Coopsa

Call Directions Website Contact the business

Coopsa call/whatsapp Coopsa +60 10-378 0316

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Koperasi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Berhad (KOPSA Berhad) Kali Ke-27 te...
24/09/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Koperasi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Berhad (KOPSA Berhad) Kali Ke-27 telah berlangsung dengan jayanya pada 23 September 2026, jam 2.30 petang di Dewan Al-Jazari, PSA. Majlis perasmian telah diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan A. Azman bin Arshad, Pengarah PSA; YBrs. En. Mohd Khairul Mu'adzim bin Hashim, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSA; YBrs. Puan Ruzilawati binti Mohamad Sais, Ketua Penolong Pengarah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Selangor, Wilayah Shah Alam; serta Dr. Baharuddin bin Mustapha, Pengerusi KOPSA Berhad.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan PSA, SKM, Anggota Lembaga Koperasi, jawatankuasa pelaksana serta seluruh anggota staf dan pelajar atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan AGM Ke-27. Semoga KOPSA Berhad terus maju, progresif dan memberi manfaat kepada seluruh anggotanya. β€οΈπŸ’›πŸ–€

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Politeknik.kolejkomuniti

SEPAKAT β€’ BERKAT β€’ MUAFAKAT
Koperasi Kita, Masa Depan Bersama

πŸŽ“ SETINGGI-TINGGI TAHNIAHKoperasi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Berhad (KOPSA) merakamkan setinggi-tinggi...
21/08/2026

πŸŽ“ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Koperasi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Berhad (KOPSA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Nurhidaya Binti Musa, Anggota Lembaga Koperasi (ALK) atas kejayaan menamatkan pengajian Sarjana Sains (Analitik dan Kepintaran Perniagaan), Fakulti Kecerdasan Buatan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

KOPSA turut berbesar hati apabila operasi dan data sistem parcel KOPSA telah dipilih sebagai model kajian projek Sarjana menerusi kajian bertajuk:

β€œKOPSA Parcel Tracking and Predictive Analytics System: Modeling and Forecasting Collection Behaviors”

Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Business Intelligence, Data Analytics dan Predictive Analytics dalam menganalisis corak kutipan parcel serta meneroka potensi penggunaan data bagi menyokong perancangan dan pengurusan operasi yang lebih berkesan.

Semoga pencapaian ini menjadi satu perkongsian ilmu yang bermanfaat serta membuka ruang kepada lebih banyak usaha inovasi, penyelidikan dan digitalisasi dalam pembangunan KOPSA pada masa hadapan.

KOPSA mendoakan agar ilmu yang diperoleh terus memberi manfaat kepada organisasi, warga PSA dan komuniti koperasi.

Syabas dan tahniah atas pencapaian ini. πŸŒΉπŸŽ“

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Institut Koperasi Malaysia
Faculty of Artificial Intelligence, UTM
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
Politeknik.kolejkomuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi

23/07/2026
23/07/2026
21/07/2026

πŸ“’ JUALAN MADANI Kolaborasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia kini hadir di *Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)* dengan pelbagai barangan keperluan harian pada harga istimewa.

πŸ—“οΈ Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
πŸ•— Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
πŸ“ Lokasi: Kawasan bersebelahan Dewan Al Jazari, PSA, Shah Alam
πŸ’«Penganjur: Institut Koperasi Malaysia Zon Tengah dgn kerjasama KOPSA

✨ Antara yang ditawarkan:
πŸ” Ayam segar
πŸ₯© Daging
🐟 Ikan segar
πŸ₯š Telur
🍚 Beras
πŸ›’ Barangan dapur & keperluan asas
πŸ₯₯ Santan, minyak masak, tepung, sos, sardin dan banyak lagi!
πŸ₯” Aneka kerepek

Disokong oleh koperasi-koperasi terpilih:
βœ… Koperasi Warga Institut Koperasi Malaysia Bhd (KOIKMA)– Barangan asas
βœ… Koperasi Warga Institut Koperasi Malaysia Bhd (KOHIJRAH) – Ayam segar
βœ… Koperasi Pengusaha dan Pengilang Ubi Selangor Bhd (KOUPANG) – Aneka kerepek

πŸ’° Beli lebih, Jimat lebih!
Program ini merupakan inisiatif KOPERASI bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

πŸš— Datang beramai-ramai! Bawa keluarga, jiran dan rakan-rakan sekali ya. Jumpa anda di sana....

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
Institut Koperasi Malaysia
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Politeknik.kolejkomuniti

21/07/2026

πŸ›’πŸŽ‰JUALAN MADANI KOPERASI @ PSA πŸŽ‰πŸ›’
πŸ“’ PANGGILAN kepada:
πŸ‘¨β€πŸ« Semua staf PSA
πŸ‘©β€πŸŽ“ Pelajar PSA
🏑 Penduduk sekitar TTDI Jaya, Seksyen 13, Batu 3, KIP dan kawasan berhampiran.

πŸ”₯Nak beli barang dapur dengan harga lebih jimat? Inilah masanya!
πŸ“’ JUALAN MADANI Kolaborasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia kini hadir di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dengan pelbagai barangan keperluan harian pada harga istimewa.

πŸš€ DARI ZERO KE HERO: PERJALANAN USAHAWAN MUDA MEMBINA PERNIAGAAN BERIMPAK

Bagaimana seorang Graduan Kejuruteraan mampu mengubah disiplin sebagai bekas atlet negara menjadi asas kejayaan dalam dunia keusahawanan?

Jom dengarkan perkongsian inspirasi daripada Muhammad Faizul M. Nasir, Alumni POLYCC dan Pengurus TMF Legacy Enterprise.

Beliau merupakan Graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) serta bekas pesilat elit kebangsaan Malaysia yang pernah meraih Pingat Emas Sukan SEA 2015 & 2017 (Kelas B Putra 50–55 kg) dan mewakili negara di pentas Sukan SEA, Sukan Asia serta Kejohanan Dunia Pencak Silat.

Kini, beliau berjaya membina kerjaya sebagai usahawan muda, membuktikan bahawa disiplin, ketabahan dan semangat juang bukan sahaja membawa kejayaan dalam sukan, malah menjadi kunci utama dalam membina perniagaan yang berimpak.

✨ Sertai sesi ini untuk mengetahui:
βœ… Bagaimana mengubah cabaran menjadi peluang
βœ… Rahsia membina jenama dan perniagaan yang berjaya
βœ… Kepentingan disiplin, kepimpinan dan daya tahan dalam dunia keusahawanan
βœ… Inspirasi khas untuk pelajar TVET, graduan dan bakal usahawan muda

🎯 Jangan lepaskan peluang untuk belajar daripada seorang alumni yang telah membuktikan bahawa kejayaan bukan bergantung pada di mana kita bermula, tetapi sejauh mana kita sanggup berusaha untuk mencapainya.

πŸ“ Tarikh: 22 Julai 2026
πŸ•’ Masa: 2 petang
πŸ“Œ Lokasi: Dewan Al Jazari PSA

Politeknik.kolejkomuniti
Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah
Kementerian Pendidikan Tinggi
Unit Keusahawanan & Alumni, BAPP, JPPKK
Coopsa
Institut Koperasi Malaysia
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal - JKM PSA
Themalaysianfighter

πŸš€ Jom sertai *PROGRAM BELIA DAN KOPERASI: β€œMENCIPTA KEKAYAAN, MEMBINA MASA DEPAN”* πŸš€πŸ“… *22 JULAI 2026 (RABU)*πŸ•˜ *02.00 – 0...
21/07/2026

πŸš€ Jom sertai *PROGRAM BELIA DAN KOPERASI: β€œMENCIPTA KEKAYAAN, MEMBINA MASA DEPAN”* πŸš€

πŸ“… *22 JULAI 2026 (RABU)*
πŸ•˜ *02.00 – 05.30 PETANG*
πŸ’» *DEWAN AL-JAZARI, POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH*
πŸ’° *PERCUMA*

🎯 Apa yang anda bakal dapat?
πŸ“š Program ini memberi pendedahan kepada belia mengenai kelebihan, keistimewaan dan peluang yang ditawarkan oleh gerakan koperasi dalam membantu membina kerjaya, menjana pendapatan serta mengembangkan potensi diri.

πŸŽ‰ Cabutan bertuah
🎁 Hadiah kuiz
πŸ› Makan & minum
πŸ“œ Sijil Penyertaan

‼️‼️*JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!*πŸ’‘

Institut Koperasi Malaysia
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
Politeknik.kolejkomuniti

πŸ›’πŸŽ‰JUALAN MADANI KOPERASI @ PSA πŸŽ‰πŸ›’πŸ“’ PANGGILAN kepada:πŸ‘¨β€πŸ« Semua staf PSAπŸ‘©β€πŸŽ“ Pelajar PSA🏑 Penduduk sekitar TTDI Jaya, Seksy...
20/07/2026

πŸ›’πŸŽ‰JUALAN MADANI KOPERASI @ PSA πŸŽ‰πŸ›’

πŸ“’ PANGGILAN kepada:
πŸ‘¨β€πŸ« Semua staf PSA
πŸ‘©β€πŸŽ“ Pelajar PSA
🏑 Penduduk sekitar TTDI Jaya, Seksyen 13, Batu 3, KIP dan kawasan berhampiran.

πŸ”₯Nak beli barang dapur dengan harga lebih jimat? Inilah masanya!

πŸ“’ JUALAN MADANI Kolaborasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia kini hadir di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dengan pelbagai barangan keperluan harian pada harga istimewa.

πŸ—“οΈ Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
πŸ•— Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
πŸ“ Lokasi: Kawasan bersebelahan Dewan Al Jazari, PSA, Shah Alam
πŸ’«Penganjur: Institut Koperasi Malaysia Zon Tengah dgn kerjasama KOPSA

✨ Antara yang ditawarkan:
πŸ” Ayam segar
πŸ₯© Daging
🐟 Ikan segar
πŸ₯š Telur
🍚 Beras
πŸ›’ Barangan dapur & keperluan asas
πŸ₯₯ Santan, minyak masak, tepung, sos, sardin dan banyak lagi!
πŸ₯” Aneka kerepek

Disokong oleh koperasi-koperasi terpilih:
βœ… Koperasi Warga Institut Koperasi Malaysia Bhd (KOIKMA)– Barangan asas
βœ… Koperasi Warga Institut Koperasi Malaysia Bhd (KOHIJRAH) – Ayam segar
βœ… Koperasi Pengusaha dan Pengilang Ubi Selangor Bhd (KOUPANG) – Aneka kerepek

πŸ’° Beli lebih, Jimat lebih!
Program ini merupakan inisiatif KOPERASI bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

πŸš— Datang beramai-ramai! Bawa keluarga, jiran dan rakan-rakan sekali ya. Jumpa anda di sana....

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
Institut Koperasi Malaysia
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Politeknik.kolejkomuniti

Address

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Usahawan, Seksyen U1
Shah Alam
40150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Coopsa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Coopsa:

Shortcuts

Share