23/07/2026
๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ก ๐ฌ๐๐ญ๐๐ฉ๐๐ค ๐ฅ๐๐๐ข๐ก ๐ฃ๐๐ฎ๐ก, ๐ฆ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐ฌ๐ข๐ง๐๐ซ๐ ๐ข ๐ฌ๐ญ๐ซ๐๐ญ๐๐ ๐ข๐ค.
Satu Memorandum of Business Exploration (MoBE) di antara PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB) dengan Edgenta PROPEL Berhad (PROPEL) telah dimeterai pada 21 Julai 2026. Pemeteraian MOBE ini adalah sebagai langkah awal dalam meneroka peluang kerjasama yang mampu mencipta nilai, memperkukuh keupayaan organisasi serta menyokong pembangunan yang mampan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA kerana sudi untuk turut hadir menyaksikan pemeteraian MOBE ini.
Semoga jalinan strategik ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang dan kejayaan pada masa hadapan.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH)