AntiohsomeBerita757

AntiohsomeBerita757 Anti Awesome Berita 757

12/08/2026

RAFIZI VS NURUL IZZAH: IBARAT LANGIT DAN BUMI

“Apa guna jadi Timbalan Presiden PKR kalau tidak mampu melaksanakan tugas?”

Itu sindiran sinis seorang pemerhati berhubung keputusan Nurul Izzah Anwar melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR dilihat terus menjadi bahan perdebatan di media sosial.

Malah, keupayaan Nurul Izzah atau lebih mesra dengan gelaran Puteri Reformasi untuk melaksanakan tanggungjawab selaku Timbalan Presiden PKR di beberapa pilihan raya negeri baru-baru ini turut dipersoalkan berbanding bekas pemimpin PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Pemerhati mendakwa Nurul Izzah mungkin terpaksa menarik diri atau meletakkan jawatan kerana Srikandi Negara didakwa tidak mampu melaksanakan tugas yang diberikan sebagai jeneral perang mahupun strategis dalam pilihan raya negeri sebelum ini.

“Nurul Izzah terpaksa tarik diri atau resign sebab she cannot perform. Dia malu dengan diri sendiri. Pergi berkempen pilihan raya Sabah kalah, pergi pilihan raya negeri Johor kalah (kena halau), pergi negeri sembilan pun kalah. Apa tugas yang dia buat? Akar umbi PKR dah hilang rasa hormat kepadanya,” katanya.

Mengulas perbandingan antara Rafizi dan Nurul Izzah, pemerhati berpendapat kedua-dua pemimpin itu memperlihatkan perbezaan ketara dari segi pengalaman, pengetahuan dan keupayaan dalam menerajui gerakan politik.

“Rafizi dan Izzah memang sangat jauh beza daripada segi pengalaman kerja dan politik. Ia ibarat langit dengan bumi. People will know knowledge yang ada pada Rafizi. Rafizi adalah jeneral perang PKR.

"Kebanyakan pilihan raya sebelum ini. Dia (Rafizi) lead dan menggerakkan (strategis) berbanding Nurul Izzah yang langsung tiada pengalaman kerja, dalam politik (strategi) tidak tahu apa - apa,” ujarnya.


12/08/2026
12/08/2026

DAP NYALAKAN API, UMNO P**A DISALAHKAN BILA MEMBALAS

“Sarang tebuan jangan dijolok"

Itu peribahasa dilontarkan seorang pemerhati susulan kenyataan Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim yang menyifatkan tindakan UMNO menyerang DAP secara berlebihan ketika kempen PRN Johor dan Negeri Sembilan berpotensi memerangkap parti itu sendiri.

Pemerhati berkata, tindakan UMNO yang dilihat semakin keras menyerang DAP dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan tidak wajar dilihat secara terpisah seolah-olah UMNO secara tiba-tiba menjadi pencetus kepada pertelagahan politik tersebut.

“Yang berlebih-lebih ini bukannya bermula dengan UMNO, tetapi bermula dengan DAP. Bila DAP mula percikan (spark), orang UMNO balas balik. Itu yang menyebabkan keadaan jadi semakin ramai dan agresif," katanya.

Pemerhati berkata, antara pemimpin DAP yang dilihat paling menonjol dalam perkembangan tersebut ialah Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Nga Kor Ming serta Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching.

Menurutnya, DAP tidak boleh mengharapkan serangan politik berlaku sebelah pihak sahaja apabila mereka sendiri memilih pendekatan yang lebih agresif, khususnya selepas kekalahan DAP di Sabah.

“Bukannya UMNO straight away hentam DAP. Kena faham apabila DAP kalah di Sabah, mereka terus mahu lebih agresif di Johor. Itu yang akhirnya backfire kepada DAP,” katanya.

Beliau berpandangan, apabila DAP dilihat semakin agresif, reaksi balas daripada parti-parti Melayu juga menjadi lebih kuat.

“Semua parti Melayu hentam dia balik, kecuali Amanah,” ujarnya.

11/08/2026

KETUA ULTRAS GALATASARAY DITAHAN, AS$1.3 JUTA DITEMUI

Polis Turkiye menemui wang tunai lebih AS$1.3 juta (RM5.32 juta) bersama emas dan barang kemas di rumah ketua kumpulan penyokong utama kelab bola sepak Galatasaray, lapor media Turkiye, semalam.

Selain wang tunai melebihi 840,000 euro (RM3.97 juta) serta pelbagai mata wang lain, serbuan selama lapan jam setengah di kediaman ketua kumpulan ultrAslan itu turut menemukan sepucuk pistol, peluru dan empat vest kalis peluru, menurut agensi berita DHA dan IHA.

Sebahattin Sirin, yang ditahan pada Ahad, didakwa menjual tiket di pasaran gelap, menyebabkan gangguan ketenteraman di dalam stadium serta menyebarkan maklumat palsu.

Sehari sebelumnya, ketua ultras itu menuduh Menteri Kehakiman Turkiye, Akin Gurlek, menerusi X sebagai sebahagian daripada "kumpulan dalam kerajaan yang mahu menjadikan Fenerbahce juara musim ini" dengan mengorbankan juara Super Lig musim lalu.

Menteri berkenaan dan Fenerbahce, seteru sengit Galatasaray dari Istanbul, belum memberikan sebarang respons terbuka terhadap tuduhan itu.


20/07/2026

Sepanyol menjuarai Piala Dunia buat kali kedua selepas menewaskan Argentina 1-0 menerusi masa tambahan dalam perlawanan akhir awal pagi tadi.




AwesomeNews757

18/07/2026

DUA INDIVIDU DITAHAN CUBA SELUDUP TEMBAKAU KE PENJARA GUNA DRON

Polis menahan dua individu selepas dipercayai cuba menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang menggunakan dron dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Kris Satria, Sungai Udang, Rabu lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 46 dan 27 tahun ditahan kira-kira 4 petang susulan laporan polis yang diterima pada 3.10 petang hari sama.

Beliau berkata serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka dengan kerjasama Balai Polis Sungai Udang.

"Hasil pemeriksaan di lokasi telah membawa kepada rampasan beberapa barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan tersebut termasuk peralatan dron, bahan yang disyaki untuk diseludup, peranti komunikasi serta lain-lain barangan berkaitan bagi membantu siasatan," katanya.

Dzulkhairi berkata siasatan awal mendapati suspek lelaki mengaku menerbangkan dron bagi meninjau lokasi pendaratan sebelum menyeludup masuk tembakau kepada seorang banduan.

Beliau berkata siasatan turut mendapati kegiatan itu dipercayai dilakukan hasil pakatan dengan seorang banduan dan usaha mengesan individu terbabit sedang dijalankan dengan kerjasama pihak Penjara Sungai Udang.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.

"Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 12 rekod jenayah dan tiga rekod kesalahan dadah, manakala suspek wanita tidak mempunyai rekod jenayah," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan Seksyen 58 Akta Penjara 1995 kerana kesalahan berkaitan membawa masuk barang larangan ke penjara.

"Kedua-dua suspek kini direman bagi membantu siasatan. Polis Melaka memandang serius penyalahgunaan dron bagi tujuan jenayah, khususnya melibatkan cubaan menyeludup barang larangan ke institusi penjara, dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak terlibat," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Hotline Polis Melaka di talian 06-285 1999 bagi membantu siasatan.

Sumber : Bernama



AwesomeNews757

Address

Semenyih

Opening Hours

Saturday 10:00 - 17:00
Sunday 10:00 - 17:00

Telephone

+60172769075

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AntiohsomeBerita757 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AntiohsomeBerita757:

Shortcuts

Share