Kereta Sewa / سيارات للايجار

Kereta Sewa / سيارات للايجار Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kereta Sewa / سيارات للايجار, Jalan Pahat H/15-H Seksen 15, Shah Alam.

[ Ingatan & Nasihat Haji 1438 / 2017 ]Ramai yg sedang menunggu panggilan Haji tahun demi tahun. Menunggu dengan doa yg p...
25/07/2017

[ Ingatan & Nasihat Haji 1438 / 2017 ]

Ramai yg sedang menunggu panggilan Haji tahun demi tahun. Menunggu dengan doa yg panjang, menunggu dengan surat rayuan setiap tahun di hantar ke Tabung Haji ( TH ). Menunggu dengan seribu suatu usaha dan tawakkal kepada yg Maha Esa.

Pihak berwajib juga setiap tahun cuba utk memperbaiki hubungan dua hala antara kerajaan dengan kerajaan. Kerana semua percaya hubungan baik antara dua pihak akan menghasilkan kuota Haji tambahan sebagai salah satu hasil penting disamping keamanan sejagat antara negara Islam tercapai.

Sebagai bakal tetamu ke Tanah Suci surat dan talifon dari Tabung Haji mengatakan mereka terpilih utk ke tanah Suci amatlah dinanti, rasanya semua uknown Number pasti akan di angkat dengan hati berdebar, setiap kali lalu di pejabat Tabung Haji juga sudah pasti ingin berhenti utk bertanya tentang jawapan surat rayuan.

Kami ucapkan seribu tahniah kepada semua mereka yg terpilih utk ke Tanah Suci pada Haji 1438 ini. Tahniah kami adalah kerana anda terpilih dari ribuan tetamu yang lain. Kami ingin meletakkan beberapa nasihat penting kepada mereka yang terpilih.

1) Pastikan panggilan anda ke Tanah Suci berjawab dengan jawapan Ilmu yg sudah mantap tentang Ibadah Haji & Umrah. Terlalu penting bab Ilmu ni kerana tanpa ilmu penantian bertahun kita akan sia-sia nanti. Sy pernah di kalangan jemaah yg melakukan Ibadah Haji Tamattuk dan mereka tidak mahu utk membayar Dam bagi Haji Tamattuk itu kerana sangkaan mereka ribuan yg sudah dibayar kepada Tabung Haji sudah menyelesaikan Ibadah Dam mereka sekali, dahsyat juga pandangan mereka tu, selepas dipujuk, berkelahi tanpa ilmu, dicerita dan di ilmukan akhirnya bayar juga mereka tu. Bayang tengok jika mereka tetap tak nak bayar.

2) Bakal tetamu Haji juga di nasihatkan utk menjaga kesihatan. Berlatih juga utk menjaga kesihatan. Contohnya dah dekat nak pergi Haji ni cubalah berjalan pusing padang atau pusing kampung. Penting sangat berjalan ni sebab kita akan berjalan sangat jauh sewaktu di Mekah nanti. Berjalan dari Hotel nak ke Masjidil Haram pun dah jauh tu, Hotel Jadariyah di Mekah boleh Tahan jauhnya. ada yg kata sepatutnya TH cari Hotel yg lebih dekat, sebenrnya Hotel Janadiriyah tu dah sangat dekat dah kerana sebelum Hotel Jadaririyah sudah tiada Hotel lain lagi. Kawasan selepas jambatan ke Masjid Hotelnya semua sudah di Robohkan utk projek pembesaran Masjid. Nak berjalan sewaktu ibadah Tawaf dan Saie pun hampir 5 KM juga, tu tak berjalan nak melontar lagi, jadi jagalah kesihatan dengan baik, berlatih dafi awal supaya bila kita ke sana kita sudah bersedia.

3) Cuba study dahulu peta kedudukan hotel di Mekah sebelum ke sana, jika sudah confirm Hotel masing2 balik rumah cari peta hotel2 di Mekah, Hotel TH bukan Janadiryah sahaja, ada beberapa hotel lain lagi. Jika tersesat jalan dan sebagainya sewaktu di sana paling kurang kita dah tahu hotel kita di kawasan mana, kawasan Misfalah ke kawasan Jiyad ke atau kawasan lain. Orang yg pergi Umrah selalu pun srlalu sesat inikan p**a orang nk pergi Haji.

4) Bakal jemaah Haji perlu pastikan utk membawa makanan tambahan lain supaya bersedia jika xlalu utk makan di sana, bawa serunding, sambal kering megi dan lain2 yg di anggap perlu. Ingat lagi sewaktu sy ziarah jemaah Haji di hotel di Mekah dahulu mereka minta sy gorengkan sikit ikan masin jika ada dan bawa kepada mereka sebab dah tak lalu makan kata mereka. Nasiblah sy ni penggemar ikan masin, ikan talang masin memang ada stock selalu dibawah katil. Rezki jemaah tu juga alhamdulillah.

5) Sediakan talifon pintar yg sesuai sewaktu di sana. Di sana kita akan dioffer bermacam line telco, yg paling penting jika line telco dah ada perlu ada talifon pintar. Kemudahan line telco yg menggunakan data sahaja sudah memadai utk bakal jemaah Haji utk berhubung dengan keluarga di tanah air atau berhubung sesama keluarga di Tanah Suci nanti. Banyak lagi kemudahan lain yg boleh diterokai dari talifon pintar yg ada insyaAllah.

6) Cari kawan dan teman yg baik utk ke Masjid serta aktiviti2 lain sewaktu di sana, teman memainkan peranan sangat besar. Kadang2 tanpa teman Masjid pun kita takut utk pergi jika berseorangan, ringankan mulut bersembang, ringan p**i utk senyum dengan bakal jemaah Haji lain. Cari kawan dan buat kawan kerana kawan akan tolong kita nanti, kita pun kena tolong kawan kita jugala, klu asyik org tolong kita kita tak tolong orang memang kena banyak beringat baliklah.

7) Perbanyakkan Ibadah sunat lain seperti tawaf sunat, solat sunat, Umrah badal, sedekah dan ibadah2 lain. Kurangkan tawaf2 kedai dok beli barang selalu, dok kira nak pos barang ke Malaysia shaja. Mentang2 Pos Malaysia pun beroperasi di Tanah Suci utk memudahkan tetamu Haji. Hehe. Tiada halangan pun untuk membeli belah tetapi letaklah target utk buat Ibadah dengan sebaiknya. InsyaAllah bila p**ang ke Tanah Air kita akan merasa puas hati dengan Ibadah yg kita laksanakan. InsyaAllah.

Itulah beberapa ingatan sy utk kali ini. Kami dari Mursyid Alharamain Travel & Tours mendoakan semua bakal tetamu Haji 1438 / 2017 beroleh Haji yg Mabrur insyaAllah.

Selamat berangkat ke Tanah Suci dan selamat Pulang ke Tanah Air dengan Haji yang Mabrur insyaAllah.

Ust Mursyid
Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd.
Whatsapp/call 📞 : 011-40033507 @ 013-3016187
Hubungi Office ☎ 03-55235176
Email 📩 [email protected]
Website 💻 www.mursyidalharamain.com

Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd KPK/LN 7767
Syarikat berlesen dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia.
Ahli persatuan pelancongan Matta & Bumitra Malaysia

06/07/2017
Assalamualaikum.Kereta utk disewa.Hubungi : 0133016187.PM kami segera.
09/08/2014

Assalamualaikum.

Kereta utk disewa.

Hubungi : 0133016187.

PM kami segera.

Kereta proton saga utk disewa.Hubungi 0133016187.
08/08/2014

Kereta proton saga utk disewa.

Hubungi 0133016187.

Address

Jalan Pahat H/15-H Seksen 15
Shah Alam
40200

Telephone

0133016187

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kereta Sewa / سيارات للايجار posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share