14/08/2024
Allah SWT berfirman:
اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ اِخْوَةٌ فَاَ صْلِحُوْا بَيْنَ اَخَوَيْكُمْ وَا تَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."(Al-Hujurat : 10).
1.Hari ini adalah hari Khamis dan ramai orang berpuasa sunat meneladani sunnah Nabi SAW. Demikian juga setiap hari Isnin pada setiap minggu. Di dalam hadis disebut Nabi SAW ketika ditanya tentang puasa pada hari tersebut menyatakan bahawa pada dua hari tersebut (Isnin dan Khamis), amalan seseorang dibentang dan Baginda SAW s**a jika ketika amalan itu dibentangkan dia sedang berpuasa. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
“Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku kebih s**a amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” [HR al-Tirmizi ] [Imam al-Tirmizi menilai hadis ini sebagai hasan gharib]. Di dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa pada hari Isnin dan Khamis itu Allah SWT ampunkan dosa hamba-hambaNya melainkan orang yang melakukan syirik dan berselisih@bersengketa dengan orang lain.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لَا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئً إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ: أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا
"Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Pintu-pintu syurga dibuka setiap hari Isnin dan Khamis. Lalu diampuni dosa seluruh hamba yang tidak berbuat syirik (menyekutukan) kepada Allah dengan sesuatu apapun. Kecuali orang yang sedang ada permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: Tunda amal dua orang ini, sampai keduanya berdamai… tunda amal dua orang ini, sampai keduanya berdamai… tunda amal dua orang ini, sampai keduanya berdamai… (HR. Imam Malik dan Muslim). Status: Hadis Sahih.
2.Apa yang membimbangkan adalah orang yang berselisih faham hingga tidak bertegur sapa bukan sahaja berhari-hari malah berbulan dan bertahun-tahun tanpa mengetahui kesan terhadap buruknya hal tersebut. Setiap hari dia meminta ampun kepada Allah setiap kali lepas solat dalam wirid dan doanya dengan beristigfar. Juga merayu menyebut kalimah
يا ارحم الراحمين ارحمني
agar Allah kasihani dirinya dan mengampunkannya. Dia juga beristigfar dengan Penghulu Istigfar ketika bertahajud pada 1/3 malam. Semuanya menjadi sia-sia apabila Allah SWT menangguhkan pengampunan kerana masih bersengketa, bermasam muka, tidak bertegur sapa, memutuskan silaturahim dengan kaum kerabat dan sebagainya. Banyak sebab berlaku perselisihan. Di antaranya sebab salah faham, kerana mulut yang tidak dapat dikawal hingga mengeluarkan kata-kata yang menyinggung atau menyakitkan hati orang lain. Perselisihan juga berlaku kerana masalah harta pusaka, menyakiti jiran tetangga serta hasad dengki. Media sosial juga boleh menjadi punca perselisihan kerana salah faham, menulis kata-kata yang menyakiti ahli group WhatAppt, Facebook dan banyak lagi. Dalam sebuah hadis diharamkan orang yang tidak bertegur sapa lebih 3 hari. Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA bahawa Nabi SAW bersabda:
لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ
“Tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur saudaranya melebihi tiga hari.” [HR Muslim].
3.Kedua perkara yang menjadi syarat pengampunan dosa seseorang itu adalah berkaitan hubungan dengan Allah(حبل من الله) dan hubungan dengan manusia iaitu(حبل من الناس). Hubungan dengan Allah adalah tidak mensyirikkan-Nya. Syirik adalah dosa besar dan Allah SWT tidak mengampunkan dosa pelakunya. Amal baiknya juga ditolak.Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (An Nisa: 48).Seterusnya Allah SWT berfirman dalam Al Qur’an yang mulia:
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu: “Jika kamu berbuat syirik, nescaya akan terhapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi” (Az Zumar: 65).
4.Nabi SAW juga sangat menekankan soal kasih sayang sesama umat Islam.
Baginda SAW bersabda:
تَرَى الْمُؤْمِنِينَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَتَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عُضْوًا تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ جَسَدِهِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
“Kamu melihat orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang, hubungan cinta mereka dan saling berbuat baik sesama mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila ada bahagian tubuh yang berasa sakit, maka bahagian tubuh yang lain ikut tidak boleh tidur dan merasa demam.”(HR al-Bukhari). Dalam hadis yang ringkas Nabi SAW bersabda lagi
مَنْ لا يَرحم لا يُرحم
"Barang siapa tidak menyayangi maka tidak akan disayangi." (HR Bukhari dan Muslim). Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW juga memberi amaran bahawa orang yang memulau saudaranya tanpa alasan yang benar selama setahun, dosanya seperti menumpahkan darahnya. Dari Abu Khirasy As-Sulami RA, Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ هَجَرَ أَخَاهُ سَنَةً فَهُوَ كَسَفْكِ دَمِهِ
“Siapa yang memulau saudaranya setahun, dia seperti menumpahkan darahnya.” (HR Abu Daud dan disahihkan oleh Syuaib Al-Arnauth).
5.Jika Allah SWT memerintahkan jangan syirik kepadaNya, hiduplah berkasih sayang dan diperkukuhkan lagi oleh Rasulullah SAW, maka akurlah!. Jika kaum Muslimin tidak mahu akur terhadap perintah tersebut, mana mungkin Allah akan memberi pengampunan kepada mereka. Berapa banyak pun mereka melakukan amal soleh seperti solat, sedekah, puasa (wajib dan sunat) dan sebagainya, namun jika dua perkara itu tidak dipatuhi, amalan-amalan tersebut menjadi sia-sia dan tidak dapat pengampunan daripada Allah. Dia berjanji akan mengampuni dosa hamba-hambaNya pada setiap hari Isnin dan Khamis. Mungkin dosa syirik tidak ramai yang melakukannya. Namun dosa bersengketa dan berselisih faham sesama jiran, saudara mara, kaum kerabat, rakan, sesama jemaah masjid dan surau memang ada berlaku. Maka selesaikanlah sebelum ajal datang kerana kedatangannya tanpa diduga. Allah SWT berfirman:
وَلِكُلِّ اُمَّةٍ اَجَلٌ ۚ فَاِ ذَا جَآءَ اَجَلُهُمْ لَا يَسْتَئۡخِرُوْنَ سَا عَةً وَّلَا يَسْتَقْدِمُوْنَ
"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat p**a mereka didahulukan."
(Al-A'raf: 34).
Tazkirah Subuh.
UMY
10hb.Safar 1446H