03/12/2025
Info Komuniti
SUMBANGAN IKHLAS KOMUNITI.
PEMBINAAN SEMULA PALANG HAD KETINGGIAN DAN PENAMBAHAN TAR MENAMPAL JALAN BERLUBANG.
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua penduduk Meru.
Seperti yang dimaklumkan, Palang Had Ketinggian di jalan pintas menuju ke Setia Taipan telah roboh dan tidak lagi dapat digunakan. Palang ini sangat penting bagi memastikan keselamatan pengguna jalan serta mengelakkan kenderaan berat melalui laluan sempit tersebut.
Dengan itu, NGO Kelab Komuniti Al-Mahmun (KKAM) bersama JPKK Kampung Meru, mengambil inisiatif melancarkan Sumbangan Ikhlas Komuniti bagi membina semula palang baharu yang lebih kukuh dan selamat.
📅 Tempoh Sumbangan:
2 minggu dari tarikh hebahan ini
(Jika jumlah kutipan mencukupi lebih awal, kutipan akan ditutup lebih awal.)
Kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana individu, komuniti setempat, mahupun pihak luar yang ingin membantu usaha kebaikan ini.
Maklumat Sumbangan:
No. Akaun: 562843540823
Bank: Maybank
Nama Akaun: NGO KELAB KOMUNITI AL-MAHMUN (KKAM)
✅Mohon nyatakan Recipient Reference : SUMBANGAN KOMUNITI MERU.
✅Sumbangan hanya di terima dalam bentuk transfer ke akaun sahaja.
Semoga segala sumbangan tuan/puan diberikan ganjaran dan dipermudahkan urusan oleh Allah SWT.
Terima kasih atas sokongan anda dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan komuniti Meru.
🙋🏻♂️Sebarang Pertanyaan Boleh hubungi seperti No bawah 👇🏻
📞 0198108041