14/07/2024
Assalamualaikum,
Pada pelanggan Teha Homestay, kami kini telah ubah harga untuk Studio Extra pada RM400 mulai bulan Jun bulan lepas ya.
Kami ingin ingatkan agar semua pelanggan untuk melihat semula barangan peribadi agar tidak tertinggal. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan dan setakat ini jika ada kami cuba pulangkan dalam keadaan yang baik jika ada.
Sila jangan bawa balik barangan dari homestay seperti pinggan mangkuk dan periuk belanga yang ada. Sila pulangkan jika ada terambil kerana terdapat kehilangan barang dari pihak kami. Dan mohon agar menggunakan barangan memasak dengan betul.
Jika berlaku sebarang kerosakan sila beritahu kami agar dapat mengambil tindakan untuk memperbaiki kerosakan tersebut. Sila jangan rosakkan harta benda di homestay agar pelanggan seterusnya dapat gunakan dengan keadaan yang baik. Jika terkunci atau pintu tidak dapat dibuka, sila jangan pecahkan tombol pintu. Boleh hubungi kami dan kami cuba selesaikan dengan segera.
Kami sentiasa cadangkan pelanggan untuk duduk mengikuti kapasiti yang dibenarkan agar tidak terjadi sebarang kerosakan yang tidak diingini dan untuk keselesaan pelanggan. Sila jaga kebersihan ketika berada di homestay. Kami sediakan plastik sampah yang mencukupi. Sila buang ditempat yang disediakan. Harap tidak meninggalkan lampin bayi mahupun tuala wanita di merata tempat.
Kami tidak lagi menerima panggilan dan hanya membuka talian WHATSAPP untuk memudahkan pihak kami agar tidak berlaku kesilapan dalam tempahan. Panggilan telefon masih diteruskan jika ada sebarang pertanyaan semasa penginapan.
Boleh Whatsapp kami di nombor 013-3644592, 019-3931252 - Pn Siti / 011-10953547 - Fatehah