11/09/2024
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia 2024 dan juga ulangtahun ke 50 hubungan diplomatik Negara Malaysia dan Negara China pada tahun 2024, ikuti kisah patriot anak Malaysia bernama Zainal yang mempunyai puluhan tahun pengalaman pembuatan jam mewah di Malaysia satu ketika dahulu untuk kegunaan jam tangan Swiss yang kemudiannya diangkat sebagai tenaga pakar pengurusan kilang jam di China selama berbelas tahun seterusnya balik ke tanah air dengan azam yang jitu untuk menghasilkan jenama jam tangan mewah buatan Malaysia bersama anak serta isteri agar budaya dan adat Malaysia dikenali seluruh dunia.
Ikuti kisah eksklusif ini pada 16 September 2024 (Isnin) pukul 10 malam di TVOkey dan ulangannya pada 21 September 2024 (Sabtu) pukul 12.30 tengahari di TVOkey