27/07/2026
๐ฑ ALHAMDULILLAH, SELESAI SLOT DEMONSTRASI GROOMING KUCING DI MAHA PAHANG 2026!
๐พSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur MAHA Pahang 2026, terutamanya Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang serta seluruh jawatankuasa pelaksana atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mengendalikan slot demonstrasi grooming kucing di Taman Tasik pada 25 Julai 2026 baru ini
Saya berlapang hati dapat berkongsi tips, teknik penjagaan, dan dandanan yang betul bersama para pemilik kucing,dan teruja melihat kehadiran dan maklum balas yang sangat positif daripada cat lovers Raub dan seluruh Pahang!
Di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Veterinar Negeri Pahang yang sentiasa menyokong usaha kesedaran kebajikan haiwan ๐ซฑ๐ปโ๐ซฒ๐ผ
Semoga segala perkongsian ilmu ini memberi manfaat besar buat semua pencinta haiwan dalam menjaga kesihatan dan kebersihan si bulu kesayangan.Jumpa lagi di slot akan datang! ๐ซกโจ