15/10/2019
PERATURAN TEJASUTRA SEREMBAN HOMESTAY
*Perlu dipatuhi oleh semua tetamu/penginap
1. Semua perabot/barang/harta benda homestay sama ada di dalam atau di luar rumah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI dibawa keluar daripada premis homestay.
2. ROKOK/VAPE/SHISHA/ROKOK ELEKTRONIK/CURUT/LAIN-LAIN SEUMPAMANYA dilarang untuk dihisap di dalam kawasan rumah termasuk ruang tandas, bilik tidur, ruang tamu atau lain-lain ruang. Cas pembersihan dan penalti sebanyak RM150 akan dikenakan sekiranya penyewa didapati gagal mematuhi larangan ini.
3. ARAK/MINUMAN KERAS/DADAH/SYABU/BAHAN TERLARANG tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan premis sama ada di dalam rumah atau di dalam kompoun berpagar. Sebarang pelanggaran undang-undang akan dilaporkan terus kepada pihak berkuasa dan akan menjadi tanggungjawab penyewa.
4. SEBARANG AKTIVITI PERJUDIAN dan PERUBATAN MELIBATKAN MAKHLUK PARANORMAL adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
5. PET/SEMUA BINATANG PELIHARAAN tidak dibenarkan berada di dalam kawasan premis.
6. MAKANAN BERASASKAN ‘PORK’/LARD tidak dibenarkan untuk berada di dalam rumah bagi menjaga sensitivity tetamu beragama Islam.
7. Penyewa dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUAT BISING/GANGGUAN sama ada menggunakan suara atau kenderaan selepas jam 10 malam. Ini bagi menghormati jiran sekeliling. Sebarang aduan daripada jiran tetangga akan mengakibatkan caj penalti sebanyak RM200 dikenakan ke atas penyewa.
8. Penyewa dinasihatkan MELETAKKAN KENDERAAN DI DALAM KAWASAN BERPAGAR atau di kawasan lapang belakang premis. Jangan menghalang laluan di hadapan premis. Sila patuhi nasihat ini. Sebarang aduan daripada jiran akan dikenakan penalty dan sekiranya terdapat laporan Polis melibatkan perkara ini, penyewa/tetamu adalah bertanggungjawab sepenuhnya.
9. Penyewa perlu memastikan rumah adalah di dalam keadaan yang baik selepas check out. (Contoh: Sampah dibuang DI DALAM tong sampah utama, perabut tidak rosak, rumah bersih)
10. BUAH DURIAN/MANGGIS/DRAGON FRUIT BEWARNA MERAH adalah DILARANG untuk dibawa masuk ke dalam rumah/bilik tidur/ruang tamu. Jika pihak penyewa gagal mematuhi larangan ini, caj pembersihan akan dikenakan sebanyak RM150.
SETIAP PERATURAN YANG GAGAL DIPATUHI OLEH PENYEWA BOLEH DIKENAKAN PENALTI/BAYARAN TAMBAHAN.
SEMUA ADUAN DAN LAPORAN YANG MENGAKIBATKAN CAMPUR TANGAN PIHAK POLIS ADALAH DIBAWAH TANGGUNGJAWAB PENYEWA SEPENUHNYA.
Bersama kita menjaga keselesaan Tejasutra Seremban Homestay untuk kemudahan kita dan tetamu-tetamu lainnya.
Terima kasih.
Yang Benar,
Pihak Pengurusan Tejasutra Seremban Homestay