Bahagian Kebajikan Produktif Jkmn.ns

Bahagian Kebajikan Produktif Jkmn.ns Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Kebajikan Produktif Jkmn.ns, Seremban.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, moga ia membuka pintu hati ke arah keampunan dan kebahagiaan yang abadi.""Di har...
16/03/2026

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, moga ia membuka pintu hati ke arah keampunan dan kebahagiaan yang abadi."

"Di hari yang fitrah ini, semoga kita semua dapat melepaskan apa jua kesilapan masa lalu dan menyambut masa depan dengan hati yang bersih."

"Moga hari kemenangan ini membawa sinar baru dalam hidup kita, mengisi hari-hari kita dengan kasih sayang dan kedamaian.Moga ia membuka pintu hati ke arah keampunan dan kebahagiaan yang abadi."

Ikhlas dari kami Bahagian Kebajikan Produktif & Komuniti JKM Negeri Sembilan

https://www.facebook.com/share/17ob2rvXu5/
04/02/2026

https://www.facebook.com/share/17ob2rvXu5/

Seramai 𝟏𝟏𝟗,𝟐𝟗𝟐 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐥𝐢𝐞𝐧 telah menerima manfaat 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐎𝐊𝐔 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐁𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 (𝐁𝐓𝐁) dengan jumlah peruntukan sebanyak 𝐑𝐌𝟒𝟒𝟒.𝟑 𝐣𝐮𝐭𝐚.

Bantuan ini bertujuan membantu golongan OKU yang tidak berkeupayaan untuk bekerja agar dapat meneruskan kehidupan dengan lebih terjamin, di samping mencerminkan komitmen kerajaan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menyantuni golongan rentan secara berterusan dan berfokus.

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia








21 Januari 2026-RabuMesyuarat Penutupan Pengauditan Pengurusan Bantuan Am Negeri JKMN Negeri Sembilan.
22/01/2026

21 Januari 2026-Rabu

Mesyuarat Penutupan Pengauditan Pengurusan Bantuan Am Negeri JKMN Negeri Sembilan.

MESYUARAT PEMBERIAN GERAN KEPADA PSK PERINGKAT NEGERI BIL 1/2026Tarikh : 12 Januari 2026 (Isnin)Masa :2.30 petangTempat ...
13/01/2026

MESYUARAT PEMBERIAN GERAN KEPADA PSK PERINGKAT NEGERI BIL 1/2026
Tarikh : 12 Januari 2026 (Isnin)
Masa :2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat JKMN N.sembilan

Mesyuarat ini telah dipengerusikan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan,Tuan Muhammad Yusry bin Che Dah.Turut hadir bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti JKMNS, Puan Rohaizal binti Umar dan Ketua Unit Komuniti JKMNS,Puan Noor A'Isyah Binti Abd Rahman.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Bantuan Kewangan Kerajaan (Geran) kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan Peringkat Negeri Sembilan Bil. 1/2026 ini adalah bagi memperakukan permohonan Geran daripada PSK untuk dipertimbangkan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM). Untuk makluman, Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) ialah badan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kebajikan kepada golongan sasaran Jabatan seperti OKU,kanak-kanak,warga emas.





https://www.facebook.com/share/p/16Zz9uR6zR/
10/12/2025

https://www.facebook.com/share/p/16Zz9uR6zR/

Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam
MyInfoBencana merupakan inisiatif Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memudahkan mangsa bencana mendaftar dan menguruskan maklumat semasa berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisien dan berpaksikan kepentingan rakyat.









25 November 2025Kesiapsiagaan MTL 2025/2026Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan,Tuan Haji Muhammad Yusry bin Ch...
25/11/2025

25 November 2025
Kesiapsiagaan MTL 2025/2026

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan,Tuan Haji Muhammad Yusry bin Che Dah telah melakukan pemantauan di stor bencana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau bagi memastikan Jabatan dan setiap Daerah sentiasa bersiapsiaga dalam menghadapi MTL pada tahun ini.Turut bersama dalam lawatan ini ;Puan Rohaizal binti Umar,Ketua Penolong Pengarah JKMNS ;Puan Hanuna binti Salleh,Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau.




20 November 2025( Khamis)Program Latih Amal Simulasi  Menyelamat dan Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tahun 2...
25/11/2025

20 November 2025( Khamis)
Program Latih Amal Simulasi Menyelamat dan Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tahun 2025 serta Kempen Pendaftaran Awal mangsa bencana ke dalam sistem Infobencana (MYIBJKM) telah diadakan di Dewan Dato' Bahaman Shamsudin, Kuala Pilah.

Program satu hari ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Noorzunita Begum Bt Mohd Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.Majlis ini turut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Tn.Haji Muhammad Yusry bin Che Dah; Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah, Lt. (PA) Azlina Ahmad Fauzi; serta Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, ASP Muraly Mani dan wakil Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, Puan Syahirah Adibah binti Zainal Abidin

Antara objektif program ini diadakan adalah Menjelaskan peranan dan tanggungjawab JKM sebelum, semasa dan pasca bencana mengikut PTO Pengurusan Bencana JKM, Menjelaskan peranan dan tanggungjawab Jabatan/ Agensi yang berkaitan dengan Pengurusan Bencana serta penglibatan di dalam PPS yang dibuka, Menjelaskan peranan dan tanggungjawab Pengurus, Penyelia dan Ahli-ahli Jawatankuasa PPS yang dibuka; dan Memantapkan dan mengeratkan lagi kerjasama agensi kerajaan, swasta, pertubuhan sukarelawan kebajikan , pemimpin tempatan dan komuniti dalam pengurusan bencana.

Program ini juga telah melibatkan agensi -agensi-agensi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sembilan dan Daerah Kuala Pilah, Jawankuasa Pembangunan dan Pengurusan Kampung (JPKK) Daerah Kuala Pilah,Tampin dan Jempol






Address

Seremban
70000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Kebajikan Produktif Jkmn.ns posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share