Homestay Kembar Mesra Perlis

Homestay Kembar Mesra Perlis HOMESTAY KEMBAR MESRA PERLIS
(Pilihan Keluarga Yang Mengutamakan
Ketenangan & Keselesaan)

Homestay pilihan keluarga
- Dua (2) unit sedia diduduki
- Pilihan 2 bilik tidur + 2 bilik air atau 4 bilik tidur + 4 bilik air
- Bilik tidur berhawa dingin
- Katil saiz king + super single
- Ruang tamu dan dapur yang luas
- Bersih & selesa
- Internet Wifi percuma
- Pelbagai kemudahan di sekitar - kedai makan, pasaraya, dobi, farmasi, klinik, stesyen minyak, bank, masjid dll.

HKM buat pertama kali dikunjungi oleh Keluarga Riders.Nurul Asyikin bersama ayah, ibu dan tiga (3) saudara lelaki berasa...
30/12/2024

HKM buat pertama kali dikunjungi oleh Keluarga Riders.

Nurul Asyikin bersama ayah, ibu dan tiga (3) saudara lelaki berasal dari Ipoh Perak berkunjung sambil bercuti di Perlis.

Checkin 28/12/2024
Checkout 30/12/2024

HKM berbesar hati menerima kunjungan Keluarga Riders ini.

Semoga berjumpa lagi di lain kali.

Pengurusan HKM

01/10/2024

Tarikh: 1/10/2024

Hasil dari kerja penurapan semula jalan untuk kemudahan masyarakat setempat.. laluan masuk ke HKM dan laluan keluar bertar sepenuhnya..

01/08/2024

1 OGOS 2024

ALHAMDULILLAH..

HKM pada hari ini mencapai usia tujuh (7) tahun menyediakan kemudahan penginapan kepada para tetamu.

HKM adalah pilihan keluarga yang mengutamakan ketenangan dan keselesaan pada harga yang sangat berpatutan.

Prosidur pertanyaan dan tempahan yang mudah - Talipon/Whatsapp/Emel/Aplikasi AGODA

Kunjungan para tetamu sentiasa dialu-alukan.

- Pengurusan HKM

09/04/2024

Para Tetamu Yang Dikasihi..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1445H.

" تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ"
"Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan kamu juga"

Jika ada sebarang kekurangan, kekasaran bahasa dan sebagainya sepanjang berurusan..
Mohon ampun maaf kerana Allah.

Ikhlas dari:
Pengurusan HKM

16/03/2024

MAKLUMAN HKM

Alhamdulillah.
Kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan bermula 5/3/2024 yang lalu telahpun selesai.

HKM kini kembali beroperasi seperti biasa.

HKM amat menghargai sokongan tuan-puan selama ini.

HKM mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat di mana sahaja berada.

- HKM

04/03/2024

MAKLUMAN HKM

Bermula 5/3/2024 (Selasa), operasi HKM akan dihentikan sementara untuk tempoh lebih kurang satu (1) minggu bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan.

Walaubagaimanapun sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan tempahan masih boleh dibuat seperti biasa.

Terima kasih.

- HKM

11/01/2024

Kepada:
Para tetamu

Memaklumkan penutupan sementara operasi Homestay Kembar Mesra bermula 11 Januari 2024 (Khamis) sehingga 25 Januari 2024 (Khamis).

Urusan berkaitan tempahan masih diterima seperti biasa.

Terima kasih.

- HKM

22/04/2023

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat walau di mana berada khususnya kepada tetamu yang pernah berkunjung ke HKM.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك

(Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian)

Semoga ukhwah persahabatan & silaturrahim kekal terjalin di antara kita.

- HKM

14/03/2023

MAKLUMAN HKM

Tuan-Puan.

Adalah dimaklumkan Homestay Kembar Mesra Simpang Empat Perlis tidak akan beroperasi sementara bermula 15/3/2023 (Rabu) sehingga berakhir Ramadhan.

Tempahan untuk cuti Hari Raya Aidil Fitri dan hari-hari selepasnya boleh dibuat pada bila-bila masa.

Sekian, terima kasih.

- HKM

04/01/2023

Tahun 2022 penuh dengan kesyukuran dan kebanggaan.

Rasa syukur dengan pertambahan tetamu yang menginap.

Rasa bangga mampu mengekalkan kualiti serta menambah nilai perkhidmatan kepada para tetamu.
- Akses internet wifi
- Tempahan HKM melalui aplikasi Agoda

Tahun baru 2023 ini HKM berazam untuk terus mengekalkan kualiti perkhidmatan demi kepuasan para tetamu yang berkunjung.

2023 - Semoga Allah SWT mengurniakan kebahagiaan dan ketenangan untuk semua.

HKM

Address

Jalan Rumah Murah (RPA)
Simpang Empat
02700

Telephone

01132210007

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Kembar Mesra Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share