09/02/2022
UMMI Homestay Shah Alam Telah Menutup Operasi.
Bismillahirrahmanirrahim dengan rasa sedih dan rendah dirinya kami ingin memaklumkan bahawa kini telah ditutup sepenuhnya berkuatkuasa serta merta.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang pernah terlibat termasuk kepada semua tetamu yang pernah menginap atau berurusan di Homestay kecil kami ini sejak ianya mula dibuka pada tahun 2017.
Sepanjang beroperasi kami telah menerima lebih 400 tempahan dari serata negeri dari seluruh Malaysia atas pelbagai urusan dan tujuan untuk menginap di Homestay kami.
Pencapaian yang tak pernah terduga oleh kami atas sambutan yang baik diterima sepanjang Homestay kami beroperasi.Namun atas beberapa faktor kami terpaksa menutup operasi kami.
Sebelum itu,kami ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan,kelemahan atau kekurangan sepanjang kami beroperasi.
Setiap yang bermula pasti akan berakhir,begitulah juga perjalanan Homestay kecil kami ini.Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik.
In shaa Allah mungkin kita akan berjumpa lagi lain kali.