30/09/2026
MAKMAL AKTIF LESTARI (MAL) SeMenTa Cemerlang & Hebat
______________________________________
Makmal Aktif Lestari (MAL) merupakan salah satu inisiatif teras strategik Rancangan
Pendidikan Malaysia 2026 - 2035 (Teras Strategik 6) untuk membentuk generasi yang
bertanggungjawab sebagai agen perubahan bagi pembudayaan amalan kemampanan secara menyeluruh melalui aktiviti berpusatkan murid yang transformatif.
SK.MENGKABONG telah melaksanakan 3 komponen yang wajib dilaksanakan bagi mencapai objektif Makmal Aktif Lestari iaitu :
a) Paparan poster infografik 🌠
• 5 Ciri Insan Sejahtera
• 6 Nilai Teras Malaysia MADANI
• Fokus Generasi MADANI
• Matlamat Pembangunan Mampan
b) Ikon Lestari 📞☎️
• Iaitu pemilihan ikon yang dapat membuat keputusan secara bertanggungjawab serta memiliki kemahiran komunikasi dan empati yang mendalam.
c) Makmal Aktif Lestari
*Projek Kotak Jadi Karya.* 🎁
"Dari Sisa Menjadi Karya"
MPM 12 (PENGGUNAAN DAN PENGELUARAN BERTANGGUNGJAWAB) 👇🏻
✅MPM 12 dipilih kerana projek ini menggalakkan penggunaan bahan secara lebih bertanggungjawab dengan memanjangkan hayat penggunaan bahan terpakai melalui amalan guna semula. Melalui projek ini, bahan yang dianggap sebagai sisa diberikan nilai dan fungsi baharu melalui kreativiti dan inovasi.
FOKUS UTAMA : MENGUBAH BUDAYA "GUNA DAN BUANG" KEPADA "GUNA,GUNA SEMULA DAN CIPTA"
26.9.2026