Draco Nature Camp

Draco Nature Camp DRACO NATURE CAMP TRAINING AND CONSULTANCY

SSM : 202203314236 ( AS045749-P)

Batu 7 Kampung Sungai Cincin 35300 Chenderiang Perak.

Tapak 6 merupakan tapak pilihan ramai di Draco Nature Camp.Tapak no 6 ini diberi nama Angelhead Lizard. Nama diberikan s...
20/08/2026

Tapak 6 merupakan tapak pilihan ramai di Draco Nature Camp.

Tapak no 6 ini diberi nama Angelhead Lizard. Nama diberikan sempena spesis istimewa ini. Terdapat beberapa ekor spesis ini berkeliaran disekitar pokok sepanjang Sungai di dalam Campsite.

Kami di Draco Nature Camp sangat melindungi spesis spesis asal yang berada disini untuk tatapan bersama. Bukan mudah melihat spesis ini di habitat asal atau habitat alam semula jadi. Untuk rekod nama Draco dipilih bersempena dengan spesis cicak yang banyak disini.

Para Camper tidak dibenarkan mengganggu atau mencederakan spesis spesis haiwan disini. Sedia maklum seluruh kawasan Draco Nature Camp merupakan Santuari Hidupan Liar. Tiada aktiviti memancing atau menangkap ikan dibenarkan disini. Begitu juga spesis spesis lain. Dilarang menangkap haiwan disini. Yang boleh ditangkap hanyalah gambar. Jadikan foto foto hidupan liar disini sebagai memori terindah buat tatapan agar kelestarian spesis spesis ini terjamin untuk generasi akan datang

COO Dean
Draco Nature Camp
0149547984

Mencari Pengganti bagi Tapak 13Tarikh 21 - 23 Ogos 2026Hari Jumaat Sabtu Ahad Tapak no 13 - sila rujuk peta untuk lokasi...
20/08/2026

Mencari Pengganti bagi Tapak 13

Tarikh 21 - 23 Ogos 2026
Hari Jumaat Sabtu Ahad
Tapak no 13 - sila rujuk peta untuk lokasi tapak

Berminat ?

Hubungi
CO Dean
0163123696

Tapak 17Check in 2 Okt 2026Check out 4 Okt 2026Berminat Tempahan terus Di website www.draconaturecamp.com Masukkan tarik...
19/08/2026

Tapak 17
Check in 2 Okt 2026
Check out 4 Okt 2026

Berminat

Tempahan terus Di website

www.draconaturecamp.com

Masukkan tarikh check in Dan check out.
Bayaran melalui website juga

Siapa cepat dia dapat

Riverside Camping & Night Walks in Chenderiang, Perak

UPDATE: TAPAK 15 SOLD OUTDraco Nature Camp Check In 21 Ogos Check Out 23 OgosJumaat - AhadTapak no 15 ( tapak paling bes...
18/08/2026

UPDATE: TAPAK 15 SOLD OUT

Draco Nature Camp
Check In 21 Ogos
Check Out 23 Ogos
Jumaat - Ahad
Tapak no 15 ( tapak paling besar )

Jika berminat mengisi kekosongan boleh hubungi saya segera

Dean
COO
Draco Nature Camp
0163123696

KHAS BUAT PARA CAMPERS DRACO NATURE CAMP Kawasan perkhemahan Draco Nature Camp adalah istimewa untuk para campers sahaja...
10/08/2026

KHAS BUAT PARA CAMPERS DRACO NATURE CAMP

Kawasan perkhemahan Draco Nature Camp adalah istimewa untuk para campers sahaja.

Demi menjaga privasi, ketenangan dan keselesaan para campers, kami tidak menyediakan pakej day trip atau picnic kepada pengunjung awam.

Program Day Trip hanya ditawarkan dengan syarat keseluruhan tapak Draco Nature Camp ditempah secara eksklusif, dan tiada camper lain berada di Draco Nature Camp pada hari yang sama.

Kami mahu memastikan setiap camper yang datang ke sini dapat menikmati keindahan alam dalam suasana yang aman, tenang dan selesa, tanpa kesesakan atau gangguan daripada pengunjung luar.

Fasiliti kami juga direka khusus untuk kapasiti 20 tapak khemah.
Pertambahan pengunjung harian di luar kapasiti tersebut akan menggangu fasiliti Di sini beroperasi dengan efisen.

Atas sebab itu, kami memilih untuk mengekalkan konsep “Campers Only” supaya pengalaman berada di Draco Nature Camp kekal eksklusif, tenang dan dekat dengan alam.

Untuk rekod Kami juga punya Polisi " NO VISITORS ALLOWED ". Hanya campers berdaftar sahaja dibenarkan berada Di sini. Jika Ada pertambahan peserta Dan Kenderaan Caj tambahan antara RM15-RM25 setiap tambahan peserta setiap Hari. Kami juga menghadkan bilangan kereta hanya satu Kenderaan bagi setiap tapak demi menjaga trafik tidak sesame disini.

Kami amat menghargai pemahaman dan sokongan para campers dalam membantu kami mengekalkan suasana istimewa ini.

Draco Nature Camp
Where nature, privacy & tranquillity come together.

Tempahan tapak boleh dibuat melalui website rasmi Draco Nature Camp.

Mencari Pengganti mengisi kekosongan tapak tarikh berikut Draco Nature CampTapak No 923-25 OgosAhad - Selasa Sila hubung...
06/08/2026

Mencari Pengganti mengisi kekosongan tapak tarikh berikut

Draco Nature Camp
Tapak No 9
23-25 Ogos
Ahad - Selasa

Sila hubungi
CO Dean
0163123696

Apakah barang asas yang boleh didapati di Draco Mart? Air Mineral ✅Beras ✅Garam ✅Gula ✅Ais ✅Minyak Masak ✅Minuman 3in1 ✅...
04/08/2026

Apakah barang asas yang boleh didapati di Draco Mart?

Air Mineral ✅
Beras ✅
Garam ✅
Gula ✅
Ais ✅
Minyak Masak ✅
Minuman 3in1 ✅
Mee Segera ✅
Sardin ✅
Santan ✅
Telur ✅
Tepung Gandum ✅
Biskut ✅
Mayonis ✅
Sos Cili ✅
Sos Tomato ✅
Kicap ✅
Arang ✅
Pemetik Api ✅
Gas Canister ✅
Ubat-ubatan ✅
Plastik Sampah ✅
Bateri AA & AAA ✅
Tuala Wanita ✅
Tisu ✅
Pencuci Pinggan ✅
Sabun Mandi ✅
Syampo ✅
Ubat Gigi ✅
Berus Gigi ✅
Marjerin ✅
Rempah Ratus ✅

Dan lain lain lagi. Jika ada keperluan lain boleh sahaja minta bantuan pada CO belikan dari pekan Chenderiang

01/08/2026

Rootin Coffee Booth di Draco Nature Camp hari ini 1 Ogos 2026

Kami menyediakan kereta sorong secukupnya untuk para Camper mengangkut peralatan dari kawasan parkir kenderaan ke tapak ...
01/08/2026

Kami menyediakan kereta sorong secukupnya untuk para Camper mengangkut peralatan dari kawasan parkir kenderaan ke tapak perkhemahan.

Jarak dari kawasan parkir ke tapak tapak perkhemahan antara 50-100meter sahaja.
Penggunaan kereta sorong boleh menjimatkan ruang kenderaan para Camper tanpa perlu membawa wagon.

Para Camper ada idea untuk penambahbaikkan servis di Draco Nature Camp ? Tuliskan idea anda diruangan komen.

Address

Batu 7, Kampung Asli Sungai Cincin, Chenderiang
Tapah

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Draco Nature Camp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share