Homestay Sungai Besar D'Juma Homestay

Homestay Sungai Besar D'Juma Homestay s

18/08/2023
07/09/2022

pong..pong..pong😁..jeruk pauh ranggup krup krap😋... tumpang lalu.. ramai x yg s**a malam2 ni😁

☘️resepi jeruk pauh ( pelam telur)☘️ : https://shope.ee/foKGcJF4B
50 bj buah pelam
3/4 cawan garam
3 cawan gula ..
4 cawan air

☘️belah buah pelam buang biji.. masukkan ke dalam bekas.. boh garam ( garam kena cukup utk meranggupkan buah tadi).. boh air secukupnya sehingga aras buah pelam ( nnti bila dh semalaman tengok air tu klau b*k buih tu tandanya x cukup garam ye tambh kn lg sikit).. biar dua mlm sehingga berubah warna.. jd kuning.. basuh bersih sejat...

☘️masak 3 cawan gula bersama 4 cawan air... sehingga glegak.. gula hancur.... sejukkan... dah sejuk masukkan dlm buah pelam td... masukkan ke dlm peti ais biar dl semalam lg dlm air gula biar meresap baru sedap... rasa la ye klau x cukup manis tambah je gula.. lg lama jeruk lg sdp... nak boh cili ke x ikut s**a😁

☘️bytgkhuzanika😘☘️

16/08/2022

Oh patutlah ayam goreng singgit akak laris lain macam semalam.. rupanya semalam KFC ada buat promo.. Agaknya dorang malas nak beratur.. dapat yg ala-ala kepci pun jadilah😂😂
Alhamdulillah rezeki..
oh kepci mohonlah selalu buat promo.. boleh akak tumpang tempiasnya🙊🙊

Ni akak masukkan resepi..so kita semua boleh buat sama-sama🤗

Resepi ayam goreng seringgit❤

Ni resepi saya.. Maaf kalau ada salah silap dan kekurangan ya✌

Ayam sekor potong 22-24
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar saiz kecik (1)
Halia 1 inci
Lada hitam 1 sudu kecil
Lada putih 1 sudu kecil
Serbuk kari 1 sudu besar
Garam dan serbuk perasa adabi

Kisar semua bahan sampai halus.
Perap pada ayam.

Resepi tepung salut;
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sbb ayam akan lebih garing dan rangup)
1 sudu tepung ubi/beras

Cara-caranya;
1.perapkan ayam dengan bahan blender dan tambah sedikit tepung kering dlm 3 sudu.. perapkan..Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung..
2.Masukkan ayam dalam 5-6 ketul
3.Sendukkan tepung salut ke atas ayam
4.Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit)
5.Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yg sederhana panas.
*boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup.
6.Goreng ayam dalam minyak yg banyak, ayam tenggelam ye(utk jimat minyak boleh pakai periuk kecik)
7.Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak,cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam.
8.Hidangkan panas-panas..
9.Makannn😂🙊

untuk lebih senang..boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain.. tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit.. saya kena kreatif utk jimatkan kos (ayam mahal weh😂)
boleh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yg lain.

Credit : Murni Rahmat

15/06/2022
20/05/2022
17/04/2022

Resepi air asam.
Cili padi 10biji
Cili besar 2 biji
Tomato 1biji
Belacan 2 ibu jari
- goreng dengan myk sikit.
Lepas tu masukkan dlm blender bersama :
Kerisik 2 sudu besar
Asam jawa adabi 2 sudu besar
Air suku cawan ikea
Gula
Garam
Blend semua.
Bahan hiris:
Bawang besar
Cili besar
Cili padi
Tomato
Limau kasturi hiris dengan kulit skali
Campur kan bahan blend dengan bahan hiris.
Ps: kalau anpa s**a pekat, bahan blend td boleh lebih kan. Cili padi lg b*k lg meletop.
Air tu pun ikut nak pekat ke cair. Kalau suku cawan tu pekat sgt, tambah sket nt pun xpe.
Lepas tu kan, kau rebus kerang, perisi masuk dlm air asam ni. Walaweiiiii...

15/04/2022

KHASIAT DAUN KARI

1) Penawar cirit birit dan buasir

– Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.

1) Loya dan pening

– Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

1) Diabetes

– Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

1) Agar rambut panjang dan sihat

-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

1) Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa

– Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.

1) Lebam dan bengkak

– Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.

1) Kecantikan dan kesihatan diri

– Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.

jom bercucuk tanam.. ada hasilnya 😍

Address

No 38, Jalan Air Manis 3
Sabak
45200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Sungai Besar D'Juma Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category