17/12/2025
LAPORAN RASMI: AKAUN "Menarik Di Keningau" TELAH DIGODAM
Dengan ini dimaklumkan bahawa Page Facebook “Keningau Menarik” telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sejak kejadian tersebut, pihak admin kehilangan kawalan sepenuhnya terhadap page berkenaan.
Beberapa aktiviti mencurigakan telah dikesan, termasuk:
Kandungan dimuat naik tanpa kebenaran admin
Kemungkinan penyalahgunaan page untuk tujuan penipuan, spam atau perkara tidak wajar
⚠️ PERINGATAN KEPADA ORANG RAMAI
Abaikan sebarang posting, komen, mesej peribadi atau pautan yang dikongsi dari page ini buat sementara waktu
Jangan klik link, jangan beri maklumat peribadi dan jangan buat sebarang transaksi
Segala kandungan selepas tarikh kejadian BUKAN daripada admin asal
Menarik Di Keningau