Desaru Mangrove

  • Home
  • Desaru Mangrove

Desaru Mangrove ‘Conservation Through Conversation’

24/05/2026

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Khafiz bin Bachok aka Khafiz Al Kicok atas kejayaan menawan Puncak Gunung Everest sambil megah membawa Bendera KEJORA ke puncak tertinggi dunia.

Kejayaan penuh bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kekuatan fizikal dan mental, malah mencerminkan semangat daya tahan, keberanian serta iltizam tinggi dalam membawa nama KEJORA ke persada antarabangsa.

“Penawanan Everest oleh Mohd Khafiz sambil mengibarkan bendera KEJORA bukan sekadar simbol kejayaan peribadi, malah mencerminkan aspirasi dan transformasi KEJORA 2.0 ke arah pembangunan ekosistem yang mampan, progresif dan berdaya saing. Semangat keberanian, ketabahan dan kecemerlangan yang dipamerkan menjadi inspirasi kepada seluruh warga KEJORA dalam memperkukuh modal insan, memacu pembangunan komuniti serta membudayakan kecemerlangan demi kemajuan organisasi dan negara.”

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga KEJORA untuk terus melakar lebih banyak pencapaian gemilang demi memacu pembangunan wilayah yang inklusif, dinamik dan bertaraf dunia.

KEJORA 2.0: Mendepani Cabaran, Mengungguli Kejayaan

Dari Johor Tenggara ke Puncak Dunia

Ikhlas daripada
Pengurus Besar serta seluruh warga Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)








©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀)

Berkayak ni sebenarnya senaman kardio yang padu, boleh sado kan bahu dengan lengan korang.Aktiviti ni memang 'top tier' ...
16/05/2026

Berkayak ni sebenarnya senaman kardio yang padu, boleh sado kan bahu dengan lengan korang.

Aktiviti ni memang 'top tier' untuk hilangkan stres sebab bunyi air dengan view hijau tu memang mendamaikan gila.

Nak berkayak ni kena ada 'teamwork' yang kuat, kalau tak, memang pusing-pusing kat situ je la korang sampai ke sudah.

Hiking ni sebenarnya ubat stress paling mujarab sebab bau hutan tu boleh bagi otak kita tenang gila Bila hiking dalam gr...
15/05/2026

Hiking ni sebenarnya ubat stress paling mujarab sebab bau hutan tu boleh bagi otak kita tenang gila

Bila hiking dalam group, kita boleh nampak perangai sebenar kawan-kawan, terutamanya masa semua dah pancit.😂

Dalam banyak-banyak port hutan paya bakau dekat Malaysia ni, mana yang paling korang paling s**a pergi? Cuba share sikit...
13/05/2026

Dalam banyak-banyak port hutan paya bakau dekat Malaysia ni, mana yang paling korang paling s**a pergi? Cuba share sikit location!

Kalau korang cari aktiviti hujung minggu yang 'healing' tapi mencabar sikit, kena try berkayak ramai-ramai macam ni. Mem...
13/05/2026

Kalau korang cari aktiviti hujung minggu yang 'healing' tapi mencabar sikit, kena try berkayak ramai-ramai macam ni. Memang syok layan angin laut & tengok pokok hijau.

Korang dah ada plan ke nak 'hiking' mana-mana 'weekend' ni? Kalau belum ada, apa kata ajak geng korang dtng ke Bukit bel...
12/05/2026

Korang dah ada plan ke nak 'hiking' mana-mana 'weekend' ni? Kalau belum ada, apa kata ajak geng korang dtng ke Bukit belungkorr!

Muka masing-masing dah mula cuak tu. Pegang kuat-kuat gais, jangan sampai ada yang melayang masuk dalam sungai pulak!jom...
12/05/2026

Muka masing-masing dah mula cuak tu. Pegang kuat-kuat gais, jangan sampai ada yang melayang masuk dalam sungai pulak!

jom naik banana boat dengan kami di Kampung Tanjung Belungkor

Korang tahu tak, Malaysia ni antara negara yang ada kawasan paya bakau paling luas kat dunia? Bukan setakat cantik buat ...
11/05/2026

Korang tahu tak, Malaysia ni antara negara yang ada kawasan paya bakau paling luas kat dunia? Bukan setakat cantik buat bergambar, tapi ekosistem ni penting gila untuk alam sekitar kita.

Fakta MenarikHutan paya bakau ni sebenarnya penapis semulajadi yang paling 'power' untuk jaga kualiti air sungai kita.Ak...
10/05/2026

Fakta Menarik

Hutan paya bakau ni sebenarnya penapis semulajadi yang paling 'power' untuk jaga kualiti air sungai kita.

Akar pokok bakau yang nampak macam serabut tu sebenarnya sangat kuat sampai boleh tahan ombak besar tau!

Malaysia ada antara hutan paya bakau yang paling luas kat dunia, memang 'port' terbaik nak tengok hidupan liar.

Jom ramai-ramai ke Tg surat
30/04/2026

Jom ramai-ramai ke Tg surat

Jom meriahkan Tanjung Surat Water Music Festival pada 2–3 Mei 2026 di Tanjung Surat, Kota Tinggi! 🎶🌊

Nikmati pengalaman festival yang penuh warna dengan gabungan muzik, budaya dan tradisi tempatan. Dari paluan kompang hingga perlumbaan jong antarabangsa, pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga.

Luangkan masa bersama insan tersayang sambil menikmati suasana meriah dan keunikan warisan kita. Jumpa anda di sana!


Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

017 721 3479

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Desaru Mangrove posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Desaru Mangrove:

  • Want your business to be the top-listed Hotel?

Share