal.
Seramai 7 orang peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan berjaya menamatkan kursus sekali gus melayakkan mereka bergelar anggota Pertahanan Awam.
Selamat datang kepada semua peserta ke keluarga besar APM Putrajaya. Semoga ilmu yang ditimba dapat dimanfaatkan demi kesejahteraan komuniti dan negara.
“Sedia, Pantas, Berintegriti”