01/08/2026
Salam Ogos. β€οΈβ€οΈβ€οΈβ€οΈ
Ogos⦠bulan yang cukup istimewa buat aku.
Ogos 2023 menjadi titik permulaan lahirnya Chombe Homestay. Dari sebuah impian yang kecil, Allah izinkan ia berkembang hingga ke hari ini.
Sepanjang tiga tahun ini, terlalu banyak kisah yang tersimpan. Ada hari yang penuh kegembiraan, ada juga hari yang menguji kesabaran. Pernah penat, pernah hampir berputus asa, namun setiap cabaran mengajar aku untuk terus bangkit dan menjadi lebih kuat.
Dunia homestay membuka mata aku tentang banyak perkara yang sebelum ini tidak pernah aku lalui. Setiap tetamu yang datang membawa pengalaman, setiap ujian membawa pengajaran.
Aku bukanlah sempurna. Aku sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dan akan terus memperbaiki setiap kekurangan. Jika sepanjang kami beroperasi ada layanan yang kurang memuaskan atau ada kesilapan daripada pihak kami, aku dengan rendah hati memohon maaf.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang pernah menginap, memberi sokongan, mendoakan dan mempercayai Chombe Homestay. Tanpa kalian, mungkin kami tidak mampu bertahan sehingga hari ini.
Semoga langkah kecil yang bermula pada Ogos 2023 ini terus dipermudahkan oleh Allah SWT dan terus menjadi asbab rezeki yang baik buat kami.
Terima kasih kerana sentiasa bersama Chombe Homestay. Selamat datang Ogos. β€οΈ
β€οΈβ€οΈβ€οΈβ€οΈ