11/11/2021
BANJARAN GLAMPING, REMBAU. NEGERI SEMBILAN
Ini merupakan pengalaman kali kedua kami di Banjaran Glamping. Pertama datang beberapa bulan dahulu, Glamping masih dalam pembinaan, hanya bekesempatan menikmati hidangan pizza dan mencuba aktivit ATV sahaja.
Sebaik tiba di Banjaran Glamping, sementara tunggu proses Check In selesai, kami dhidangkan dengan Welcoming Drink bagi menyejukkan tekak kerana setibanya kami keadaan cuaca agak begitu panas terik. Ketika ini, hanya terdapat 2 buah khemah sahaja di sini dan satu khemah boleh memuatkan 4-5 pax bagi dewasa, kawasan dalam khemah sangat luas dan begitu selesa. Selain itu, terdapat kipas dan portable aircond bagi menyejukkan suasana dalam khemah,terutamanya waktu siang kerana waktu malam memang sejuk!
Kami begitu teruja kerana akhirnya dapat juga merasai bermalam dekat Glamping yang dipenuhi dengan hutan menghijau dan bukit bukau. Begitu tenang serta mengasyikan. Ketika waktu malam, cuaca begitu sejuk. Antara aktiviti malam yang disediakan oleh pihak Banjaran Glamping adalah BBQ dan wayang pacak, kebetulan waktu kami menginap, hujan dengan lebat dan aktiviti BBQ tidak dapat dijalankan, tetapi wayang pajak diteruskan di dalam cafe. Berdekatan dengan kawasan Glamping juga terdapat cafe yang disediakan untuk memudahkan pengunjung untuk menikmati makan malam, dan tidak perlu keluar untuk mencari makanan. Terdapat pelbagai menu yang begitu menyelerakan. Terutamanya pizza dan mushroom sup harus wajib dicuba. Akan tetapi untuk dinner, tidak termasuk di dalam pakej. Terdapat juga aktiviti ATV yang wajib dicuba, kerana anda akan di bawa untuk merasai track yang begitu mencabar tetapi begitu menyeronokkan mengikut pakej yang anda ambil.
Dari segi kemudahan tempat untuk mandi dan tandas, sangat luas, selesa dan bersih cuma berada di luar tetapi hanya bersebelahan khemah sahaja. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana seluruh kawasan diterangi dengan lampu dan kawasan Glamping turut diawasi oleh pihak Banjaran bagi memastikan keselamatan pengunjung yang menginap.
Pakej untuk menginap di Glamping telah termasuk dengan Breakfast, maka sekali lagi tidak perlu risau soal sarapan pagi, segalanya telah disediakan. Cuma jika anda orang yang heavy breakfast iaitu perlu makan nasi ketika sarapan, anda disarankan untuk keluar ke kawasan sekitar mencari makanan kerana menu sarapan pagi yang disediakan pihak Banjaran Glamping merupakan sarapan bercirikan Western.
Akhirnya sekali, memang menyeronokkan dan pengalaman yang begitu berharga sepanjang menetap di sini, tambahan p**a dengan layanan begitu cemerlang pemilik Alif & Intan serta staff yang lain. Terima Kasih di atas segalanya. Semoga kita jumpa lagi. 😁