14/07/2026
⚠️ AMARAN PENIPUAN (SCAM ALERT) ⚠️
Kepada Tetamu Yang Dihargai,
Kami ingin memaklumkan bahawa terdapat pihak yang menyamar sebagai Air-home atau Booking.com dan menghantar mesej yang meminta tetamu membuat verification (pengesahan) atau mengklik pautan (link).
Sila ambil perhatian:
❌ Air-home TIDAK AKAN PERNAH meminta anda membuat verification dengan mengklik sebarang pautan melalui WhatsApp, SMS atau e-mel.
❌ Kami juga TIDAK AKAN meminta maklumat kad kredit, kod OTP atau bayaran melalui pautan yang tidak rasmi.
✅ JANGAN klik sebarang pautan yang mencurigakan.
✅ Jika anda menerima mesej seperti ini, sila abaikan dan hubungi kami atau Booking.com melalui aplikasi atau laman web rasmi untuk pengesahan.
Keselamatan dan privasi tetamu adalah keutamaan kami.
Terima kasih.
– Air-home Management