Selama Beach Campsite

Selama Beach Campsite An Old School campsite by river beach. What you can expect?. Dont expect much. Nature lovers will love it. Enjoy while it last. Come and enjoy it.

Appreciate the nature, that the whole idea of this campsite.Experience to love it.

Diesel dah melompat lompat naik.. kena manual lah.. 😂..
26/03/2026

Diesel dah melompat lompat naik.. kena manual lah.. 😂..

Selamat Hati Raya Aidil FitriMaaf Zahir dan Batin.
20/03/2026

Selamat Hati Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin.

Alhamdulillah.. Ramadhan dah ke penghujungnya.. tak banyak aktiviti sepanjang bulan ni.. tapi sempatlah iftar bersama pe...
19/03/2026

Alhamdulillah.. Ramadhan dah ke penghujungnya.. tak banyak aktiviti sepanjang bulan ni.. tapi sempatlah iftar bersama pelanggan yang camping di Selama Beach Campsite dan D'Rambong Glamping Park Campsite .

Iftar yang simple tapi penuh makna.. Terima kasih.

Insyaallah dalam waktu terdekat ni ada dua additional kat campsite ni.. satu nya cafe - Canggun@Campsite ( K*t ada yg tanya canggun? => Cafe Anggun😄.. dan satu lagi adalah common kitchen K*t K*t ada yg mai ramai dan nak rewang??

24/01/2026

Sungai Selama

Setiap tahun, kita lihat air Sungai Selama makin lesu. Bukan sahaja kuantiti air yang makin kurang, tapi ikan dalam sungai pun makin kurang.

Kuantiti air kita faham sebab faktor cuaca semasa dan faktor alam ni kita sedia maklum. Dalam 50 tahun ni rasanya kuantiti air sungai (atas penelitian peribadi) dah 1/3 dari dulu. Dulu tahun awal 80an ada pembalakan yang air sungai keruh 30 tahun lebih. Sejak itu air Sungai Selama dah tak seperti dulu lagi. Setiap perubahan sungai ekosistem pun akan terjejas. Dulu musim ikan seleman, org kampung macam berpesta tahan bubu, semua berhenti dari menoreh getah, berkampung ditepi sungai tahan bubu. Tiap kali bubu diangkat setengah bubu ada ikan.

Dulu lauk asasi kebanyakan orang kampung ikan kedera (belanja) masin. Nak dapat ikan segar susah. Jadi sumber protein utama ikan seleman ni lah. Masa tu mewahnya makan nasi, sesuap nasi dengan seekor ikan seleman goreng.

Ikan yang banyak tu dibuat budu (pekasam) yg jadi stok sampai hampir musim tahun kedepannya.

Sememangnya Sungai Selama banyak berjasa kepada kami.

Bila air sungai keruh, fenomena ikan seleman pun hilang. Ikan yang makan lumut di batu batu di dasar sungai dah hilang. Dasar sungai berbatu diselaputi pasir.

Kini dasar sungai dah ada batu ikan seleman pun ada, tapi tak sebanyak dulu.

Dan kini bukan saja ikan seleman yang berkurang, spesis lain juga berkurang.

Empat tahun lepas bila kita turun rafting, kita boleh nampak ikan di dalam air. Kini dah payah dah.

Sejak adanya mini hidro, air sungai dilencong ke paip untuk penjanaan tenaga elektrik. Lencongan sungai ni mengakibatkan laluan sungai yang asal menjadi kering. Lubok Lubok di hulu sungai pun menjadi kering.

Secara semulajadi Ikan air tawar akan mudik kehulu untuk menetas dan membiak. Kini sampai ke jambatan lata Rambong rasanya ikan tepuk dahi, macam mana nak baik keatas. Jadi kitaran pembiakan ikan pun terjejas. Itu lah yang dinamakan ekologi yang terjejas.

Ikan kurang bukan sebab ramai yang menjala dan memancing. Berbanding dulu ikan sungai lebih banyak ditangkap untuk makan dari sekarang. Dulu kita tak makan ayam atau daging. Kita makan daging atau ayam masak raya saja. Hari lain ikan ikan dan ikan.

Bila manusia tangkap ikan untuk makan itu dalam kitaran rantaian makanan.. tak jejaskan ekosistem pun.

Tapi sekarang ekosistem dah terjejas. Memang hidup orang kampung taklah bergantung seratus peratus pada sumber sungai ini.

Kita bukan anti pembangunan tapi biarlah pembangunan yang mampan. Tidak memberi risiko kepada alam kepada ekosistem kalau ada pun sangat kecil atau diminimumkan.

Apabila ekosistem terjejas, banyak kitaran lain pun akan terjejas termasuk kualiti air pun akan turut terjejas.

Eko pelancongan di Selama ni hampir keseluruhannya berkaitan dengan sungai dengan keindahan alam. Jadi kalau kita tak ambil peduli dari sekarang permata yang kita sayangi akan lama lama hilang.

Kita dah tengok macamana sungai yang semakin kecil, kalau tak ada usaha untuk menjaganya lama lama akan jadi parit. Air sungai Tapah dah jadi parit, dulu hampir sama besar dengan sungai Selama Sekarang..Air sungai jas, dulu kalau nak berkelah di Lubok kerusi atau bawahnya kita akan menyeberang sungai jas.. deras.. kini sama macam sungai Tapah jadi parit .

Harap satu usaha untuk memulihara sungai selama perlu disegerakan dari sekarang untuk ekosistem, air minum dan juga untuk perekonomian.

Benda boleh buat kalau nak..

Assalamualaikum Musim panas la ni di waktu siang, tapi air sungai tetap sejuk sepanjang hari. Awal pagi sampailah ke 8 p...
23/01/2026

Assalamualaikum

Musim panas la ni di waktu siang, tapi air sungai tetap sejuk sepanjang hari. Awal pagi sampailah ke 8 pagi sejukkk...

Tengahari waktu panas terik, cruising dan sejukkan badan di sungai.

Nak bagi ATV dulu pun boleh... Kalau nak rasa mee udang galah boleh preorder dulu.

01/12/2025
Air membiru tadak lah, lepas hujan air menghijau.. nak rehatkan mata boleh la tengok hijau hijau ni
27/10/2025

Air membiru tadak lah, lepas hujan air menghijau.. nak rehatkan mata boleh la tengok hijau hijau ni

Melemang di Selama Beach Campsite .. Jom Next year kita buat lemang di Selama Beach Campers Meet Syawal tahun depan. Dan...
19/10/2025

Melemang di Selama Beach Campsite .. Jom Next year kita buat lemang di Selama Beach Campers Meet Syawal tahun depan. Dan lepas tu satu lagi kacau bubur Asyura. Insyaallah

Address

Selama Beach Campsite
Selama
34140

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601163015026

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Selama Beach Campsite posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Selama Beach Campsite:

Share

Category