25/04/2026
Malam ini, kami open gelanggang futsal. Bukan sekadar bermain, tapi juga ruang untuk anak muda berkumpul, berkenalan dan membina ukhwah.
Arus Futsal Frenzy yang berlangsung di W.O.S Subang Jaya, USJ1 dari jam 9.00–11.00 PM menghimpunkan hampir 50 anak muda dari 3 lokaliti — SS19, USJ16 & USJ1.
Di Arus Bakti, kami percaya pembangunan anak muda bukan hanya melalui ilmu, tetapi juga melalui sukan, disiplin dan kebersamaan.
Kerana pembentukan peribadi harus menyeluruh mencakupi tubuh badan dan jasmani yang kuat.