Kolam House Sekinchan

Kolam House Sekinchan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kolam House Sekinchan, Hotel, Sekincan.

11/03/2024

Kolam House mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan bermula 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadan 1445H kepada semua umat Islam.

Semoga Ramadan kali ini lebih bererti dan dapat meningkatkan lagi keimanan untuk menempuhi segala ujian selama sebulan berpuasa.

Marilah kita bersama-sama merapatkan dan mengukuhkan ukhwah, menghidupkan amalan-amalan fardu dan sunat dalam memperoleh segala kebaikan dan kelebihan yang dijanjikan ALLAH pada bulan mulia ini.

Semoga kita memperoleh darjat takwa disisi ALLAH SWT. Ramadan Karim!.

05/01/2024

Alangkah indahnya jika kita dapat menunaikan solat berjemaah bersama keluarga lebih-lebih lagi berkumpul dalam jumlah yang ramai.

Solat jemaah dalam kalangan ahli keluarga membolehkan kita menghargai persaudaraan dan ukhwah dalam Islam.

Solat sebagai tiang agama membersih dan mencuci jiwa selain sebagai tempat kita mengadu dan memohon kepada ALLAH.

Di Kolam House, kami mempunyai ruang tamu mencukupi bagi sebarang aktiviti berbentuk kerohanian seperti solat jemaah, bacaan yasin dan tahlil serta al-Mathurat.

Kami menyediakan tikar sejadah, kain telekung, petunjuk arah kiblat di setiap bilik homestay kami selain senaskah kitab al-Quran bagi mengimarah aktiviti keagamaan di homestay.

Moga usaha ini juga diberi ganjaran pahala berterusan hingga ke akhirat setiap kali pengunjung datang ke Kolam House.

Terima kasih kepada puan Liza Masrina atas perkongsian video TikTok semasa menginap di unit modern Kolam House Sekinchan sempena cuti persekolahan Disember tahun lalu.

'Kolam House cipta kenangan setiap saat!'.

Kolam House Sekinchan
http://www.wasap.my/60192650821
https://www.facebook.com/profile.php?id=100077225300322

Kolam House Hillpark
http://www.wasap.my/601139630519
https://www.facebook.com/profile.php?id=100085314927561

Syurga makanan di Sekinchan. Tak rugi kalau anda memilih penginapan di Kolam House Sekinchan. Biasanya selepas puas bere...
02/12/2023

Syurga makanan di Sekinchan.

Tak rugi kalau anda memilih penginapan di Kolam House Sekinchan. Biasanya selepas puas berendam di kolam renang, perut berasa lapar, jadi memang seronok apabila ada tempat makan best kat area Sekinchan ni.

Banyak kafe hipster kini tumbuh bak cendawan di kawasan ini. Rasa tenang je bila dapat melihat
sawah padi menghijau, saujana mata memandang.

Persekitaran kafe-kafe yang 'viral' ni sangat damai lagi-lagi angin sepoi-sepoi dari 'lautan bendang' seolah-olah menyambut kedatangan ke Sekinchan ini.

'Kolam House cipta kenangan setiap saat!'.

Kolam House Sekinchan
http://www.wasap.my/60192650821
https://www.facebook.com/profile.php?id=100077225300322

Kolam House Hillpark
http://www.wasap.my/601139630519
https://www.facebook.com/profile.php?id=100085314927561

Kolam House Sekinchan menyediakan private pool besar, luas dan selesa khusus untuk percutian berkonsepkan kekeluargaan.S...
28/11/2023

Kolam House Sekinchan menyediakan private pool besar, luas dan selesa khusus untuk percutian berkonsepkan kekeluargaan.

Suasana tenang dalam kawasan kampung dikelilingi lambaian pepohon hijau tentunya memberikan kenangan berharga.

Buka pintu dapur sahaja, anda boleh terus terjun ke dalam kolam renang atau memerhati anak di jendela sahaja sambil memasak lauk kegemaran.

Pada anda yang ingin membawa mak ayah, keluarga dan saudara mara tu, jomlah ke Kolam House untuk luangkan masa beramai-ramai.

Hargailah masa bersama keluarga sambil tu boleh 'throwback' moment kecil-kecil di kampung halaman tok nenek dulu.
‍‍‍‍‍‍
Hubungan kekeluargaan lebih erat malah lebih banyak masa berkualiti dapat diluangkan bersama insan tersayang.

Ayuh, jangan buang masa. Pilih masa sesuai untuk anda bergembira bersama keluarga!.

'Kolam House cipta kenangan setiap saat!'.

Kolam House Sekinchan
http://www.wasap.my/60192650821
https://www.facebook.com/profile.php?id=100077225300322

Kolam House Hillpark
http://www.wasap.my/601139630519
https://www.facebook.com/profile.php?id=100085314927561

#
#
#



Singgah sebentar di Kolam House Sekinchan. Bunyi pancuran air kolam renang boleh membangkitkan 'mood' gembira dan bersem...
20/10/2023

Singgah sebentar di Kolam House Sekinchan. Bunyi pancuran air kolam renang boleh membangkitkan 'mood' gembira dan bersemangat sebelum memulakan kerja pagi ini.

Di Kolam House, kami menyediakan dua unit private pool kepada tetamu yang ingin bercuti di samping merasai suasana kampung sebenar sambil menghirup udara nyaman dan tenang serta pemandangan 'menghijau'.

Unit classic dan modern di Kolam House tentunya menjanjikan penginapan bersih, selesa dan dijaga rapi.

'Kolam House cipta kenangan setiap saat!'.

Kolam House Sekinchan
http://www.wasap.my/60192650821
https://www.facebook.com/profile.php?id=100077225300322

Kolam House Hillpark
http://www.wasap.my/601139630519
https://www.facebook.com/profile.php?id=100085314927561

Panduan kepada tetamu Kolam House yang bermalam di sini. Banyak tempat menarik yang ada di Sekinchan. Apa tunggu lagi, J...
08/07/2023

Panduan kepada tetamu Kolam House yang bermalam di sini. Banyak tempat menarik yang ada di Sekinchan. Apa tunggu lagi, Jom, pusing Sekinchan!.

NOTIS PEMBERITAHUAN.Kerja-kerja penggantian dan menaik taraf pemancur air.Kepada semua tetamu yang menempah unit modern ...
02/06/2023

NOTIS PEMBERITAHUAN.

Kerja-kerja penggantian dan menaik taraf pemancur air.

Kepada semua tetamu yang menempah unit modern Kolam House Sekinchan, kami tidak lagi menyediakan pemancur air replika cendawan seperti dalam gambar berkuat kuasa pada 31 Mei 2023.

Kerja-kerja pengalihan dan penyelenggaraan pemancur air replika itu terpaksa dilakukan berikutan terdapat kebocoran pada bahagian bawah besi pengukuh.

Kerja-kerja pengalihan pemancur air telah berjaya dilaksanakan pada 29 Mei 2023.

Kolam House telah melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan pemancur baharu sebagai alternatif penggantian pemancur replika cendawan sebelum ini.

Pemasangan pemancur baharu telah siap sepenuhnya pada 30 Mei 2023 dan kepada tetamu yang telah menempah unit modern, anda boleh meneruskan percutian di sini .

Segala kesulitan amat dikesali, sekian terima kasih.

'Kolam House cipta kenangan setiap saat!'.

https://www.facebook.com/profile.php?id=100077225300322

Kolam House Sekinchan
http://www.wasap.my/60192650821
https://www.facebook.com/profile.php?id=100077225300322

Kolam House Hillpark
http://www.wasap.my/601139630519
https://www.facebook.com/profile.php?id=100085314927561

Kolam House mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa bulan Ramadan 2023/ 1444H kepada seluruh umat Islam.Manfaatkan wa...
22/03/2023

Kolam House mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa bulan Ramadan 2023/ 1444H kepada seluruh umat Islam.

Manfaatkan waktu itu dengan sebaik mungkin. Semoga kita sentiasa istiqamah pada bulan Ramadan.

Kolam House Sekinchan juga menawarkan harga promosi RM399 semalam kepada tetamu yang menginap di sini.

'Kolam House cipta kenangan setiap saat!'.

https://www.facebook.com/profile.php?id=100077225300322

Kolam House Sekinchan
http://www.wasap.my/60192650821
https://www.facebook.com/profile.php?id=100077225300322

Kolam House Hillpark
http://www.wasap.my/601139630519
https://www.facebook.com/profile.php?id=100085314927561

03/03/2023

Ramai ibu bapa mengambil peluang cuti sekolah ini untuk berlibur bersama keluarga.

Di Kolam House Sekinchan kami menerima kedatangan cikgu Ilmi dan keluarganya dari Kapar, Klang yang menginap dua hari satu malam di unit classic.

Terima kasih cikgu Ilmi memilih Kolam House untuk membawa anak-anak beristirahat dan bermain air di sini pada Khamis.

Di Kolam House, anda tidak berkongsi kolam renang dengan tetamu lain, sebaliknya buka pintu dapur terus kolam renang peribadi yang tentunya luas dan selesa.

Pendek kata, ada banyak kemudahan disediakan untuk keperluan keluarga yang sukakan ketenangan, jauh dari hiruk-pikuk kota.

'Kolam House cipta kenangan setiap saat!'.

https://www.facebook.com/profile.php?id=100077225300322

Kolam House Sekinchan
http://www.wasap.my/60192650821
https://www.facebook.com/profile.php?id=100077225300322

Kolam House Hillpark
http://www.wasap.my/601139630519
https://www.facebook.com/profile.php?id=100085314927561

28/02/2023

Terima kasih kepada puan Suhartini berkongsi video TikTok semasa menginap di Kolam House pada Ahad lalu.

Bersantai menikmati pemandangan pepohon hijau sambil berenang dan menjamah hidangan tentunya membangkitkan selera.

Nampak seronok keluarga puan Suhartini dari Taman Melawati Kuala Lumpur yang memilih penginapan dua hari satu malam di unit modern.

Terima kasih sekali lagi kepada keluarga ini kerana meninggalkan Kolam House dalam keadaan bersih. Kami amat hargai!.

'Kolam House cipta kenangan setiap saat!'.

https://www.facebook.com/profile.php?id=100077225300322

Kolam House Sekinchan
http://www.wasap.my/60192650821
https://www.facebook.com/profile.php?id=100077225300322

Kolam House Hillpark
http://www.wasap.my/601139630519
https://www.facebook.com/profile.php?id=100085314927561

Address

Sekincan
40400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolam House Sekinchan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category