23/11/2025
Siapakah kump**an yang akan jadi jutawan dan billionaire pada masa akan datang?
Menurut JP Morgan dan juga Jensen Huang jawapannya bukan saja lagi founder startup tech… tetapi electrician, juruteknik MEP (mechanical, electrical dan plumbing) dan juga….plumber.
Semua ni berlaku sebab ledakan pembinaan data centre di kebanyakan negara. Sekarang ni, setiap data centre berharga berbilion ringgit memerlukan tenaga elektrik gila besar, kabel yang kompleks, sistem penyejukan khusus dan pemasangan mekanikal yang sangat teknikal.
Dan siapa yang pasang semua tu? Bukan AI, bukan robot… tapi manusia sebenar yang pegang tool bag.
Dekat Malaysia, saham syarikat-syarikat MEP (mechanical, electrical, plumbing) dah meletup sejak 2024.
Ada yang naik hampir tiga kali ganda sebab permintaan naik mendadak. JP Morgan siap kata sektor ni dipanggil “underappreciated second-layer beneficiary”, maksudnya orang tak nampak, tapi duit besar tengah mengalir masuk.
Tambah p**a dengan projek hyperscale seperti Amazon, Microsoft, Google dan Nvidia yang sekarang berlumba-lumba buka data centre di rantau ni, permintaan elektrik bukan sekadar naik… tapi meletup.
Jensen Huang pun sebut benda sama: dunia AI bukan hanya perlukan chip, tetapi perlukan ratusan ribu elektrikian dan plumber untuk membina infrastruktur fizikal AI.
Masa depan bukan hanya milik orang yang buat aplikasi tapi milik orang yang tahu tarik cable, pasang transformer, solder panel, dan install cooling system.
Jika dulu kerja teknikal dianggap “biasa-biasa”, tapi masa depan ia mungkin pasport kepada kekayaan. Adakah korang setuju? Kongsi pandangan kat ruangan komen.