28/07/2026
Alhamdulillah.
Pada 18 Julai 2026, Homestay Sungai Pasu telah mengadakan Majlis Kesyukuran sempena kejayaan dalam Pertandingan Pelita Raya 2026 (Kategori Homestay).
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para tetamu kehormat serta semua yang sudi hadir memeriahkan majlis ini:
1. YB Tuan Fadzli bin Mohamad Kamal, DSM, AMP
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) D**g.
2. Encik Mohd Zaidi bin Hashim
Pengerusi JPKK Sungai Pasu.
3. Encik Alif bin Abdul Karim Zamri
Penghulu Mukim Gali 2, Raub.
4. Encik Khairul Azhar bin Abdul Manaf
Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran, KEMAS Daerah Raub.
5. Puan Aida binti Halim
Pegawai FAMA Daerah Raub.
6. Encik Azizi bin Alauddin
Tourism Pahang.
7. Ahli-ahli Homestay Sungai Pasu serta seluruh warga Kampung Sungai Pasu.
Kehadiran dan sokongan semua amat bermakna serta menjadi pembakar semangat untuk Homestay Sungai Pasu terus maju dalam memartabatkan industri pelancongan desa dan komuniti.
Terima kasih atas sokongan dan doa semua. Semoga ukhuwah yang terjalin terus berkekalan dan Homestay Sungai Pasu terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.