09/12/2023
Brunei, negara kecil yang mandiri dan terpelihara.
Selak saja langsir dan buka saja tingkap bilik hotel kami, pemandangan ini yang tersedia. Damai mata memandang, sedamai angin yang terus menerjahkan dingin ke muka.
Alunan suara orang mengaji p**a menjadi halwa telinga.
Masya-Allah. Tenang, setenang-tenangnya!
Teringat kata-kata tourist guide kami, "Brunei ni tak banyak penduduk, tapi banyak pokok!"
Ya, di saat negara lain sibuk membina bangunan tinggi-tinggi, negara yang digelar Heart of Borneo atau Jantung Borneo ini terus berusaha memelihara alam semulajadi.
Rombongan kami sempat naik bot menyusuri Sungai Brunei menyaksikan bangau di tepian dan monyet yang bergayutan di kiri dan kanan. Oh, buaya juga ada!
Paling nikmat, tentulah menyaksikan kehijauan pokok-pokoknya dan hutan bakau yang keindahannya masih terpelihara.
"Kami berkorban pembangunan agar semua mampu bernafas dengan baik," usik abang kepada sahabat saya.
Kami tergelak, namun hati saya benar-benar tersentuh. Kagum sebenarnya.
Brunei terkenal sebagai sebuah negara yang kaya, tetapi terus memilih untuk hidup bersederhana.
Budaya hedonisme yang menggalakkan hiburan tiada di sini.
Tiada kelab malam, tiada pusat judi, tiada konsert. Malah tiada jualan arak dan rokok yang dibenarkan!
"Kalau ada yang jenis minum atau merokok, mereka ke Miri pada hujung minggu," kata tourist guide kami, seorang wanita non-Muslim.
"You kan memang asal dari Sarawak, kenapa pilih menetap di Brunei? Tak bosan hidup di sini?"
"Sudah biasa. Di sini lebih tenang. Suami keluar rumah pun, saya tak risau dia pergi clubbing ke, main perempuan ke. Di sini, semua suami pun jenis 'home man'. Hati isteri pun senang," balasnya sambil tertawa.
Subhanallah. Saya yang mendengarnya p**a terasa bahagia.
Teringat cerita sahabat saya, di Brunei tiada kompleks membeli-belah yang besar-besar walaupun kuasa beli mereka sangat besar.
Kalau sesekali teringin nak shopping barang berjenama, barulah mereka ke luar negara. Namun, pada hari-hari biasa, mereka jalani hidup seadanya.
Saya perhatikan, memang kerajaan Brunei benar-benar cuba menjaga rakyatnya daripada hanyut dalam keseronokan dunia, namun dalam masa yang sama tidak p**a hingga boleh dikecam menafikan hak asasi manusia.
Di sinilah saya melihat kebijaksanaan pemerintahnya. Pemerintah yang menjaga kebajikan rakyatnya.
"Cuba tengok di sebelah kanan. Itulah hospital kami. Dipanggil Hospital 1 Dollar. Daftar masuk, bayar 1 dollar saja. Kena X-ray, kena operate, kena tahan wad berhari-hari pun, itu sajalah bayarannya, yang 1 dollar itu tadi."
"Motor memang kurang nampak di sini sebab tak jem. Public transport pun tak ada sangat kecuali untuk orang luar. Rakyat Brunei semua ada kereta sendiri. Kereta murah saja di sini. Minyak pun tak pernah naik harga. Masih 53 sen dan yang paling mahal pun 90 sen seliter!"
"Pukul 6 petang, bandar sudah mula sunyi. Kalau ada yang berhibur pun hanya sekadar duduk-duduk minum kopi, berbual. Itu hiburan kami."
"Di Brunei, Youtuber kami tiada pendapatan. Nak jadi Youtuber boleh, tapi tiada income sebab kerajaan sekat. Ini cara kawal rakyat terutama remaja daripada sibuk mahu cari duit sampai malas sekolah!"
"Boleh saja nak buka bisnes di sini, tapi mesti joint venture dengan rakyat Brunei. Maksudnya, orang luar boleh buat duit di sini, tapi kerajaan tetap mahu rakyatnya juga untung sekali!"
"Di sini, kerajaan cuba rapatkan jurang pendapatan miskin dengan kaya. Susah mahu ada rasuah atau kaut keuntungan cara salah sebab akaun selalu dipantau. Kalau ada curiga, akaun akan dibekukan!"
Allahuakbar. Negara kecil yang makmur. Pendapatan negara diagih sama rata. Masalah sosial dikawal secara bijaksana.
Brunei tiada perdana menteri. Sultan pegang pentadbiran negara sepenuhnya.
Kekayaan negara dimanfaatkan sepenuhnya untuk rakyat hingga tidak perlu bergantung pada pelabur luar, bahkan kenaikan harga minyak dunia pun tidak memberi kesan pada ekonomi negaranya.
Paling menarik, Brunei mengamalkan undang-undang syariah Islam, hukum hudud tanpa peduli kecaman yang diterimanya daripada seluruh dunia!
Saat terima kecaman berkenaan keputusan ini, saat ada yang minta keputusan tersebut dikaji kembali, saya kagum dengan jawapan tegas sultannya.
"Siapa kita untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu, sedangkan undang-undang ini bukan baru digubal tapi telah termaktub dalam al-Quran dan hadis sejak 1400 tahun dahulu!"
Allahuakbar. Walaupun khabarnya negara ini cuba diboikot atas keputusan ini, namun Brunei terus tenang dan maju dalam acuannya sendiri.
Kata-kata tourist guide kami yang non-Muslim itu sendiri membuktikannya. Dia memilih untuk terus tinggal di Brunei!
Maksudnya, boleh saja kita semua mengamalkan cara hidup Islam tanpa membuat orang bukan Islam membenci kita.
Boleh saja kita hidup maju dan aman tanpa perlu gilakan hiburan dan mengumpul kekayaan.
Boleh saja kita mahu meraikan fitrah manusia yang sukakan nikmat dunia tanpa perlu tenggelam bersamanya.
Hidup sebagai khalifah, memadai untuk memakmurkan bumi Allah.
Hidup di dunia, memadai cara hidup yang bersederhana kerana segalanya telah pun Allah sediakan segala nikmat kekal yang kita tak pernah jangka ... di syurga.
Alhamdulillah, terima kasih Brunei atas teladan yang mencetuskan inspirasi seperti ini.
Insya-Allah sama-sama kita doakan Malaysia juga punya pemimpin yang berani dan bijaksana juga seperti ini.
Sungguh, saya tersentuh hati lalu saya kongsikan di sini. Semoga tuan puan juga dapat sesuatu yang bermanfaat menerusi tulisan ini. Kredit :-