9 Roses Villa By River Sahom

  • Home
  • 9 Roses Villa By River Sahom

9 Roses Villa By River Sahom For family day, staycation, leisure actvities, reunion, convoy team with song of river near pool

18/08/2026

Detik-detik indah bersama sahabat, penuh gelak tawa, kemesraan dan kenangan yang pasti akan dikenang.
Terima kasih Puan Nana kerana sudi berkongsi video yang begitu menarik dan mengabadikan momen indah sepanjang reunion di 9 Roses Villa.
Kegembiraan anda merupakan kebahagiaan buat pihak kami.
Semoga berjumpa lagi di lain kesempatan. Terima kasih kerana memilih 9 Roses Villa sebagai tempat berkumpul dan mencipta kenangan bersama.

11/08/2026

KUNJUNGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KE 9 ROSES VILLA🌹

Alhamdulillah, 9 Roses Villa berbesar hati menerima kunjungan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pasukan kesihatan awam dalam rangka usaha dan penilaian berkaitan Ecopelancongan Sihat dan Selamat Negeri Perak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Dr. Abdullah bin Mazlan – JKN Perak
Nur Adibah binti Shaharul – JKN Negeri Sembilan
Zulaikha binti Abdul Razak – JKN Perak
Dr. Azlianis binti Abdul Hadi – JKWPKL & Putrajaya
Pegawai Perubatan:
5. Nurul Najwa binti Sazali – JKN Kedah
6. Dr. Muhammad Syiham bin Rosli – JKN Kelantan
7. Dr. Hairunnisa binti Hashami – JKN Perak
Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP):
8. Mohd Ridzuan bin Ariffin – JKN Selangor
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP):
9. Norrafedah binti Zainal – JKN Johor
10. Salwa binti Md Kassim – JKN Melaka
11. Sheikh Mohamed Hadzil bin Sheikh Abdullah – JKN Pahang
12. Muhamad Amirul Haikal bin Muhamad Rusdi – JKN Pulau Pinang
13. Ng Gek Ying – JKN Sarawak
14. D-Li-Na binti Nurdin – JKWP Labuan

Jutaan terima kasih juga buat Mohd Faizal bin Rasidi, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, dan Muhammad Siddiq bin Daud, Pakar Kesihatan Awam PKD Kampar.

Terima kasih atas kunjungan, perhatian, pandangan, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan kepada 9 Roses Villa. Kehadiran pihak KKM amat bermakna dalam usaha kami untuk memastikan kemudahan dan persekitaran pelancongan sentiasa berada dalam keadaan sihat, selamat, bersih dan kondusif untuk para tetamu.
Semoga kunjungan ini menjadi satu langkah yang baik dalam memperkukuhkan usaha bersama ke arah pembangunan Ecopelancongan Sihat dan Selamat Negeri Perak.🌿🏡

Semoga terus terjalin kerjasama yang baik dan memberi manfaat kepada masyarakat serta sektor pelancongan Negeri Perak.🤝💚

31/07/2026

Apabila dunia terasa berat, ingatlah janji Allah❤️

💚

29/07/2026

Di sinilah bermulanya seribu kenangan. Semoga setiap detik yang dirakam menjadi cerita indah untuk dikenang sepanjang hayat❤️

Terima kasih Cik Aqilah atas perkongsian video yang sangat menarik sepanjang berlangsungnya Family Day WPAR🥰

28/07/2026

Gelak tawa paling ikhlas lahir daripada permainan paling sederhana. Family Day yang penuh kenangan❤️

Terima kasih Cik Aqilah dan Team WDAR - Wakaf Dialisis Ar Ridzuan atas perkongsian video🥰

Terima kasih ANGKASA..Terima kasih semua koperasi yang terlibat dalam eco-pelancongan dan agro- pelancongan di Lembah Sa...
24/07/2026

Terima kasih ANGKASA..Terima kasih semua koperasi yang terlibat dalam eco-pelancongan dan agro- pelancongan di Lembah Sahom

23/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pn. Aziah Talib, Pengurus Kanan Bahagian Komuniti, Pelancongan dan Kesihatan, Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA serta Cik Norlaili Mansor, Penolong Pengurus Seksyen Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan, atas kesudian melawat 9 Roses Villa.

Lawatan ini turut merangkumi kawasan sekitar villa, taman herba, taman kaktus serta kemudahan yang disediakan. Segala pandangan, sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan amat bermakna buat kami. Semoga 9 Roses Villa terus maju jaya sebagai destinasi pelancongan berasaskan komuniti yang memberi manfaat kepada semua. Terima kasih atas sokongan padu yang diberikan❤️


22/07/2026

Sesi Perbincangan Antara Presiden ANGKASA dan Koperasi di Lembah Sahom, Kampar, Perak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA, atas kesudian hadir mempengerusikan sesi perbincangan bersama koperasi-koperasi di Lembah Sahom.

Turut dirakamkan penghargaan kepada:
Tuan Hj. Mohamed Shafie Abd. Karim, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak.
YBhg. Dato' Dr. Hj. Nasaruddin Othman, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), ANGKASA.
En. Mohd Firdaus Hussin, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak.
Pn. Hjh. Salwana Ali, Pengarah IKMa Negeri Perak.
Serta seluruh barisan pegawai ANGKASA, SKM, IKMa dan semua tetamu kehormat yang sudi meluangkan masa bersama.

Ucapan terima kasih juga kepada wakil-wakil koperasi yang hadir, Koperasi Keluarga Hajah Rahmah Kampar Berhad, Koperasi Keluarga Haji Tahir Ngah Abdullah Kampar, Koperasi Jaringan Keluarga Iman Manas Kampar Berhad dan Koperasi Keluarga HMA Berhad (9 Roses Villa), yang bersama-sama berkongsi pandangan dan idea demi memperkukuhkan gerakan koperasi.

Terima kasih juga pada Tuan Haji Syarif Ali Jabad Ali sudi menjemput kami dalam pertemuan kali ini.

Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada jalinan kerjasama yang lebih erat serta membuka lebih banyak peluang pembangunan dalam sektor pelancongan, kebajikan dan ekonomi komuniti demi manfaat generasi masa kini dan akan datang.

Terima kasih semua kerana sudi hadir ke Lembah Sahom. Semoga ukhwah yang terjalin terus mekar dan segala usaha diberkati serta dipermudahkan.

20/07/2026

Ada lelah yang sembuh hanya dengan menikmati damainya suasana ❤️❤️❤️

Address

PT23025, Jalan Chenderiang, Kg Mendok, Sahom, Kampar, Perak

31900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 9 Roses Villa By River Sahom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to 9 Roses Villa By River Sahom:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Hotel?

Share