28/09/2026
Kindly take note of Road Closure dan Traffic Diversion in and around Tanah Rata town on 29th and 30th September in conjunction with Stage 4 of the Le Tour de Langkawi 2026.
𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 – 𝐋𝐄 𝐓𝐎𝐔𝐑 𝐃𝐄 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 🚴♂️🇲🇾
Dimaklumkan bahawa sempena Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 – Stage 4: Meru Raya ➡️ Cameron Highlands, beberapa jalan di daerah Cameron Highlands akan mengalami penutupan dan pengalihan laluan bagi memastikan kelancaran perlumbaan serta keselamatan semua pengguna jalan raya.
📅 29 September 2026 (Selasa) hingga 30 September 2026 (Rabu)
⏰ 11.00 malam – 4.00 pagi
📅 30 September 2026 (Rabu)
⏰ 12.30 tengah hari – 4.00 petang
(Tutup Sepenuhnya)
🚧 Jalan terlibat penutupan adalah:
▪️ Penutupan Jalan dari sempadan Ringlet - Tapah sehingga Pekan Tanah Rata mengikut tarikh dan masa penutupan yang telah ditetapkan.
▪️ Penutupan jalan hadapan Klinik Ayob, Tanah Rata mengikut tarikh dan masa penutupan yang telah ditetapkan
▪️ Lencongan jalan akan bermula selepas penutupan jalan di atas bermula mengikut masa yang telah ditetapkan seperti laluan alternatif yang dicadangkan.
🔄 Cadangan Laluan Alternatif:
▪︎ Dari Kuala Lumpur / Ipoh ke Gua Musang dinasihatkan menggunakan laluan alternatif seperti Simpang Pulai – Lojing – Gua Musang.
▪︎ Dari Ipoh / Utara ke Sungai Koyan dinasihatkan menggunakan laluan alternatif seperti Simpang Pulai – Lojing – Gua Musang - Merapoh - Sungai Koyan
▪︎ Dari Kuala Lumpur ke Sungai Koyan dinasihatkan menggunakan laluan alternatif seperti Kuala Lumpur - Gombak - Bentong - Raub - Sungai Koyan
▪︎ Dari Sungai Koyan ke Ipoh / Utara dinasihatkan menggunakan laluan alternatif seperti Sungai Koyan - Merapoh - Gua Musang - Lojing - Simpang Pulai
📌 Rancang perjalanan anda lebih awal.
👮 Patuhi arahan dan panduan anggota polis di lokasi.
⚠️ Utamakan keselamatan dan elakkan menggunakan laluan yang ditutup.
🙏 Kerjasama dan kesabaran semua pengguna jalan raya amat dihargai bagi memastikan penganjuran Le Tour de Langkawi 2026 berjalan lancar dan selamat.
🇲🇾🚴♂️ Sukan Menyatukan Kita!