25/07/2019
UTK SUAMI YG PENYAYANG
======================
Wahai para suami penyayang,
Sahut lah cabaran ini.
Bila dapat gaji, ingatlah pada wali keramat kita, yakni, ayah dan bonda. RM100 kita beri berlipatkali ganda lah Allah akan beri kita balik.
Kalau seribu ... lagi lah berlipat lipat dapat.
Lepas itu, ingat isteri.
Ketua bidadari kita di syurga nanti.
Teman sehidup semati. Duit makan, duit make-up, duit urut, duit facial, duit belanja mereka dan duit mereka hendak urus anak-anak kita termasuk belanja sekolah.
Lepas itu, jangan lupa, bayar hutang.
Hutang di bawa mati.
Pastikan hutang kita dahulukan utk bayar.
Sebab kalau kita niat hendak bayar hutang, Allah akan mencukupkan rezeki kita.
Lepas itu, simpan sikit untuk perlindungan, subscribe lah takaful medical card utk kita, isteri dan anak2 kalau2 sakit.
Sekarang bil ubatan mahal.
Jangan lupa, simpan di SSPN-i utk anak2 masuk universiti nanti.
Juga simpan di Tabung Haji untuk pergi Mekah.
Lepas itu, tolak tepi sikit untuk kecemasan atau untuk 'day to day expenses' dalam akaun simpanan yg patuh syariah.
Ingat juga untuk simpanan alam kekal nanti spt, untuk zakat, wakaf dan sedekah.
KALAU ADA LEBIH ..... baru lah melabur.
Melabur dalam pelaburan patuh syariah spt unit trust, takaful investment link dan pelbagai lagi.
Jangan PINJAM untuk melabur.
Itu tindakan yg teramat kurang bijak.
AKHIR NYA .... jangan jatuh cinta dengan pelaburan yg "seksi", nampak berahi tapi semuanya "fantasi" yg bawa kita ke lembah kemusnahan famili.
Juga usah TERTIPU dengan pelaburan yang "alim" serta "warak" sebab kebanyakkan dari pelaburan2 sebegini selalunya adalah pelaburan yg dalamnya "musang" yang ber"bulu" ayam luarannya.
Pantang "lepa" sahaja mereka "ngap" duit kita.
Nangis air mata darah pun sudah tidak berguna.
Semoga ia menfaat.
Sahut lah cabaran ini.
Saya pun ... kena cuba.
Allah knows best.
Dari FB Haji Razali Ramli